Assalam...
Bestkan kalau rumah tempat tinggal kita di kelilingi dengan tanaman. Macam-macam boleh dipetik untuk dijadikan makanan. Memang sedap berangan, duduk di kampung boleh lah ini duduk di atas awan. Alkisah sesekali balik kampung, angkut segala mak nenak sebagai bekalan contoh yang inilah. Pisang ini pulak bukan setakat sesikat dua, tapi dekat dua tandan dengan barang lain lagi. Pulak masa tu, lift rosak, gigih mokcik angkut dan berulang entah berapa kali turun naik ke tingkat 10.
Ibarat kisah sudah jatuh ditimpa tangga lagi, baru mula nak masak gas pulak habis. Sudah tentu orang kedai bawa tu tak nak pikul tong gas naik tingkat 10. Buntu sekejap, nak di tinggal begitu saja benda atas dapur, sayang. Nasiblah sel-sel otak masih cepat berhubung, lekas2 korek harta karun dalam kotak, sambung masak guna periuk noxxa.
Sebab kisah pun berkisar pasal pisang, jadi menu hari itu kita balun buat pisang jer. Lepas buat pengat buat kita buat pisang goreng noxxa pula.
Pisang goreng pun siap, goreng bodoh gitu jer pun sangat best bagi penggemar pisang goreng seperti saya. Cheese or caramel sesekali boleh lah, lebih senang kalau makan dengan sambal kicap....
Orang-orang muor tu, buah pisang dah banyak yang boleh petik ker? Rasa-rasa kami nak bertandang lagi, lift rumah saya pun dah ok dah ni.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment