Assalam...
Menu paling feveret di kempung ketika zaman kanak-kanak dahulu, terutama ketika musim menuai jagung. Memang tak jemu bila mak buat yang ini dan sering kali di marah sebab tak sempat nak dihidang sebagai lauk dah luak saya rata begitu saja. Kalau buat banyak mana pun tidak akan membazir punya mesti habis, walaupun sering dibuat lauk ulang tayang berulang-ulang, tak pernah jemu menikmatinya. Yang paling best sebab mak hanya guna isi jagung dan tidak dicampur dengan sayur lain untuk menambahkan kuantiti, jadi rasa jagung tu memang marbeles.
Versi saya sebab inginkan hasil perkedel yang banyak banding dengan jagungnya yang sedikit, maka saya tambahkan dengan parutan lobak merah dan hirisan kobis. Tetapi tetaplah sedap jugak, tekan lift di situ.
Perkedel Jagung aka Vege Frittes
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
2 tongkol jagung muda - hiris halus dari tongkolnya
Isi udang secukupnya
1 biji lobak merah - parut
Kobis - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
5 biji bawang putih*
2 biji bawang merah*
Daun bawang - hiris
Daun sup - hiris
1 biji telur
3 sudu tepung gandum
Air secukupnya
Serbuk lada putih
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaannya.
* Tumbuk kasar hirisan jagung untuk mengeluarkan pati dan supaya seratnya menjadi lembut.
* Bahan bertanda "*" ditumbuk halus bersama jagung, boleh jugak di hiris atau cincang.
* Campurkan jagung tumbuk dengan isi udang, telur, sayuran lainnya, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati dan masukkan tepung gandum. Jika menggunakan jagung pulut dan jagung kampung hanya gunakan sedikit tepung gandum kerana jagung itu sendiri sudah sedia berkanji.
* Masukkan sedikit air, gaul sebati dan sesuaikan kepekatan batter.
* Sedukkan batter kedalam dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan.
* Toskan atas tisu dapur dan boleh lah didangkan.
Boleh dinikmati sebagai lauk dengan nasi atau kalau saya suka makan begitu saja bersama sos pencicah kegemaran.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment