Thursday, 17 December 2020

Bingka Ubi Kayu


Assalamm...
Bingka ubi atau ada yang panggil benkang ubi, benda yang sama selalu makan tapi tak pernah buat sendiri.  Suatu hari jiran bagi ubi kayu yang warna kuning, dah tahu yang jenis itu jika rebus seminggu pun tak akan lembut dan gebu macam yang ubi kayu jenis warna putih.  Ubi kayu isi kuning tu mak mertua panggil ubi kayu kuala lumpur, pasal apa panggil tak tanya lanjut pula.  Jenis itu memang sesuai untuk dibuat kuih sama ada buat lepat ubi, bingka mahupun tapai ubi.  Bingka ubi ini sebenarnya takdelah susah sangat nak buatnya, tapi sebelum-sebelum ini asyik fikir macam susah jer, jadi susah sungguh lah kalau fikir lagu tu.  Cuba try test dulu, tengok hasilnya lagu mana baru kata susah, ini tak buat apa lagi dok fikir susah.
 
Akhirnya jumpa resepi, baca-baca aik nampak macam senang saja.  Takde oven bakar atas dapur gas pun boleh, nak lagi sedap pi bakaq guna arang atau sabut kelapa macam cara oghang totua dok buat bengkang.  Rasanya yang susah pun dalam proses pembikinannya tu tang nak parut ubi kayu tu ja, tapi nak senang lagi, hang pusing guna blender lah cheq oi.
 
Jom lah semak resepi yang kami guna nie, tapi dah lupa cedok dari page sape ntah.... maaf lah na, minta halal kami guna resepi hangpa tapi tak buh link.

Bingka Ubi
Sumber: Pelbagai dari cik google
 
Bahan-bahan
4 cawan ubi kayu parut
1 cawan gula pasir
2 cawan santan
Sedikit garam
Pewarna kuning (jika suka)

Cara Penyediaannya
* Guna loyang 7x7, gris dengan sedikit minyak masak.
* Panaskan oven, suhu 170' guna api atas bawah.
* Campurkan semua bahan dan kacau sebati hingga gula larut.
* Masukkan dalam loyang dan bakar selama 35-45 minit atau sehingga bingka masak.
* Kami suka jika permukaan bingka sedikit garing seperti dalam gambar, lebih wangi dan sedap.
* Sejukkan betul-betul sebelum dipotong untuk dihidangkan. Bingka ubi sesuai dihidangkan untuk sarapan atau untuk minum petang.
 
Bila siap ramai penggemarnya, tapi kami bok keluaq hidang sikit-sikit.  Bukan kedekut tapi, ada orang sakit, tak mau bagi dia makan banyak-banyak.  Ubi kan angin, tak pasal nanti jadi lain, almaklum pesakit kami tu jenis kena pantang banyak benda tapi dia memang jenis pantang tengok.  Kalau dia asyik tanya tak sampai hati kami tak bagi dia makan.
Guna resepi ini, bingka masih lembut walaupun kuih sudah semalaman.  Jika nak simpan lama boleh letak dalam peti sejuk dan panaskan dalam mikrowave sebelum dihidangkan.  Makan ketika suam-suam sedap juga.
Wassalam.

3 comments:

  1. sedapnya, elok je rupa dia. favorite ayah saya ni

    ReplyDelete
  2. sedap nih..masa kecik2 dulu, mak saya berniaga bingka ubi kayu ni..bakar guna dapur kayu, kat atas periuk bubuh bara api..nk bgi cunchy bhg atas bingka..

    ReplyDelete
  3. antara kueh fevret.. tapi saya prefer beli orang buatkan la..
    nak buat sendiri rasa tak kot. hehe..

    ReplyDelete