Friday, 15 August 2014

Aidilfitri Cara Kami....

Assalam...
Raya dah habis, baru nak keluar cerita pasal raya....takpe kita raya 30 hari walaupun puasa baru 29 hari (orang yang diberi ABC lagi kuranglah puasanya).  Jangan buat2 lupa ya bayar hutang puasa, hutang macam-macamana pun kena bayar.  Bagi saya ini bukan pengalaman pertama beraya diperantauan, sejak zaman belajar selalu tumpang balik raya di rumah sahabat saya. 
Namun bagi adik-adik sepupu dan anak sedara, ini pengalaman pertama kali mereka.  Itu yang ada sanggup balik kampung pada pagi hari raya walaupun harga tiket dah melambung tinggi.  So bagi yang tinggal, rumah kami tempat mereka berkumpul.  Nasib baik juga kami beraya di bandar tahun ini sebab en.hubby kena bertugas sepanjang minggu raya.
Kuih raya kami, rajin-rajinkan diri untuk sediakannya sendiri, setelah sekian lama jari jemari tak dilatih..(aksennye..bukan yang tunjuk-tunjuk tau).  My cousin kata ada 2 jenis lagi stock paling sedap tak perlu keluarkan dengan alasan bekas tak cukup tapi yang sebetulnya takut abis sebab yang tu dia suka makan.
Dimana pun kaki berpijak dan langit dijunjung, tradisi menyambut lebaran perlu dikekalkan.  Belajar untuk sediakan juadah tradisi raya dengan menyediakan tumbuk, ketupat nasi, burasak nasi dan pulut.
Ayam Masak Lengkuas (Nasu Likku'), tapi nampak batang serai yang berceracak dek kerana kekurangan lengkuas...ampun mak, anakmu suka2 ubah resepi dan kurang sabar untuk menunggu sampai ianya kering.
Masak Lemak Ayam, yang ini pulak kurang masin.
Malamnya sempatkan diri untuk sediakan Coto Makassar....tak aci betul my cousin tu suh masak malam tu jugak sebab esok pepagi nak balik katanya.  Ikutkan hati memang dah tak larat ke dapur.
Inilah sebahgian muka-muka perantau yang tak balik beraya di kampung.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment