Thursday, 6 October 2022

Lana's Bakery Land (Wholesale Bakery Supply)


Assalamm....

Betapa pentingya menyimpan data dan infomasi kata orang, sebab mungkin berguna pada masa akan datang.  Tapi kalau dapat data privasi dan pribadi orang jangan suka-suka nak sebarkan, dapat ke orang yang tak bertanggungjawap naya orang tu.  Tapi kalau info pasal kami jumpa satu kedai bahan-bahan bakeri ini, bagus untuk di kongsi.  Tempat begini selalu menjadi syurga shopping untuk para bakers sekalian, yang tak pegang title bakers macam saya pun boleh datang nengok-nengok.

Ceritanya, suatu hari kami berkunjung ke kedai yang selalu pergi nak dapatkan satu produk, tapi diberitahu stok habis sejak beberapa bulan yang lalu.  Tiba-tiba macam gelap dunia, masa sudah suntuk, nak berkejar ke cawangan lain kedai itu jauh pula.  Nasib sel-sel otak orang sebelah bersambung dia kata pernah jumpa kat tik-tok atau kawan dia ada cerita ada satu tempat baru dalam kawasan ini kalau nak beli bahan-bahan kek atau yang sewaktu dengannya.  Saya tak layan tik-tok sebab tu saya tak tahu, haruskah aku menjerumuskan diri ke apps itu? Walaupun dia terlupa nama kedai, cari punya cari Alhamdulillah jumpa juga kedai ini.

Masuk-masuk je memang teruja tengok tempat ini, walaupun senyap sunyi sebab dalam tu ada 2 orang pekerja dia saja di kaunter.  Kawasannya besar iyelah lokasinya dalam kawasan industri kan bukan macam lot kedai biasa.  Tak akan ada kes berlaga punggung jika pembeli ramai mamcam yang selalu terjadi di kedai-kedai bahan bakeri lain.

Seronok dapat memilih bahan-bahan dalam peti sejuk beku begini.  Senang nak banding harga mengikut jenama kan.

Tiada masalah nak beli barang yang berat dan besar sebab ada troli disediakan, dan tinggal tolak ke kereta apabila sudah selesai berbelanja.

Para coklat terpamir cantik di dalam bilik khas yang di namakan chocoland.

Semestinya jika ke kedai bahan bakeri, bukan bahan saja dijual, assessori, peralatan, packaging dan segala yang berkaitan ada di sini.

Sebenarnya ini kunjungan kali kedua, baru dapat menjelajah dan ambil gambar.  Pertama kali tu hanya beli bahan yang dikendaki terus caoww.

Para bakers yang nak pergi tu alamat kedainya, minta tolong jer pakcik waze atau makcik google map tunjukkan. Insha Allah jumpa.

Lana's Bakery Land - Wholesale Bakery Supply
14, Jalan Teknologi, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor.
Buka setiap hari - 9.00am 7.00 pm.

Wassalam.

3 comments:

  1. jaman skrg mudah je semua pakai waze., hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhh menariknya kak luas betul kedainya ya, teringat kalau ke kedai bakery dekat rumah tu barang memang banyak tapi tulah sempit, kalau ini wahhhhh seronok betul. Ini kedai pelakon lana nordin kan

    ReplyDelete
  3. Akak teringin juga nak pergi tengok-tengok barang kedai Lana Nordin ni... harga dia okey tak berbanding kedai jual bahan kek yang lain?

    ReplyDelete