Saturday, 2 July 2016

Hadiah Ramadhan - 1437H

Assalam...

Hari ini dah ramai yang start bercuti panjang dan balik kampung, kami masih bekerja sampai hari isnin, Insha Allah selasa pagi baru mulakan perjalan balik kampung.  Jalan ke pantai timur dah mula sesak sejak kemarin semasa en.Abe balik Pahang.  Tahun ini kami raya kampung yang jauh, kampung sebelah saya, so dia kena balik Pahang dulu hantar apa yang patut.  Pagi tadi dapat berita gembira, dapat hadiah istimewa di penghujung Ramadhan.



Nak tahu hadiah apa yang kita orang dapat, tengoklah gambar bawah tu, hadiah comel yang berbalut selimut biru kat bawah tu.  Lahir awal pada minggu yang 37, bersamaan 27 Ramadhan (02.07.16) pagi tadi.  Takde nama lagi, tak sabar awak nak tengok dunia ye.  Anak lelaki sulung  kak long & abang long dan merupakan cucu pertama dalam keluarga en.Abe. 


Syukur pada Allah SWT, proses bersalin kak long dipermudahkan.  Pagi tadi jam 6.30 pagi dapat wassup kata otw pergi klinik tempat dia nak bersalin untuk final check up.  Tup-tup dapat mesej dari abg long di group wassap family jam 8.00 pagi kata kak long dah ditolak masuk labour room.  Tepat 9.43 pagi telah selamat bersalin anak lelaki seberat 2.95kg.  Boleh bayang muka gembira tok ayah dan tok chek kat kampung mendapat khabar gembira.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment