Butir Nangka (Versi Kelantan) / Keciri Mandi (Versi Bugis) |
Assalamulaikum...
Petang nie sedap kalau dapat makan bubur ker, pengat ker, basah dan lembut je bila lalu kat tekak. Erm bayangkan yang lemak2 manis, slurp...slurp...slurp habis semangkuk. Resepi yang Mulia nak kongsikan ini, klau kenal nama jer, tentu tak terbayang pemanis mulut ini seakan2 bubur. Orang Kelantan sebut sebagai Butir Nangka, klau orang luar kelantan perkataan butir lebih sinonim dengan sebutan biji. So sama ada nak kenal sebagai butir atau biji terpulanglah, tapi bagi Mulia lebih baik kalau kita kekalkan originaliti sebutannya untuk melambangkan asal usulnya.
Sebenarnya Mulia tak pernah pun buat resepi ini, tapi dessert yang seakan-akan ini ada dalam kuih tradisi Masyarakat Bugis yang dikenali sebagai Keciri Mandi. Yang membezakan hanya tepung tidak diwarnakan dan kuahnya berwarna perang gelap kerana hanya menggunakan gula kabung. sepenuhnya. Dulu arwah nenek dan makcik selalu sediakan ketika bulan Ramadhan sebagai menu ketika berbuka.
Berlainan dengan yang ini pulak, suami Mulia (yang berakar umbi dari Kelantan) diminta menyediakan menu tersebut sempena majlis sambutan hari lahir bos besar. Berpeluh merecik nak sediakan, bukan sebab susah nak menyediakan tetapi, takut tak jumpa rasa yang bos nak tu. Alhamdulillah hasilnya mendapat pujian dari bos siap mintak tapau bawa balik.
Buat bentuk bujur memanjang sebesar jari kelingking. Bentukkan jangan besar sangat sebab bila nak makan tak perlu nak potong2 lagi dengan sudu....slurpp sekali jer. Lagi satu bila makan terasa lemak manisnya, takdelah terasa tepungnya. Mak mertua bagi petua, lepas bulat2kan alas dulang yang nak letak tu dengan kertas untuk mengelakkan dari melekat dan mudah untuk mengeluarkan ketika hendak merebus.
Angkat biji nangka yang terapung (tanda dah masak) menggunakan penapis |
Rendam butir nangka ke dalam air sejuk sebaik dikeluarkan dari periuk untuk mengelakkan daripada melekat. |
Sediakan Kuah, kena tunggu dan kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah minyak |
Selamat Mencuba.. |
Sumber Resepi: Mak Mertuaku (Chek Nang Teh)
1 bungkus tepung beras (300gm)
3 sudu tepung beras pulut
sedikit air kapur
Daun pandan - blender untuk jus
Pewarna hijau.
Pewarna merah jambu
Air secukupnya untuk membuat doh.
2 litre air untuk merebus biji nangka.
Cara Menyediakan
1. Gaul tepung, air kapur dan air secukupnya untuk membuat doh seperti hendak membuat kuih Buah Melaka atau Ondeh-Ondeh. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Satu diwarnakan dengan pewarna merah jambu dan satu lagi diwarnakan hijau menggunakan jus pandan, boleh tambahkan sedikit pewarna hijau klau nak hasilnya yang lebih hijau. Klau kawan2 nak guna warna lain pun boleh jugak
3. Bentukkan doh bujur memanjang sebesar jari kelingking sehingga habis.
4. Didihkan air di dalam periuk lebih kurang 2 litre. Masukkan doh yang telah dibentuk ke dalam air mendidih.
5. Angkat doh yang dah timbul dipermukaan mengunakan penapis dan letakkanya ke dalam air sejuk.
Untuk Kuah
300gm Gula Nipah (orang kelantan panggil manisan, klau takde gula nipah, guna gula merah atau gula melaka ataupun gula kabung) ikut kemanisan masing2.
2 sudu Gula Pasir
1 litre Santan
2 helai daun Pandan - simpulkan
secubit garam
3 sudu tepung beras (cairkan bersama santan untuk memekatkan kuah), yang ini ikut suka, kalau tak nak pekat pun boleh.
Cara Menyediakan
1. Larutkan gula menggunakan sedikit santan dan masukkan simpulan daun pandan. Masukkan lebihan santan.
2. Masukkan roux perlahan-pelahan sambil kacau kuah untuk mengelakkan roux berketul dan santan pecah minyak.
3. Letakkan sedikit dan bila dah menggelegak kecil, tutupkan api.
*Untuk menghidangkannya, ambil beberapa ketul butir nangka dan letakkan kuah. Boleh dihidangkan secara panas mahupun sejuk. Sebagai alternatif, boleh meletakkan hirisan buah nangka ke dalam bubur ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment