Monday, 5 September 2016

Hari Konvo Fitri..


Assalam...
Peristiwa yang agak kepam dalam draf folder, tapi tak cukup kepam lagi sebab baru beberapa bulan lagi, tak silap awal April tahun ini.  Cerita yang bertahun-tahun pun ada lagi sebab kesibukkan dan "M" yang banyak.  Hari konvo Fit & Ela (mereka berdua tu bersepupu) seorang sessi pagi dan seorang sessi petang.  Sempat pergi yang petang saja.  Fleksibel pula mereka ini berkonvo, boleh selepas habis belajar 2 tahun baru sekarang nak datang konvo.
 

Makcik Caya ini awet muda, masa saya kanak-kanak muka dia dah macam tu. Sekarang pun masih macam tu, bila duduk dekat-dekat rasa macam sama tua dengan muka i....omaig....


Kali ke dua acara konvo yang saya hadiri, ada kior nyanyi-nyanyi begini ketika komersial break mereka.  Bukan hanya lagu patriotik tapi sekali dengan lagu hindustan dilwale pun mereka nyanyikan.  Heppening betul, takdelah pening dan kejung mereka yang duduk dalam dewan tu.
 



VC, MSU and kolej PTPL ini memang sporting sangat.  Selepas penganugerahan skroll kepada graduan, mereka berkumpul beramai-ramai untuk  mengabadikan kenangan bersama-sama di ruang tangga itu. Ko ada macam ini? saya tak ade, kami selepas anugerah skroll semua pandai-pandai sendirilah nak tangkap gambar dengan siapa, dengan kawan-kawan pun dah susah nak berjumpa.
 

Nasiblah payung tu terletak di tempat yang tinggi, rasanya kalau boleh dicapai dek tangan kejap saja dah licin kena sapu memandangkan hujan lebat di luar dan ramai jugak para graduan serta ibu bapak yang bersadai menunggu hujan reda.
 


Last but not least, sebagai kenang-kenangan untuk hari akan datang. 
 

Selamat menumpuh cabaran di alam pekerjaan pula selepas ini.  Tetapi saya lebih suka kalau mereka ini sambung belajar lagi, sementara muda dan bertenaga lagi, kalau dah tua tangan pun dah ketar nak tulis laju-laju.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment