Assalam...
Penghujung hari bekerja minggu lepas, hujan turun membasahi bumi KL ini dengan lebat sekali. Nak keluar mencari sesuatu untuk di masak pun malas, anak sedara (Linda) pulak esok nak kena hantar balik hostel dia, tak sempat nak bawa pergi jalan-jalan atau makan2. Selama dia ada di rumah Mulia, kurang sikit rasa sunyi kami.
Sebelum dia datang rumah hari tu, Mulia dah minta izin dengan ayah Linda, supaya bila Linda duduk rumah nanti buatlah macam rumah sendiri. Bila kami keluar bekerja dia perlu mengurus keperluan dia sendiri seperti masak, minum dan basuh baju sendiri selama kami berpergian. Ayah dia serahkan aje dekat Mulia dan berpesan didik dan anggap seperti anak sendiri. Nak suruh tolong buat ape pun tak kisah.
Sebelum dia datang rumah hari tu, Mulia dah minta izin dengan ayah Linda, supaya bila Linda duduk rumah nanti buatlah macam rumah sendiri. Bila kami keluar bekerja dia perlu mengurus keperluan dia sendiri seperti masak, minum dan basuh baju sendiri selama kami berpergian. Ayah dia serahkan aje dekat Mulia dan berpesan didik dan anggap seperti anak sendiri. Nak suruh tolong buat ape pun tak kisah.
Tak sangka pulak bila Linda duduk rumah seorang-seorang, kerja-kerja rumah yang Mulia tinggalkan/tangguhkan semua habis dibereskan olehnya. Dah jadi macam bibik kami pulak. Menyapu, basuh baju, lipat baju dan memasak untuk kami. Mulia dan en.Abe dah pesan tak perlu susah payah memasak bagai untuk kami, cukup dia buat untuk diri dia sendiri.
Menurut Linda, dia sudah biasa buat kerja-kerja rumah lagipun bosan kalau duduk saja tak buat apa-apa kat rumah. Alhamdulillah, lega Mulia dengar bila masih ada remaja perempuan yang suka buat kerja-kerja rumah di zaman gadjet bermaharajalela. Sebab kebanyakkan yang Mulia jumpa walaupun umur dah dekat 20 tahun, masih tidak dapat berdikari dan menguruskan keperluan diri sendiri. Teringat zaman Mulia remaja dulu-dulu, kebanyakkan kami yang umur baru 12 tahun sudah boleh melakukan semua pekerjaan rumahtangga dan pada masa yang sama jugak hadir ke sekolah seperti remaja-remaja sekarang.
Petang itu dah pesan pada Linda tak perlu nak masak dan selepas solat magrib kita semua keluar makan. Tempat yang kami tuju yang dekat-dekat aje, lagi pun hujan lebat lagi kat luar tu. Kebanyakkan restoran yang ada adalah restoran mamak, Mulia pula kurang gemar makanan kari dan berempah. Tempat lain Mulia tak sure makanannya macam mana, so kami decide makan di Vichuda saja.
En.Abe cakap dia tak nak makan, hanya teman dan minum sebab petang tadi dia dah makan bersama kawan sebelum balik kerja. Yang nak makan cuma kami berdua, Cik Linda ini pula jenis makan sikit dan kena pantang daripada menikmati makanan seperti seafood dan telur akibat alahan yang teruk. So kami hanya pesan nasi dengan lauk Ikan Siakap Stim Limau, Sup ekor dan Sayur Brocoli.
Mulia pujuk-pujuk en.Abe tolong sama-sama merata lauk yang ada. Kalau nak harapkan kami berdua alamak memang tak habis. Bazir kan tak baik dan tak nak jadi kawan syaitan laknatullah. Perhatikan saja ikan stim yang bermandi cili padi ini, memang best.
Bila fikir-fikir, Vichuda ni macam tempat meraihkan pertemuan dan perpisahan dengan Linda pula. Masa balik ambik dia hari itu, kami singgah makan sini dan sekali lagi sini sebelum hantar dia balik hostel keesokan harinya. Pada sesiapa yang nak datang makan di sini sila klik sini
Wassalam.
No comments:
Post a Comment