Friday, 15 March 2013

Panorama dari Teratakku

nasamulia
Pandangan ke arah hadapan dari ruang tamu, jelas kelihatan 2 menara yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.


Assalamualaikum,
Snap sana, snap sini dan inilah hasilnya, boleh pulak dijadikan N3 dlam blog...ini bukanlah aktiviti yang termasuk dalam senarai yang patut Mulia dilakukan ketika di rumah.  Sekadar suka-suka untuk melihat keadaan ketika itu, disuatu hari yang agak berjerebu sedikiit pada hujung minggu, waktunya ketika tengah hari.  
Sekadar merakam peristiwa, mungkin suatu hari pemandangan ini tidak akan kelihatan atau mengalami perubahan.  Tiada siapa tahu mungkin selepas 10 tahun atau 20 tahun ataupun kekal seperti keadaan hari ini.
nasamulia
Pandangan ke arah Plaza Tol Damansara, ketika ini lengang, tidak banyak kenderaan berbandaing pada hari bekerja, mula sesak sejak jam 6.30 pagi.

nasamulia
Fokus kepada Menara Berkembar Petronas - KLCC
nasamulia
Ini Pulak pandangan ke arah Merana Kuala Lumpur, tak jelas sangat sebab keadaan yang berjerebu dan kamera yang  kurang canggih.
nasamulia
Nusery yang terletak di seberang jalan, kelihatan pekerja nursery sedang memberi penerangan kepada pelanggan - mungkin berkenaan pokok hiasan?
nasamulia
Replika rumah kayu yang menarik perhatian yang boleh dijadikan sebagai salah satu hiasan landskap taman, bagi mereka yang berumah di atas tanah boleh lah dan pada kami yang mendiami rumah seperti sangkar burung di atas awan, sekadar memandang.
nasamulia
Ini ketika asyik merakam gambar, tiba-tiba bas ini lalu, so just snap jer.
 Wassalam...

No comments:

Post a Comment