Friday, 9 September 2016

Majlis Marhaban Aqil Qushry


Assalam...
Dua minggu lepas sessi berjalan-jalan dari pagi hingga ke dini hari.  Sebenarnya kami ke Teluk Intan untuk meraihkan majlis marhaban anak saudara (Aqil Qusrhy).  Majlis dibuat di kampung sebelah ayah dia, sementara aqiqah akan dibuat di kampung sebelah ibu (Pahang).  Adil lah gitu kan.


Kami ingat petang tu sampai lambat so dah terlepaslah nak rewang kan.  Perkara yang saya suka bila pergi kenduri orang jawa ini, melihat semangat silaturrahim mereka kuat sama-sama rewang untuk menjayakan majlis  dan yang paling best bab makan sebab dari sebelum majlis memang asyik makan jer.  Sambil rewang sambil makan.  Majlis marhaban dan cukur jambul akan bermula selepas isyak, jadi sempatlah kami rewang dan melihat mereka menyediakan juadah untuk malam tu.


Biasalah kan kerja masak-masak ini akan diselesaikan oleh orang lelaki.  Sementara orang perempuan akan tolong hiris-hiris bawang dan bagi arahan gitu.  Pengalaman berharga kali ini sebab dapat saksikan mereka menyediakan menu rare iaitu Sambal Taun Kulit Lembu.  Rare lah sebab menggunakan kulit lembu yang mana proses itu agak leceh dan mengambil masa berhari-hari untuk disiapkan.  Mereka kata ini menu tradisi orang Jawa.  Tapi tak kisah lah, janji sedap dan yang bugis ini pun dapat merasa juga.  Sempat tanya tukang masak, ini tahun bila punya kulit lembu? mereka jawap kulit lembu daripada raya haji tahun lepas...hehehe.


Orang Pahang pun tak ketinggalan untuk menyumbangkan resepi terhandal mereka iaitu gulai tempoyak ikan baung.


Signature dish orang Kampung Selabak ini, Ayam Goreng Berempah.  Kenapa saya kata signature dish, sebab setiap kali ada majlis di sana, akan jumpa menu ini dan bukan hanya di rumah ini, di rumah sahabat saya pun akan ada menu ini. Ayam akan diperap beberapa jam sebelum digoreng.


Lagi menu utama hari itu, masak lemak cili padi telur itik.  Menu telur masin dan masak lemak cili padi telur itik ini disponsor oleh ayah saudara aqil yang menternak itik sebagai kerja sambilan.


Behave sangat Aqil semasa majlis berjalan, lantunan ayat suci Al-Quran dan lagu pujian-pujian kepada Rasul junjungan membuat dia tidur lena.


Tudung pink tu mak nik Aqil, yang tolong jaga masa Aqil dan uminya dalam pantang.  Lepas ini lambat lagi ler nak jumpa, Aqil dah berlari agaknya baru mak nik dapat balik ke Malaysia lagi.


Ini dia hidangan pada malam itu, sambal tahun kulit lembu, masak lemak cili padi telur itik, ayam goreng berempah (tiada dalam gambar), gulai tempoyak ikan baung, tomyam ayam, telur masin, sambal hitam pahang dan sayur kobis.  Sebab dah agak lewat untuk makan dan tak reti makan lauk banyak-banyak, ambik dua jenis saja masak lemak telur itik dan gulai tempoyak.  Nasib petang tu dah merata sambal taun.


Selesai majlis malam itu kami pun permisi untuk balik ke PJ.  Agak larut malam untuk menempuh perjalanan balik, tetapi di sebabkan ada orang yang hendak bekerja pada keesokkan hari kena balik.  Sabar sajalah yang drive tu sebab semua sedap dibuai mimpi sepanjang perjalanan. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment