Friday, 24 February 2017

Lao Mandre: RM Sangkuriang, Bandung


Assalam..
Ini cerita lama punya tapi takdelah sezaman dengan cerita rakyat sangkuriang.  Malam last di Bandung kami cakap dengan pak supir nak makan makanan khas Bandung (Makanan suku Sunda).  Dua hari dua malam sebelumnya dah makan nasi padang, ini tak boleh jadi datang Bandung pergi makan nasi padang (nak makan nasi padang pergi Padang lah, setakat ini makan tepi padang permainan jer mampu), nak juga rasa makanan autentik Sunda kan.  Pak Supir bawa kami ke sini Sangkuriang.  Macam pernah dengar je nama tu, agaknya tipikal nama anak lelaki orang Sunda kot.   Ah, baru teringat cerita Tangkuban Perahu, iya anaknya bernama Sangkuriang yang ingin menikah dengan wanita cantik (wanita itu sebenarnya adalah ibu kandungnya).

Kami sampai tu agak lewat, nasib restoran masih buka.   Resto ada dua bahagian yang hendak berkerusi meja atau nak duduk bersila di pondok yang agak kebelakang sedikit.


Ketuk ini kalau perlu apa-apa atau nak panggil pelayan restoran.


Buku menu, tema menu pilihan malam itu adalah segalanya tentang ikan, ikan air tawar pula tu.  Tapi taklah kejam ikut tekak sendiri saja, pilihan ayam tetap ada.  Kalau semua dah setuju mari kita pilih apa nak di makan.


Menu pilihan malam tu -
Sup ikan nila
Gurame goreng kipas
Ikan mas cobek sunda
Ayam rica-rica
Ayam bakar
Genjer cah
minuman ikut pilihan masing-masing
* Nasi putih tambah satu bakul.

Agak banyak bagi mereka yang berperut kecil, biasa bagi yang kuat makan.  Pak supir kami ajak sekali hanya senyum dan geleng-geleng tengok gelagat kami, agaknya dalam hati dasyat orang malaysia ini makan. 


Ini sebahagian menu yang kami pesan, sesuai dengan tema resto yang lebih kepada masakan berasaskan ikan air tawar.  Namun ayam rica-rica dan ayam bakar order juga untuk kawan yang tak boleh hidup tanpa ayam.


Sup ikan nila (ikan talapia hitam), sedapnya hirup kuah tu.  Nampak cair dan macam air jarang jer kuah tu tapi sedap.  Puas jugak saya dan Ann merata sebab orang lain tak berapa nak terima kot rasa ikan tu.



Ikan gurame goreng (ikan kaloi), tak berapa menjadi kot kepak ikan ini, tak nak terbang asyik nak tergolek je ikan tu.


Ikan bakar ini paling sedap, kalau tak silap kami pilih ikan emas dengan pilihan masak cobek sunda.  Cobek / sambal tu yang sedap. 


Sebab kami customer terakhir, kesian ibu kasir dan bapak kasir yang menunggu group kami selesai makan.  Cepat-cepat lunaskan bayaran.  Maaf banyak-banyak ya ibu, bapak.


Antara eksessori yang dipamirkan dalam Restoran Sangkuriang.  Kalau datang waktu siang cantik agaknya pemandangan taman kat belakang kawasan yang menempatkan pondok-pondok tempat makan kami tadi.


Hatur nuhun (terima kasih dalam bahasa sunda).  Lenggok bahasa orang Bandung (suku sunda) ini lain sikit.  Semasa di pasar baru penjual tu asyik panggil-panggil teh, liat baju-baju teh, teh liat kain renda, mari teh, sini teh.  Saya tertanya-tanya kenapa mereka tak panggil kami "mbak" macam orang indosesia yang lain?.


Last tanya kamus bergerak kami, pak supir lah. "Teteh" itu panggilan untuk kakak dalam sunda, sementara panggilan "mbak" tu lebih kepada orang jawa. So kalau ada yang menyapa teh kesini, bukan mereka minta air teh atau suruh minum teh ya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment