Tuesday 23 February 2016

Burasak Induk, Pekan Nenas Pontian.


Assalam...
Perjalanan balik dari Pontian kami bercadang nak singgah ke Muzium Nenas, tapi ntah apa silapnya google jalan tapi tak jumpa, walau pun dah patah balik jalan area tu beberapa kali.  Lupakanlah, takde rezeki nak singgah.  Pujuk jer hati, lain kali boleh datang lagi, tapi nak menunggu masa untuk naik bas balik kl tu lambat lagi.  Sahabat saya ajak singgah solat dan mengeteh kat mana-mana warung sekitar Pekan Nenas.   Bila ternampak warung burasak ini beroperasi, semangat sungguh dia nak singgah sini, sebenarnya masa lalu pagi tu dia dah cerita tempat jual burasak tapi setiap pagi dia lalu warung tu tak pernahnya buka.   Saya sampai terjerit masa dia nak masuk simpang, boleh dia corner maut kat situ, nasiblah kereta yang berada dibelakang jauh dan dipandu perlahan.
 

Alhamdulillah, dapat rezeki makan burasak.  Ada 3 lauk utama yang disediakan Ayam Masak Lengkuas (nassu likku), Serunding / Sambal kelapa (bejabuk) dan Asam Pedas Ikan Parang yang pekat (nasu metti').  Tapi saya lebih suka makan dengan nassu likku, mungkin sebab dah terbiasa yang tu banding makan dengan asam pedas.  
 

Ini cafe Burasak Induk yang bersebelahan Balai Bomba, Pekan Nenas, Pontian.  Dibuka dari jam 1 hingga 6 petang dan tutup pada hari selasa.  Kalau lalu waktu pagi, memang tak buka yer.  Memang puas hati dapat makan burasak hari itu, cukup rasa dan cukup lemak burasak dan nasu likkunya.  Tapi, ada tapinya hari itu tak dapat nak rasa burasak pulut (lepat lui) sebab kehabisan stok.  Sahabat saya dan en.Abe penggemar burasak pulut tapi sebagai bekalan pulang tapaukan juga burasak bawa balik PJ.
 

Kalau ada yang berminat nak buat tempahan, boleh hubungi nombor di bawah tu.  Mereka boleh uruskan penghantaran tempahan ke luar daerah.  Ujung minggu lepas pun saya dapat makan burasak buatan Bugis Delight yang dihidangkan pada majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM), KL.
 
"Hari-Hari, Hari Raya" sesuai sangat dengan moto, sekarang kita boleh nikmati burasak diluar musim perayaan.  Tak perlu tunggu hari raya lagi, rasa nak makan burasak order jer dari Bugis Delight ini. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment