Saturday, 30 August 2014

Jalan-Jalan Sampai Ke Morib.

Assalam....
Suatu petang pada beberapa hari di hari raya.  Nak pergi beraya rumah kawan-kawan, semua kawan balik kampung, rumah sedara, sedara pun dah sampai kampung, nak gi open house Agong & PM, Open house pulak dah cancell.   Bawalah hati dan perasaan berjalan-jalan yang tidak ketahuan ara tapi rasa nak duduk lepak-lepak di tepi pantai.  Nak ke PD memang tak lah, tak dan nak pergi dan balik lagi pun ini idea last minute.  So jalan jelah menyusuri highway dan jalan kampung.
Orang kampung, kalau jumpa gerai buah macam ini memang suka....rasa nak borong semua.
Beli serba sedikit buah untuk di santap masa lepak-lepak tepi pantai dan sebagai bekalan untuk projek seterusnya di rumah nanti.
Dah sampai ke Banting ikut jer signboard arah ke Pantai Morib.
 Nak singgah beraya rumah Hjh Zainap,
Tapi dia takde kat umah pulak, Hjh Zainap pergi beraya juga agaknya...

Jumpa Terminal Kerepek banting.com, singgah lagi cari kudapan.  Selain kerepek yang pelbagai, ada jual biskut raya, serunding, bahulu, kek dan sebagainya.
Curi-curi ambik gambar dalam bengkel tempat diorang proses kerepek.
Sebab makcik yang jaga tu, hamboi garangnya mentang-mentang pernah jadi guard 20 tahun kat Mydin Klang.  Bangga la tu.
Sini lalu jer, tak singgah pun..pantai belah resort tu best sikit, tapi tertutup untuk public dah jadi hak resort agaknya..
Budak ini frust nak singgah beraya sini tapi guard pulak tak buka pintu...
Ekau tenggok jelah bumbung rumah dia...orang dulu-dulu kata, tengok bumbung rumah pun terubat rindu...
Jumpa pengkalan nelayan, nak turun gak walaupun panas terik.  Layan kan jer.  Kan best kalau jumpa nelayan baru balik dari laut, boleh beli ikan...
Cam best jer tempat ini, tapi datang timing tak kena kot.  bagus untuk didih otak aku yang asyik beku jer.  Satu persefahaman hampir semua bot guna bendera biru.


Terpandang ikan talang kering melingkau atas pagau..sempoi nelayan ini keringkan ikan.
Akhirnya kami sampai di destinasi yang kami boleh lepak-lepak dan mengisi perut.
Akibat excited nak gi jalan-jalan tanpa tujuan, semua orang dah tak pedulikan makan tengah hari dari rumah.
Tapi tak susah sebab food court di sini ada banyak gerai, boleh pilih mana suka.  Ingat nak makan Sayap Ayam Madu Sabah tapi gerai hujung tu tak buka lagi.
Mercu tanda Pantai Morib, boleh tengok sunset kat sini tapi petang itu jerebu teruk matahari pun tak nampak sinar.
Ramai juga pengunjung yag turun ke pantai, kutip siput agaknya.
Masa kami sampai tu, air laut tengah surut...so mereka yang nak mandi manda kena pergi jauh ke tengah laut.  Kami taklah...
Kumpulan budak-budak yang mandi ini agak jauh dari pantai.
Es tong tong, bahasa kami masa kanak-kanak  untuk ice cream ini.  Teringat cerita lawak pasal abang sepupu saya dengan es tong tong ini.  Saya anggap ianya cerita zaman purba atau cerita pak pandir.  Selepas mereka memakan ice cream tu, kelonsong wafer tu mereka pulangkan kepada penjualnya sebab mereka tak tahu yang kon ice cream tu boleh dimakan. 
Kawasan Pantai Morib ini luas dan banyak kemudahan disediakan, sesuai untuk aktiviti family outdoor.  Tetapi kurang sesuai untuk tempat nak bermandi manda, bermain istana pasir semua tu.
Wassalam..

1 comment:

  1. Online dating can be the perfect solution should you want
    in order to meet singles with your area. Now, there's nothing to concern yourself with
    because internet world and internet dating services have eradicated this trouble.
    Founded by way of a clinical psychologist who's extensive experience and understand human behavior and
    social dynamics, e - Harmony carries a patented Compatibility Matching system that is
    effective in matching compatible singles.

    ReplyDelete