Thursday, 28 April 2016

APAKAH JADAH? JADAH BAKAR


Assalam...
Apakah Jadah? saya tak maksud h**** jadah tu... Jadah bakar ini nama makanan, kudapan.  Saya jumpa masa berjalan-jalan ke bandung hari tu, tengok orang jual, beli dan rasainya sendiri.  Kalau tak silap masa beli tu, ada tanya kat penjual nama makanan ini, tapi sebab dah lama jadi lupa.  Jenuh juga nak nak ingat dan cari nama makanan ini, terpaksalah google.
 


Sekali imbas macam nasi impit kan, tapi jadah diperbuat dari pulut bukan nasi.  Hasil pencarian leceh jugak nak buatnya sebab proses nak kukus pulut dengan santan, lepas tu kena tumbuk pulut nak bagi mampat.  Dah mampat tu baru betukkan segi empat macam dalam gambar atau bulat-bulatkannya.  Dah dapat bentuk yang diingini, kena bakar pulak, bagi garing sikit bahagian luar tu.
 

Jadah bakar dimakan bersama serunding (rasa macam serunding ikan) atau kuah yang seakan kuah kacang.  Kalau nak campur kedua-dua serunding dengan kuah pun boleh atau makan asing-asing.  Memang sedap makan semasa panas-panas, pula ketika kami beli itu hujan lebat.  Sementara menunggu hujan redah kami sempat makan berkeping-keping jadah bakar.



Saya tak ingat harga untuk sekeping jadah bakar ini, murah saja Rp5000 atau Rp10,000 dan sekeping jadah bakar cukup mengenyangkan.



Sos untuk jadah bakar, serunding dan kuah kacang.




Kalau tanya resto mana yang jual, saya pun tidak tahu sebab saya beli jadah bakar dari penjaja jalanan saja.  Perut sendiri tanggunglah kan, kalau jenis yang manja tu, janganlah.  Banyak penjual jadah bakar ini yang mengandar jualan mereka ke sana ke mari.  Kami jumpa yang ini semasa berkeliaran di Jalan Asia Africa


Hujan dah redah, kami perlu berkumpul semula di kereta.  Geng kami semua senyum-senyum sebab perut dah kenyang, satu group lagi kelaparan berteduh kat mana entah.  Nak sarankan pergi beli jadah bakar, mereka tak lalu pula nak makan jajan tepi jalan ni.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment