Assalamm...
Sejukkan tekak dengan es jeruk selepas perbualan panjang di talian sebentar tadi. Panas hati sebenarnya sebab kena letak on hold terlalu lama, tapi nak buat macamana kena lah check apa-apa sebelum boleh buat keputusan kan. Es jeruk ini minuman yang saya suka minum bila berkunjung ke Indonesia, orang lain mungkin suka jus alpokat tapi saya lebih gemar es jeruk nie. Jus limau lah kalau orang Malaysia panggil, di sana limau mereka panggil jeruk, kalau kita di sini kenal jeruk tu benda yang telah diawetkan. Es tu pula adalah ais. Tak silap orang panggil limau manis, jenis limau dalam gambar tu, kami panggil limau cina
Es Jeruk
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
2 biji limau manis
1 cawan air
1 sudu gula (tambah jika suka manis)
Ais batu secukupnya
Cara Penyediaannya
* Bersihkan limau, belah dua dan perah jusnya. Kupas kulit limau dan buang biji jika guna pengisar buah.
* Campurkan limau, gula, air dan kisar sekejap. Tak perlu kisar hingga lumat.
* Tapis jus limau dan tambahkan ais.
* Hidangkan.
Sebaiknya nikmati es jeruk segera setelah disediakan, bila simpan lama atau semalaman, jus akan bertukar rasa menjadi pahit. Rasa pahit tu boleh jadi juga sebab biji limau dikisar sekali dan isi buah yang rosak, jadi pastikan guna limau yang segar dan keluarkan bijinya. Pasti ramai yang rindu nak berjalan-jalan sekarang kan, takpe kita try lah buat sendiri jus-jus yang pernah dinikmati semasa mengembara tu. Selamat bercuti dan salam Maal Hijrah 1442, semoga tahun baru ini memberi sinar kebahagian yang hakiki buat kita semua..Amin Ya Rabbal alamin.
Wassalam.