Tandan Buah Kurma - Sumber photo dari Google |
Setelah seminggu berpuasa, baru ada kesempatan untuk up-date blog....begitulah super duper busy orang seperti saya yang bekerja dalam industri makanan. Sebagai penyedia makanan untuk majlis berbuka puasa, menjadi satu kewajiban kami semua untuk bekerja berganding bahu agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Menarik yang Mulia hendak kongsikan adalah info berkenaan buah kurma yang menjadi pelengkap semasa bulan ramadhan. Info ini Mulia dapatkan daripada surat khabar Harian Metro Ahad 14hb Julai 2013. Credit kepada wartawan yang terlibat kerana memberikan info berguna kepada pembaca semoga Allah memberikan pahala yang berganda kepada usaha anda itu.
Selain sebagai makanan sunnah dan sumber makanan yang berkhasiat tinggi, info tentangnya tidak pernah Mulia ketahui. Menurut artikel tersebut, bahawa trerdapat kira-kira 1400 species kurma yang di tanam di seluruh dunia yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kurma segar, rotab (matang serta lembut) dan kurma kering yang lebih dikenali sebagai tamar.
Terdapat 10 jenis kurma yang popular di tanam di seluruh dunia terutama di kawasan Timur Tengah, Amerika Syarikat, Rusia dan China. Jenisnya adalah Kurma Nabi (Ajwa), Kurma Sekki, Kurma Barhi, Kurma Kholas, Kurma Khidri, Kurma Mactoumi, Kurma Sokari, Kurma Siraj, Kurma Majol dan Kurma Monief.
Species kurma yang terbaik adalah kurma Ajwa atau dikenali sebagai kurma Nabi yang hanya terdapat Tanah Arab khasnya Madinah. Kurma yang berkualiti ditentukan dengan corak penanaman di kawasan yang mengalami suhu ekstrem panas dan sejuk yang melampau. Kalau nak tanam kat Malaysia ini, tempat mana agak2 yang sesuai?..
Di dalam Hadis Riwayat Ahmad, At-Tarmidzi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah menyatakan bahawa; "Rasulullah berbuka dengan kurma basah (rotab), jika tidak ada rotab maka baginda berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tiada tamar maka minum dengan seteguk air". Sesungguhnya berbuka cara ini adalah sunnah dan berpahala untuk diamalkan. Renung-runungkan, bagaimana dengan cara kita berbuka puasa?.....masyaAllah makanan dan minuman yang pelbagai sehingga memenuhi penuh meja. Cara siapa kah yang kita amalkan, Rasulullah atau syaitan yang suka membazir....Nauzubillahi min zalik.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment