Monday, 19 August 2013

Syawal 1434, di Batu Balai, Jerantut...

nasamulia
Pagi raya bersama Mertua dan adik-adik ipar.
Assalamualaikum...
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.  Bagaimana cuti raya anda semua?  Mulia tahun ini beraya di rumah keluarga suami jer di Jerantut Pahang, tak balik ke Sandakan...terlepas hidangan burasak dan ayam masak lengkuas tahun ini (menu tradisi Bugis di hari raya).

Beraya di sebelah suami, best jugak sebab adik-adik ipar semua perempuan dan ramai berbanding kalau raya di sebalah keluarga Mulia.  Tahun ini sebenarnya kali pertama beraya bersama mereka dan merasai suasana orang Pahang beraya.

Oleh kerana rumah mentua dengan masjid hanya dipisahkan dengan sungai, maka we all berjalan kaki je pergi solat sunat pagi tu.  Solat sunat Idul Fitri telah diimamkan oleh Ustaz Dasuki dan dilanjutkan dengan khtbah selepas itu.  Syahdu dan menyentuh hati nurani, setiap jemaah yang hadir pasti akan menitiskan air mata keinsafan.....
nasamulia
Menu 1st day Raya
Balik dari Solat Sunat Aidul Fitri, kami ramai2 bergegas memasak hidangan istimewa pagi itu sebelum tetamu datang...(mak mertua siap promote kt kawan2 dia supaya datang beraya kat umah, anak dia masak menu special katanya..).  Menu Sup Tulang Kambing, Nasi Arab (Mandhi) dan Ayam panggang.

Sebelah petang, kami semua beraya di rumah sedara mara belah ayah mertua.  Sambil beraya sambil nak perkenal anak menantu katanya....

Wassalam.

No comments:

Post a Comment