|
Sebahagian penduduk tempatan menjalankan aktiviti harian di Danau Toba, dengan latar belakang Pulau samosir |
Assalamualaikum....
Menempuh perjalanan jauh dari Medan ke Parapat yang mengambil masa antara 4 ke 5 jam dengan keadaan jalan yang kurang baik, cuaca panas di tambah kenderaan yang tiada penghawa dingin....amat-amat letih dan melelahkan. Rasa bosan dan give up pun ada, dalam hati bila lah nak sampai ini. Dalam keadaan yang kurang selesa kami memilih untuk tidur, dengan harapan bila terjaga nanti dah sampai tempat yang dituju...Ketika terjaga kenderaan baru sampai di pekan Kota Permatangsiantar yang terletak kira-kira 48 kilometer lagi untuk sampai ke Parapat. Kami masing2 memandang antara satu sama lain, ada rambut yang kusut masai dan keras kerana dihinggapi habuk jalan, ada yang memutuskan untuk sambung tidur.
|
Pandangan lereng bukit Danau Toba |
Ketika kenderaan mula mendaki lereng bukit dan kawasan hutan simpan yang menganjur hingga ke tebing Danau Toba, udara segar dan keadaan sejuk mula terasa. Mulia dikejutkan oleh teman ketika kenderaan mula menuruni cerun dan samar-samar danau mula kelihatan. SubhanaAllah, cantik sungguh pemandangan ini, mata yang mengantuk mula segar kembali. Terasa rugi bila terlepas merakamkan keindahan ciptaan Allah ini.
|
Penternakan ikan air tawar dalam sangkar terdapat banyak di sini |
|
Dua beranak ini tengah bekerja di kolam ternakan mereka |
Di Parapat ini, aktiviti malamnya seakan tiada, hanya kedai2 makan dan cenderahati yang di buka. Pengunjung yang keluar malam pun agak kurang, mungkin kebanyakkan mereka lebih suka makan di hotel masing2 atau duduk memerap dalam bilik, ini ditambah dengan keadaan angin yang membawa cuaca dingin dari danau. Rasa nak mengigil pun ada.
|
Deretan kedai yang menjual t-shirt dan cenderahati di Parapat |
|
Bot penumpang yang pakrir di hadapan hotel |
|
Breakfast yang disediakan oleh pihak hotel |
|
Kanak-kanak danau ini meminta penumpang feri menjatuhkan syiling dan mereka akan menyelam mendapatkannya, mungkin bagi pengunjung aksi mereka ini sebagai satu hiburan, namun kenyataannya kerja ini sebagai sumber pendapatan mereka. |
|
Horas (Hello / Selamat) Pulau Samosir |
Wassalam.
No comments:
Post a Comment