Thursday, 23 May 2013

Burongko, Dessert Khas Orang Bugis

nasamulia
Burongko yang telah siap dimasak.


Assalamualaikum wbt...
Ermm enaknya dapat menikmati juadah yang disediakan oleh ibu, lebih-lebih lagi makanan tu susah untuk diperolehi di mana-mana.  Dessert favorite ibu Mulia yang dinamakan sebagai Burongko dan ada juga yang menyebutnya sebagai Borongko.

Burongko ini merupakan dessert tradisional orang Bugis yang diperbuat daripada bahan yang cukup asas, isi pisang nipah, santan, gula dan telur.  Campuran bahan2 ini tadi akan diisi ke dalam kelongsong yang diperbuat daripada daun pisang nipah.  Hidangan ini merupakan salah satu isi dalam busara (tempat mengisi kuih) ketika majlis2 keramaian orang Bugis seperti majlis akikah, perkahwinan, maulud nabi dan sebagainya.

nasamulia
Gambar di atas merupakan kelongsong yang telah  siap dibentuk yang betindak sebagai acuan untuk burongko.  Seeloknya menggunakan dua lapisan daun pisang nipah (daun pisang lain agak kelat dan turut mempengaruhi rasa burongko nanti).  Lapisan luar menggunakan daun yang matang, manakala lapisan dalam menggunakan daun pisang di bahagian pucuk (hijau muda).

nasamulia
Isi pisang nipah yang telah dibuangkan bahagian hitam di tengah-tengahnya (empelur) untuk mendapatkan warna yang putih.  Jenis pisang lain agk kurang sesuai kerana senang teroksidasi yang akan mempengaruhi rasa dan warna burongko nanti.

nasamulia
Kisar isi pisang tadi menggunakan pengisar makanan sperti dalam gambar di atas, pengisar yang dalam gambar ini mak Mulia dapatkan daripada Arab Saudi ketika menunaikan ibadah haji.  Kalau kat sini tak tahu nak cari pengisar sebegini.  Ikut hati Mulia gunakan blander (lagi mudah dan cepat kerana pisang dan santan dikisar bersama).  Kawan2 taulah orang-orang tua lebih suka menggunakan cara tradisional mereka sendiri dengan alasan untuk mengekalkan rasa asli sesuatu masakan itu.

nasamulia
Isi pisang yang telah dikisar, seterusnya akan dicampurkan dengan gula pasir, telur dan santan.  Kebiasaan orang-orang tua tidak menggunakan ukuran metrik yang tepat hanya main agak-agak namun rasa dan tekstur yang diingini berjaya dihasilkan.  Begitu jugak halnya dengan mak Mulia.

nasamulia
Campuran isi pisang, telur, gula dan santan di kacau rata sehingga mendapat hasil seperti dalam gambar di bawah.  Adunan ini perlu dibuat cair utnuk menghasilkan isi burongko yang lembut dan lemak-lemak manis.  Mak mengajarkan tips pada Mulia bagaimana mendapatkan takat kecairan yang diingini.  Caranya dengan meletakkan senduk ke atas adunan, klau senduk tu tenggelam sendirinya dengan mudah bermaksud itulah takat kecairan yang diingini.  Maksud kalau kawan-kawan letak senduk atas adunan tapi senduk tersangkut atas adunan, cecair (santan) perlu ditambah.  

Gula jugak agak penting untuk mendapatkan hasil burongko yang terbaik.  Jus hanya akan keluar apabila kadar gula mencukupi.  So kalau terbuat burongko yang kurang gula, kawan2 fahamlah kenapa begitu.

nasamulia
Isikan kelongsong dengan adunan burongko, agak-agak setengah cawan ke satu cawan, bergantung kepada saiz kelongsong.  Jangan isi terlalu penuh untuk mengelakkan adunan tertumpah keluar ketika mengukusnya nanti.

nasamulia
Kukuskan sehingga masak, selalu klau Mulia maska tu tak pernah pulak setkan timming, lebih kurang 20 ke 30 minit, atau sehingga kelongsong daun pisangnya menjadi layu.  Kelongsong yang telah diisi perlu di ikat atau di sematkan dengan lidi.  Yang mulia selalu buat ikat kelongsong yang dah berisi secara couple (berdua-dua).

nasamulia

Beginilah isi dalam burongko (gambar bawah) yang telah masak, boleh dinikmati ketika masih suam atau disejukkan di dalam peti ais.  Klau nak freez pun boleh, yummy yummy rasa macam ice cream plak.  Burongko boleh tahan sehingga seminggu klau disimpan dalam keadaan sejuk (chiller) dalam fridge.  Klau Mulia tak sempat bertahan seminggu, kejap kuarkan satu, kejap lagi satu...tengok tengok dah habis.  Thanks mak sebab bersusah payah sediakan dessert ini untuk Mulia bawa balik PJ.

nasamulia
Berikut resepi untuk burongko yang Mulia dapatkan daripada mak...jom kita cek resepinya...Burongko yang terbaik adalah yang lembut, terasa lemak manis dan berjus.

Burongko
Sumber Resepi: Mak (Timah Binti Hema)

1 sikat isi pisang nipah yang cukup masak, asingkan isi dengan ampelurnya (takat masak yang sesuai untuk buat cekodok)
3 biji telur
1 cawan gula pasir (gula boleh ditambah dan dikurangkan mengikut tahap kemanisan yang diidami)
2 liter santan. 
1 sudu teh esen vanilla atau serbuk Vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur (jika suka)
Daun pisang untuk kelongsong.

Cara membuat adunan
1. Kisarkan isi pisang menggunakan pengisar makanan.  Kalau tiada peralatan seperti itu, boleh menggunakan blander.
2. Blander isi pisang dengan santan sehingga habis.
3. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit terlebih dahulu. Masukkan gula dan santan.
4. Gaul sebati kesemua bahan, ikut tips di atas untuk mendapatkan takat kecairan yang diperlukan. Boleh rasa sedikit adunan untuk mendapatkan tahap manis yang diingini.
5. Isikan kelongsong secukupnya, 3 suku daripada dasar kelongsong.

Cara membuat Kelongsong
1.  Potong daun pisang selebar 5 - 6 inci.
2. Gunakan dua helai daun yang telah dipotong, sebaiknya gunakan daun pucuk muda untuk bahagian dalam
3. Letakkan benda keras (2.5 - 3 inci) di tengah daun pisang sebagai dasar dan untuk memudahkan mendapatkan bentuk kelongsong.
4. Lipatkan kedua-dua belah tepi kanan daun pisang masuk ke dalam, disudahi dengan melipat kedua-dua belah tepi kiri daun.  Lipatan boleh dimulakan dari sebelah kiri atau kanan.  Rujuk gambar di bawah.
5. Trim hujung daun pisang untuk mengemaskannya.

nasamulia


Selamat Mencuba....Wassalam.


No comments:

Post a Comment