nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Monday, 12 October 2015

NASI BERLAUK - AIR DINGIN

Assalam...
Pagi kedua di hari raya korban baru ini, saya dan geng gurgirl sampai di  Kota Bharu untuk menghadiri majlis kesyukuran kawan kami di Pasir Pekan. Terima kasih en.Abe yang beriya-iya bagi saya pergi sebagai peneman kepada 2 orang yang belum pernah menjejakkan kaki ke negeri ini. Sahabat kami dengan sukacita datang menjemput di lapangan terbang Sultan Ismail Petra pagi itu.  Keluar dari lapangan terbang, sahabat kata nak kena buat u-turn sebab nak pergi beli Nasi Air Dingin, gerai terletak di tepi jalan berhadapan lapangan terbang.  Menurut sahabat nasi berlauk air dingin memang terkenal hingga ke Putrajaya.
Sebab terkenal, jadi teruja nak rasa, lupakan hasrat nak cari nasi kerabu.  Lagi pun banyak gerai dan kedai yang masih tutup sebab cuti hari raya di Kelantan mereka sambut beberapa hari.  Nasi berlauk dan nasi dagang sebungkus RM3.00 ini harga Kota Bahru, kalau harga di Lembah Klang tak tahu pula berapa.
Alamat pengusaha nasi air dingin,  walaupun tiada nombor phone, facebook atau IG, tapi nasi air dingin ni sudah terkenal hingga ke Lembah Klang.  Siap angkut naik kapal terbang lagi.  Hebat tak hebat...
 Nasi bungkus saya berlauk gulai ayam.
Nasi berlauk dah selamat dan licin, top up pula dengan bihun goreng yang disediakan oleh tuan rumah.  Memang sedap dan terbaik sarapan pagi tu.
Terima kasih Maz dan keluarga sediakan kami hospitality yang terbaik dan makanan yang sedap.
Wassalam.