Wednesday, 9 November 2022

W-W: Doha Ada Apa?

Assalamm...

Tak jumpa apa-apa di Doha selain bear besar, warna kuning dan buncit ini. Duduk kaku di tengah-tengah alam di Hamad International Airport.  Rasa kurang puas sebenarnya sebab transit 12 jam di Doha, tapi tak boleh keluar berjalan-jalan walaupun kami dah beli pakej jalan-jalan sekitar bandar Doha, efeknya aku kesejukkan dan beku dalam surau.  Kena akur itu undang-undang negara mereka mulai 1 November 2022 semua yang transit tidak dibenarkan keluar kecuali mereka ada tiket nak tengok perlawanan bola sepak piala dunia huhuhu.  Tidak baik bermuram nestapa mana tahu lepas ini Allah bagi rezeki lebih baik boleh jalan-jalan keseluruh negeri pasir berdengung bernama Qatar.  Allah sebaik-baik Perancang dan Pelaksana.



Wassalam.

5 comments:

  1. Mak aih 12 jam dalam airport. Ala kalau saya mesti sedih. Nak jugak tengok stadium dari luar walaupun tak dapat tengok bola time World cup nanti

    ReplyDelete
  2. Di surau Hamad International Airport inilah kasut saya hilang sewaktu solat asar. Nasib baik ada traveller hulurkan selipar jepun. Berselipar jepunlah saya sepanjang penerbangana dari Doha ke KLIA.

    ReplyDelete
  3. wah terbang ke negara pasir berdengung tu slmt bercoti

    ReplyDelete
  4. aduh yeke kak, pusing2 tengok kedai dekat airport tu lah... 12jam dalam surau tidur jelah ye kak

    ReplyDelete
  5. ๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹
    Hello there, as a newbie to crypto currency trading, I lost a lot of money trying to navigate the market on my own. In my search for a genuine and trusted trader, i came across Mr Mark Toray who guided and helped me make so much profit up to the tune of $40,000. I made my first investment with $1,000 and got a ROI of $10,400 in less than 8 days. You can contact this expert trader via Telegram: @Mark4toray_fx or Email : Marktoray8@gmail.com

    ReplyDelete