Tuesday, 12 January 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi...


Assalamm....
Nampaknya keadaan pergerakan kita akan berulang-kali lah menjadi ketat-longgar, longgar-ketat selagi pendemik covid-19 masih bermaharajalela dan vaksinasi masih belum dilaksanakan.  Alhamdulillah saya sambut dengan baik keputusan kerajaan melaksanaan PKP semula jika itu jalan yang terbaik untuk keselamatan semua. 
 

Bagi saya yang sudah sedia duduk rumah, tiada banyak beza peraturan itu semua, sebab memang kebanyakkan masa di rumah saja.  Keluar sesekali untuk mendapatkan bekalan makanan sejak pendemik ini.  Tetapi kata orang jika berterusan orang berkurung boleh jadi biul dan tak betul, sesekali kena keluar juga nak ambil angin luar.  Kerana nak bertukar angin tu yang orang bandar balik kampung, orang kampung jalan-jalan ke bandar, keluar makan-makan dan bersosial dengan ahli keluarga atau rakan taulan.  Jika tidak memang tepu lah otak kan.
 

Ketika tulis entry berdesup pula masuk mesej kata PM nak buat pengumuman lagi, pengumuman darurat.  Ya Allah ko teguhkan dan tingkatkanlah imanku dalam menghadapi segala musibah ini.  Jom kita baca doa ini banyak-banyak kali dan serahkan pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah azzawajala.

Wassalam.

7 comments:

  1. Semoga Allah terus melindungi kita semua

    ReplyDelete
  2. Semoga kita aman² saja walaupun dilanda musibah covid

    ReplyDelete
  3. semoga dengan ada PKP 2.0 ini dapat mengurangkan kes covid di selangor dan negeri lain yang di PKP

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Semoga Allah permudahkan kita semua dalam menghadapi covid19.

    ReplyDelete
  5. semoga baik2 saja untuk kita semua dan keadaan kembali pulih seperti dulu..inshaAllah

    ReplyDelete
  6. sama la kite.. tak banyak beza sebab work from home.. :)

    ReplyDelete
  7. Kembali PKP lagi. Semoga semua ni cepat berakhir. Aaminn

    ReplyDelete