Assalam...
Selepas beberapa hari bersedih dan memerap di rumah kakak, sepupu saya bawa keluar ambil angin di pantai. Jangan sedih-sedih, hidup kena diteruskan, kami singgah di Pantai Bahari yang terletak di pinggir Kota Polewali, ibu kota bagi Kabupaten Polewali Mandar. Dinamakan Pantai Bahari sempena pantai ini terletak di Jalan Bahari. Kawasan pantai ini dahulu sibuk dengan aktiviti pelabuhan yang mengendalikan pengangkutan barangan hasil bumi Polewali dan pulau-pulau sekitarnya seperti beras, kelapa dan hasil laut. Setelah ditukar fungsinya kepada kawasan rekreasi aktiviti pelabuhan telah berpindah ke tempat lain dan proses menaik taraf pantai telah dilakukan.
Pernah singgah di sini tapi petang itu tak sempat bersantai sebab hujan. Sebenarnya petang tu kami nak pergi beli ikan segar di pasar tradisi dihujung sebelah jeti. Sebab cuaca agak baik dan ditemani oleh sepupu-sepupu yang belum pernah berkunjung ke sini, sempat pesan jus sambil menunggu matahari terbenam.
Sekadar bermain ombak ok kot, tapi untuk mandi kurang sesuai sebab banyak sampah sisa hasil pertanian yang dihanyutkan oleh ombak ke pantai. Arham (anak sepupu) pulun bergolek dan main pasir sebab kami tak bagi dia mandi.
Matahari yang semakin berlabuh.
Tela-tela nama makanan ini, saya main order saja sebab namyanya unik. Sedap bagi saya. Pulun saya dan Arham makan benda ini. Ubi kayu rebus, digoreng semula dan digaul dengan serbuk berlado (macam serbuk cili) ada jual paste kata mereka.
Sesukaan saya memang selalu tak sama dengan yang lain. Mereka lebih suka minum jus alpukat (ovacado), saya lebih suka dengan sirsak (durian belanda).
Senja itu tetap cantik walau hadirnya seketika, teringat lagu berkenaan senja yang arwah mak pernah ajarkan dulu. Ish bertambah sedih pula,
"Siang telah berlalu
Kerinduan telah tiba
Tiba masanya mengingati orang yang jauh di sana
Telah jauh pergi tak pernah kembali
Tanpa ada khabar, tanpa ada pesan yang datang".
😭😭😭😭😭😭
😭😭😭😭😭😭
Semoga dapat kembali lagi ke pantai ini bersama-sama mereka. Sesungguhnya kebersamaan yang walau sekejap itu sangat membahagiakan dan semoga hubungan silaturahim ini terus terjalin walaupun orang tua kami seorang demi seorang dijemput Ilahi. Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment