Buah tangan yang kami bawa, Kak Uda hidangkan semula untuk kitaorang....tak buruk siku ek??? |
Assalamualaikum,
Terasa nak pecah perut minum pelbagai air di karnival Jom Heboh tadi, Mulia tercari-cari jugak kot lah ada gerai yang menjual air katira, tapi tak jumpa. bila dah sampai rumah Kak Uda, angin sepoi2 bahasa plak..mengundang mata nak lelap jer rase...kebetulan rumah Kak Uda tinggal seorang jer hari ini, suaminya (Abg Shariff yang kami panggil Wak Dol pergi kerja), anak menantu dan cucu pun belum sampai agaknya tengah hari itu.
Ingatkan nak singgah kejap aje sebab selepas ini panjang list tempat nak pergi. Nampak raut kesedihan di wajah Kak Uda bila kami kata nak balik petang ini jugak..."tidur sinilah, esok jer balik kl". Mulia jeling en. Hubby biar dia jer yang bagi alasan kenapa kena balik cepat.
Sekejap2 pun, sempat lagi makan tengahari, walaupun menu simple lemak labu dengan sawi, tempe goreng bersama ikan goreng dan sambal ijo, aduyaii sedap makan sambil bertambah2. En. Hubby merata lauk jer sebab dia tak makan nasi sekarang.
Kak Uda cakap makan jelah ape yang ada, dah datang pun mengejut. Sebenarnya sengaja Mulia dan Nanie tak inform awal2, kejap lagi dia tertunggu2 pulak. Satu lagi, dia akan masak banyak-banyak untuk menunggu kami nanti. Takpe Kak Uda, rehat jer dapat jumpa dah cukup.
Home made Tapai Ubi oleh Kak Uda.....bila makan tapai ubi ini sering kali terkenangkan seseorang... |
Sayur lemak labu bersama sawi, marvelous.... |
Ikan kembung & ikan bawal goreng |
Tempe Goreng, Simple tapi sodap!!! |
Khemah kat bawah tu persediaan untuk Bicara Perdana keesokan harinya bersama Tun Mahadir |
Sebelum anak2 murid dia datang mengaji, kami chow dulu....ada rezeki, panjang umur jumpa lagi ye Kak Uda, lokasi seterusnya Taman Pulai Indah....Wassalam
No comments:
Post a Comment