Assalamm...
Dua hari lepas temankan adik pergi buat DPT (Dokumen Perjalanan Terhad), sebab esok dah nak fly ke Miri, Sarawak. Dapat mengajar kat sana, DPT ini dokumen yang macam passport gitu untuk penduduk semenanjung yang ingin bekerja atau belajar atau menetap di sana. Orang sana nak datang semenanjung tak perlu kan DPT ya, boleh duduk lama mana suka. Hari sebelum tu pergi UTC Pudu sebab adik buat temujanji pejabat imegresen sana (sekarang sebarang urusan dengan jabatan imegresen melalui temujanji secara online). Sampai Pudu, pegawai sana kata tak boleh buat kena buat dekat pejabat imegresen pusat, jadi pilih buat di jabatan imegresen Jalan Duta. Adik dah cuak juga sebab kebanyakkan slot dah penuh untuk keesokkan hari, last dapat yang jam 2.00 petang - 4.00 petang.
Dokumen penting yang perlu disediakan untuk mendapatkan DPT adalah salinan kad pengenalan, surat tawaran, surat temujanji dan 2 keping gambar passport.
Lepas pegawai check dokumen semua lengkap, seterusnya kena buat bayaran. Bayaran DPT hanya rm5.00 untuk buku yang valid hingga 5 tahun. Murah lah juga kan, ingatkan bayaran sama mahal dengan yuran untuk passport antarabangsa. Sekarang bayaran pun kena atas talian semuanya guna debit or credit card, bayaran secara tunai sudah tak valid.
Selepas buat bayaran, diminta tunggu lebih kurang setengah jam untuk dapatkan DPT. Cepat juga prosesnya, mungkin sebab PKPP masih berlansung kurang yang mohon dan ramai staff yang stanby untuk buat benda ini. Saya tak tahu jika hari biasa secepat itu atau bagaimana, sebab sekarang kaunter yang mengendalikan passport antrabangsa memang takde orang yang berurusan di situ. Siapa yang nak renew passport pun macam tak digalakkan kecuali ada kecemasan sangat untuk keluar negara.
Ada muka surat untuk nama anak-anak (jika membawa anak-anak bersama). Adik bujang lagi, jadi tiadalah list dalam senarai anak-anak tu.
Tempoh sah laku untuk satu buku DPT adalah 5 tahun. Jika nak sambung stay kat sana nanti kena renew lah kan, harap-harap serasilah di tempat baru nanti dan dapat berkhidmat mendidik anak bangsa yang lebih memerlukan dengan jayanya.
Sebelum masuk bagunan ini tadi, kami tawaf dulu mencari mana lah pintu nak pergi imegresen ni, tulisan pada bangunan tiada pun jabatan imegresen semua adalah kompleks Kementerian Dalam Negeri. Apalah mangkuk sangat kami ni pun, kan jabatan imegresen tu berada di bawah KDN?, sendiri tanya sendiri jawap. Dalam tu banyak lagi pejabat jabatan lain yang bernaung di bawah KDN macam jabatan pendaftaran negara.
Gambar DPT dengan bangunan ini, esok lusa boleh ingat buat benda ini dalam bangunan tu lah. Lagi satu, Dokumen Perjalanan Terhad harus dipohon di ibu pejabat imegresen negeri, mana-mana cawangan tidak mengendalikan kes seperti ini, harap maklum ya.
Wassalam.
wahhh saya sebenarnya baru tahu kalau kita Semenanjung nak kesana lama kena ada DPT ni..
ReplyDeleteilmuuu baru.. selalu pegi skejap2 saja kan..