|
Sup "Ceker" Ayam |
Assalamualaikum
wbt,
Salam
sejahtera untuk semua sahabat-sahabat Mulia yang telah bersama menempuhi alam
remaja dengan jayanya. Entri ini masih
berkisar dari nostalgia zaman kuliah dulu, insan-insan yang bernama (Ct, Zera,
Nanie, Nora, Ana, Rozie, Ani, Hah, Ita, Noah dan mereka yang tidak disebutkan
namanya di sini) tidak dilupa untuk menyedekahkan al-Fatihah untuk Arwah
sabahatku Azalina Faezah. Semoga semua sahabat Mulia yang bertebarang di muka
bumi ini sentiasa didalam lindunganNya dan sentiasa diberkati dalam kerjaya
masing-masing.
Sahabat
Mulia iaitu Ct, memang superbub kalau pasal makan. Bukan sebab kuat makan atau makan banyak
tetapi pandai makan dan mendahului kami semua dari segi menikmati sesuatu
makanan. Tabik spring dengan dia ini,
Mulia tabik kerana beliau beleh mengembara untuk menikmati makanan yang
diwar-warkan oleh orang ramai. Ct tidak
akan menerima begitu saja kata-kata mereka sebelum beliau sendiri sampai ke
tempat itu dan merasa menu yang disebutkan.
Seboleh-bolehnya Ct
nak rasa sendiri sejauh mana benar anggapan mereka terhadap sesuatu menu.
Mulia
sendiri pernah beberapa kali mengikut kembara beliau untuk mencari menu yang
dikatan orang ramai. Bagi mereka yang
mendengar cerita ini akan mengatakan bahawa sabahat Mulia ini pelik
orangnya. Mana tak pelik kalau sanggup
memandu jauh2 dan lepas menikmati sepingang atau semangkuk hidangan, kami akan
patah balik. Tentu sahaja dalam kereta
nanti, kami akan memberi komen sama ada mengiyakan pendapat orang ramai atau
menolak;
1)
Memandu
mendaki ke Cameron highland sekadar untuk menikmati sewacan teh Cameron Barat
bersama Scone dan balik semula.
2) Berkunjung ke Padang besar hanya untuk menikmati semangkuk tomyam di medan Mara Padang Besar,
Perlis.
3) Memandu jauh ke Kuala
perlis untuk menikmati Laksa Kak Su bersama Pulut Panggang dan balik semula.
4) Sanggup memandu ke Kuantan
untuk merasai menu yang disajikan di kedai Mok Naa.
5) Terbang ke Penang untuk menikmati nasi kandar dan ikan bakar di
Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang.
6) Nasi lemak kegemarannya
berada di puncak Cameron
Highland.
7) Ke Kuala Terengganu untuk
menikmati sata dan nasi dagang.
8) Muar untuk mencari beriani
gam.
9) Ke Kota Bahru mencari nasi
kerabu dan jagung
10) Mengembara ke Alor Star
untuk menikmati laksa Kuala Kedah yagn terkenal dengan sambal nyornya.
11) Sungai Dua, Butterwoth
menikmati Mee Udang di Seberang Tambak.
Banyak
lagi tempat yang Ct ini kunjungi, namun Mulia tidak ikut kerana waktu yang
terbatas. Semoga Allah terus kurniakan
rezeki kepada beliau untuk mengembirakan hati sahabat-sahabatnya dengan membawa
mereka menikmati hidangan2 lazat. Ketika
mengikuti JJCMnya, kami selalu mengimbas kembali kenangan semasa menjadi
pelajar dan tinggal menyewa rumah bersama.
Antara menu yang tidak pernah dilupakan adalah SUP “CEKER” AYAM.
Perkataaan
“ceker” itu bermakna kaki ayam dalam bahasa Jawa. Dulo2 kalau ada kenduri, saudara mara dan
jiran tetangga akan datang untuk memantu membuat persiapan. Selalu menu ayam pasti akan ada disediakan,
dan kaki2 ayam in memang tak akan dihidangkan pada tetamu pada hari
kenduri. oleh itu mereka akan memasak
sup “ceker” untuk mengelakkan pembaziran.
Pada malam kenduri sup ini akan dihidangkan kepada yang datang “rewang”
kata orang Johor (mereka yang datang membantu, atau ada jugak menggelarnya
sebagai penanggah). Manakala daging ayam telah di asingkan untuk dibuat lauk
pada keesokan hari.
|
Nikmati ketika Panas |
Sup
“Ceker” Ayam
(Adunan
bersama sahabat-sahabat Mulia, yang dipelopori oleh Ct)
1
kilo kaki ayam yang telah dibersihkan – potong dua
Sebungkus
sup bujut
Seketul
Halia, sebesar ibu jari - tumbuk
5
ulas Bawang merah - tumbuk
5
ulas Bawang putih - tumbuk
2
sudu Serbuk lada putih
3
biji Ubi Kentang – potong dadu
2
biji Lobak Merah – potong dadu
Sedikit
daun sup dan daun bawang – mayang halus
Sedikit
minyak untuk menumis.
2
liter air (2 mangkuk)
Untuk
menyediakan sup,
*Tumiskan
bahan yang telah ditumbuk lumat, bila dah naik minyak, masukkan 2 mangkuk air
(lebih kurang 2 liter), masukkan sup bunjut dan biar mendidih.
*Bila
dah mendidih masukkah kaki ayam ubi kentang dan lobak merah. Biarkan sehingga empuk.
*Perasakan
dengan garam dan serbuk lada putih. Tutup Api.
Angkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sup
ini sedap dinikmati bersama sambal kicap.
|
Sup "Ceker" Ayam, sinonim dengan malam kenduri di kampung-kampung |
Sup
ini sedap dinikmati ketika panas2, di samping mengelakkan gelatin yang
terkandung dalam kaki ayam membeku ketika sejuk. Teringat sahabat2 Mulia yang membuak kelakar
ketika menikmati juadah ini;
“Kita
semua mesti nampak masih remaja ketika umur dah mencapai 40 nanti, sebab
mengambil kolegen dari kaki ayam selalu.”
“In
Shaa Allah, sentiasa merasa muda untuk beribadah kepadaNya.”
Wassalam.