Friday, 5 July 2013

Menjauh-jauh dari Parapat - Brastagi - Medan

nasamulia
Pemandangan yang cantik yang dirakam oleh kamera yang tidak seberapa, tidak menjejaskan keindahan bumi ciptaan Allah ini..SubhanAllah.

Assalamualaikum...
Perkataan "menjauh-jauh" membawa maksud berhati-hati dalam bahasa batak.  Memang sesuai sangat dengan perkataan ini kerana perjalanan yang agak mencabar mendaki lereng bukit dengan keadaan jalan yang sempit.  Di kawasan berbukit ini tidak banyak petempatan ditemui, hanya hutan simpan dan hutan tanam semula dengan pelbagai pokok kayu lembut seperti pokok pine dan ramin.   Dari kawasan lereng bukit ini, kita masih boleh menkmati pemandangan Danau Toba dan penempatan di sekitar danau.
nasamulia
Antara kawasan perkampungan di tepi Danau Toba
nasamulia
Antara usaha untuk mengalihkan halangan dari pokok tumbang
Perjalanan kami terhenti di tengah pendakian kerana terdapat pokok tumbang merentang jalan yang memaksa pengguna dari semua arah terpaksa menunggu.  Menunggu lebih kurang 2 jam amat menyiksakan semua orang.  Pekerja yang memotong batang pokok masih tidak dapat menyelesaikan masalah, menyebabkan orang ramai mengambil keputusan untuk mengangkat pokok tersebut ke tepi jalan.

nasamulia
Saujana mata memandang daerah pergunungan Simulungun, di kiri kanan jalan terhampar dengan kebun sayur-sayuran
Menyaksikan keindahan air terjun Sipiso-piso seakan terubat rasa lelah di perjalanan.  Namun kami hanya mampu memandang dari tempat tinjauan paling atas dan tak sanggup untuk turun ke dasarnya.  Untuk turun ke dasar tidak menjadi masalah tetapi memikirkan hal untuk mendaki semua ke atas yang memaku kaki2 kami di point ini saja. 
nasamulia
Air terjun terkenal Sipiso-piso
Hampir senja dan seletah puas menikmati keindahan alam semulajadi tempat ini, kami meneruskan perjalanan ke Berastagi.
nasamulia
Longgokkan sayur kubis di salah satu rumah pengumpulan, mungkin sayur kubis yang kita beli di pasar datang dari daerah ini.

nasamulia
Tidak jemu untuk merakam keindahan Tanah Koro
nasamulia
Buah limau yang tersedia untuk diedarkan, agaknya ada antaranya yang akan sampai ke Malaysia.
nasamulia
Rumah makan di kawasan peranginan air terjun Sipiso-piso
nasamulia
Berastagi, kami hanya lalu di pekan ini setelah membuat keputusan akhir untuk terus balik ke Medan.
Wassalam... 

No comments:

Post a Comment