Tuesday, 28 February 2017

Kaktus dan kroninya....


Assalam...
Ada siapa yang mahir tentang tumbuhan kaktus tak di sini, cuba share nama-nama setiap jenis kaktus yang ada ini.  Saya tak tahu semua tumbuhan berduri begini semua panggil kaktus saja.  Kadang-kadang confius jugak, sebab ada yang bertangkai kecil dan lembut, takde duri tajam pun orang panggil kaktus.  Ini hasil cerapan semasa berjalan-jalan ke Cameron Highland baru-baru ini.  Mulanya nak cari Cactus Valley yang menempatkan kaktus terbesar dan tertua, tapi sebab tersalah jalan terjumpa tempat ini Cactus Point.



Ada orang cakap tanam kaktus ini senang tak perlukan penjagaan rapi sebab tak perlu penyiraman setiap hari.  Namun jika terbiar saja pun boleh mati juga pokok tu.


Pokok kaktus yang jenis ini agak biasa kita lihat diperkarangan rumah-rumah kampung.  Rumah mak kita pun ada tanam pokok kaktus ini, namun tidak setinggi ini.


Ada yang berduri halus seperti rambut, ada berduri tajam dan kasar.


Duri dari jenis kaktus ini agak menakutkan bagi saya, dah rupa macam cangkuk besi.






Jenis ini pun cantik, renek dan jambulnya berwarna.  Samada jambul berwarna itu dianggap sebagai bunga atau pun batang kaktus tak tahu lah.


Benih-benih kaktus dari pelbagai jenis untuk dijual.  Kami pun tak terkecuali terpikat nak membeli tak silap 6 pasu dengan harga RM10.



Kalau sebelum ini, bila sebut kaktus yang terbayang adalah duri-durinya.  Disebalik duri itu, ada beberapa jenis kaktus yang mengeluarkan bunga yang sangat cantik seperti gambar di bawah ini.





Kepada penggemar kaktus, mesti berkeinginan nak memiliki setiap jenis kan.  Kalau saya gemar tengok saja, tak reti nak jaga.  Yang beli 6 pasu hari itu pun tinggal satu pasu, macam menunggu masa saja.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment