Wednesday 6 January 2021

Sambut Tahun 2021 dengan Cerita Banjir

Assalamm..

Cuti tahun baru 2021 kami putuskan untuk balik ke kampung saja, walaupun sebelum ini ada plan nak pergi jalan-jalan ke tempat lain.  Sambung kemas dan cat rumah sungai yang tak masih berbaki.  Kali ini kena siapkan mengecat supaya adik boleh sambung mengemas barang-barang yang telah dipunggah sebelum dia habis cuti dan kembali bertugas di bumi kenyalang.  Cuaca redup dan gerimis saja ketika itu, plan asal nak balik PJ hari ahad, tapi entah mengapa bos kata nak balik petang sabtu jadi kena pulun siapkan mengecat rumah pagi sabtu tu.  Bawah ayoh dan chek sekali sebab hari isnin ayoh ada temujanji di PPUM, tinggal lah 3 orang adik di kampung.

Ahad pagi adik call dan hantar gambar keadaan air yang semakin naik di sungai dekat dengan rumah  yang kami kemas-kemas semalam.  Masya Allah melihat pada gambar macam keadaan lebih teruk daripada banjir besar tahun 2014.  Jalan ke kebun juga sudah hampir tenggelam.  Adik bertiga berjaya keluar ke Kuala Lipis petang ahad tu sebab Naimah bekerja pada hari isnin.  Hari isnin lepas appoiment di PPUM, ayoh putuskan untuk balik kampung tengahari itu tapi terpaksa berpatah balik semula ke PJ sebab laluan ke kampung ditutup, nak lalu Raub air di Benta masih belum surut, nak lalu Temerloh air di kawasan Lanchang dan Kuala Krau pula makin naik.
Video yang mereka share pada hari ahad 3hb Januari 2021, air masih naik ketika ini.  Isnin naimah kena tidur di tempat kerja tak boleh balik rumah sewa, sebab jalan utama dari rumah dan tempat kerja tak boleh dilalui.  
 
Gambar dan video terbaru yang dapat pagi ini 6hb, air Sungai Cheka dah surut sikit.  Ayoh dan chek dah gerak balik kampung tengahari tadi dengan Nadiah, moga mudah urusan mereka dalam perjalanan balik kampung.  Mereka lalu Raub ke Benta sebab laluan ke Temerloh masih ditutup sepenuhnya.  Harapnya adik yang stuck di Kuala Lipis juga dapat balik ke kampung petang ini jumpa ayoh dan chek.
 


Lepas ini projek balik kampung cuci rumah bekas banjir.  Insha Allah semua berjalan dengan baik dan mudah.

Wassalam.

11 comments:

  1. Bertabahla nak membersihkan rumah lepas banjir kan, lumpur sana sini, dinding pun bertukar warna. Apa2pun mudah2an dipermudahkan semua urusan ye NM.

    ReplyDelete
  2. tingginya air!! semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Trauma banjir 2014 masih belum hilang... Ni dtg yg 2021.

    ReplyDelete
  4. Teruk lagi tahun ni, ada tempat yg lebih dasat dari kena banjir 1971

    ReplyDelete
  5. Pahang menangis.
    Semoga banjir cepat redanya.

    ReplyDelete
  6. Allah.. semoga dipermudahkan urusan mencuci rumah

    ReplyDelete
  7. Selalu akhir tahun cerita pasal banjir tapi ini awal tahun... moga dipermudahkan semua yg terlibat dlm banjir

    ReplyDelete
  8. kuatkan semangat. in sha allah segalanya akan dipermudahkan DIA yang satu :-)

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan urusan membersihkan rumah nanti.Aaminn

    ReplyDelete
  10. Cerita banjir terus bersambung. Di LD pagi petang siang malam macam sama saja, gelap tanpa matahari! Asyik mendung, awan kelabi, kalau tak hujan, ribut petir pula.

    ReplyDelete