Assalam..
Pokok kedondong sebelah kiri dan kanan ditepi rumah, pokok kegemaran mak. Sejak dahulu mak memang suka tanam pokok kedondong, di mana dia menetap akan ada di tanam berdekatan dengan rumah. Keadaan komposisi dalam tanah mungkin penyebab utama kenapa pokok di sebelah kanan lebih subur, lebih tinggi dan buahnya lebih besar berbanding yang sebelah kiri, namun kedua-duanya tetap mengeluarkan buah bila tiba waktunya. Nak kata dia suka sangat makan buah kedondong, tidak juga mungkin sebab senang nak tanam, tak perlu jaga rapi dan satu-satunya pokok yang beliau tanam yang akan cepat berbuah.
Disebabkan keinginan nak tahu kenapa mak suka tanam pokok ini, pernah jugak tanya kenapa asyik tanam pokok kedondong tanamlah pokok buah lain macam rambutan ker, durian ker. Buah tu lagi sedap dari buah kedondong.
Pokok kedondong unik, selepas musim buahnya habis, daun-daun akan kekuningan dan berguguran, meninggalkan ranting dan pokok yang togel, seakan pokok nak mati. Selepas beberapa ketika kemudian di penghujung ranting atau dahan akan tumbuh tunas-tunas baru berupa pucuk daun dan bunga. Itu bermakna musim untuk berbuah sedang bermula. Fenomena itulah yang mak paling suka dan alasan itulah yang membuatkan dia suka akan pokok kedondong.
Selalunya pokok yang masih kecil akan dicantas pada tunas supaya pokok kedondongnya menjadi rendang dan berdahan rendah. Meyenangkan kita dikemudian hari untuk memanjat pokok kedondong itu nanti. Pucuk daun muda kedondong boleh dijadikan sebagai bahan utama untuk menyediakan menu Ayam Masak Asam Daun Kedondong (Manuk Nasu Kecci).
Antara buah kedondong yang sempat dipetik untuk dibawa balik sebagai buah tangan untuk kawan-kawan. Kalau rajin dan ada masa yang lama di kampung boleh petik banyak sikit untuk dibuat jeruk atau pajeri kedondong.
Wassalam.
Oh nanti share resepi manuk nasu kecci tu ya...bunyinya amat menarik.
ReplyDeleteManuk tu ayam kan.
Nanti dapat resepi dari sepupu saya sharekan...manuk, manok, ayamlah tu...tapi ada yang merujuk manuk tu unggas atau burung jugak.
DeleteSubur dan berbuah lebat kedondong tu.
ReplyDeleteSaya ada tanam sepokok kedondong hybrid.
Kecil aje pokoknya dh buah.
Memang sentiasa ada jer buahnya...klau saya ini peminat tegar mesti dah licin buah kedondong tu.
Delete