Saturday, 8 October 2022

Lao Mandre: Kak Anie Shellrock, Tasik Shah Alam

Assalamm...

Untuk mengubat kekecewaan MIL tak dapat buat passport di UTC Shah Alam, kami pujuk lah hati dengan mencari makan di Kak Anie Shellrock.  Tak jauh sangat lokasi antara UTC dengan tempat ini, keliling tasik jumpa lah.  Kebetulan kaum kerabat ada candangan nak get together di sini. Boleh tanya-tanya jika nak buat tempahan tak pun kita buat food testing dulu.

Kaunter untuk order makanan dan buat bayaran.  Di sini pilih tempat duduk terlebih dahulu, scan QR yang terdapat di atas meja untuk memilih menu yang dikehendaki.  Kemudian buat pesanan dan bayaran di kaunter serta maklumkan nombor meja anda.

Kami pilih tempat duduk tepi-tepi, boleh tengok susana orang berkayak di tasik atau orang menaiki perahu bersiar-siar keliling tasik.

Kaunter colek, bahagian ini yang mula-mula kita jumpa bila masuk.  Colek tu maksud makanan macam ini goreng-goreng yang dimakan dengan sos pencicah.  Nak makan yang ini kena pilih dan bayar di sini juga.

Pilihan kami, orang pantai timur memang gemar dengan kepok mereka kan.  Umpama sabahan gemar akan pisang gorengnya.

Beginalah bentuk colek yang sudah siap disajikan dengan sos pencicah.  Satu lagi isu hangat sekarang, nama sama makna yang berbeza adalah kes colek yang sedang meningkat sekarang, berhati-hati semua dan sama-sama awasi anggota keluarga kita. 

Hidangan lain yang diorder untuk kami berempat, hajat nak makan nasi kukus ayam berempah tapi takde pula hari itu, jadinya makan nasi kerabu di hari jumaat.

Kaum kerabat cadang nak bershellout di sini, tapi syarat mereka tidak menerima sebarang tempahan awal.  Konsepnya siapa cepat, dia dapat.  Kalau ramai orang kenalah tunggu di kerusi yang disediakan itu sementara nak dapatkan meja.

Rasa macam tak sesuai dengan situasi kami, akhirnya kaum kerabat tak jadi lah nak berkumpul di sini.  Kena fikirkan alternatif lain yang memungkin kan semua orang hadir bersama-sama.

Kalau tanya pasal makanan yang kami santap hari itu, rasanya macam biasa-biasa saja.  MIL dengan adik-adik pun kata macam tu, cuma mungkin tempat dan susana yang meriah.

Wassalam.

3 comments:

  1. kalau tengok gambar menu macam sedap. maybe shell out tu kot tarikan utama kedai ni. best jugak ye makan tepi tasik

    ReplyDelete