Friday, 20 December 2013

Birthday Babies 2013 Yang Terakhir..

Assalam...
Ini cerita En. Abe diraikan pada hari lahirnya 13hb Disember yang lalu di tempat kerja. Sebagai penghargaan bagi setiap kakitangan, pihak syarikat ada sedikit peruntukan untuk sambutan kecil-kecilan pada semua kakitangan.  Setiap kali hari lahir staff, syarikat akan sediakan kek sebiji seorang, mereka akan berkumpul, nyanyi sikit2, buat joke then makan kek bersama-sama.

En. Abe ini jenis pemalu orangnye, walaupun dah bercadang nak ambil cuti ketika hari lahir dia, namun bos tak luluskan.  Biasalah reason kerja banyak dan staff tidak cukup..hehehe.
Disebabkan tarikh lahir En.Abe ujung tahun..makan bolehlah dinggap sebagai staff termuda ikut kiraan hari dan bulan.  Dengan itu sambutan hari lahir tahun ini, adalah sebagai penutup sambutan hari lahir staff untuk tahun 2013.  Untuk tahun hadapan, acaranya bagaimana dan peruntukannya apa, masih belum ditentukan lagi.  Apa-apapun, terima kasih atas ingatan dan penghargaan pihak pengurusan dan staff semua.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment