Tuesday, 30 April 2019

Lao Mandre: Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Kuantan.

Assalamm...
Tak plan nak makan di sini sebab kata resto nie di lembah Klang pun ada, tapi bila sampai di Kuantan, tiba-tiba teringin nak makan seafood di Tanjung Lumpur.  Sampai kawasan Tanjung Lumpur tu bukan takde restoran ikan bakar lainnya, pusing-pusing juga pilih mana satu nak singgah.  Kami tengok restoran Ana Ikan Bakar Petai ini macam terlebih meriah malam tu dari yang lain, boleh kata macam dia mendominasi di Tanjung Lumpur tu, kiri kanan dia, depan belakang pun dia juga.


Bangunan itu yang terletak di tepi jalan, rasanya itu tempat yang mula-mula dan dikembangkan ke sebelah belakang yang boleh menampung lebih ramai pengunjung.  Tempat parkir pun luas, tak risau lah.


Kaedahnya di sini, kena cari meja baru buat order senang peramusaji nak cari pelanggan ketika menghantar pesanan nanti.  Meja memang banyak dan takdelah sampai beratur dan berdiri lama nak cop meja tu.  Kalau datang dalam group ramai boleh lah pilih tempat duduk di gazebo/pondok tu.


Sudah dapat tempat duduk, boleh lah pilih-pilih ikan, kerangan laut yang nak di makan tu.  Cara masak yang diingini semua ada dipaparkan di situ termasuk harganya sekali.


Ikan-ikan yang menunggu masa dipilih oleh pelangan.  Mereka memang tak susun atur ikan tu cantik-cantik macam di sesetengah restoran, tak sempat kot, sebab letak jer habis, letak jer habis kaedahnya.  Masa kami sampai nampak ikan macam dah nak habis, udang memang dah takde, tapi pusing sekali lagi, terisi balik tempat tu.


Lepas pilih apa yang disukai, beratur di kaunter sini, nyatakan nombor meja dan bagi tau pilihan kita tu nak dimasak macamana.  Di belakang tu adalah team yang sedang menyiang dan membersihkan pesanan pelanggan termasuk  aktiviti bakar-bakar.


Main kitchen dia open jadi boleh nampak mereka menyediakan, menggoreng, memasak pesanan pelanggan.  Tengok dari luar sudah lah, tak yah lah kepoh pergi tanya tukang masak atau pergi minta resepi, kang ada yang dapat sudip karang.


Rasa-rasa lambat lagi pesanan nak sampai, boleh settlekan benda yang wajib dulu di sini.  Selesa tempatnya.


Satu persatu pesanan kami mereka hantar, dan ini lah ketua segala pesanan kami, ikan merah bakar petai.  Rasa dia ok-ok lah, mungkin saya tersilap pilih ikan, sepatutnya jika nak makan ikan bakar harus pilih ikan jenahak atau siakap.  Mungkin ikan merah ni lebih terserlah rasanya jika dimasak cara lain seperti stim atau masak sup.


Sotong celup tepung, penggemarnya kata sedap sangat.  Dia bungkus bawa balik sampai keesokkan harinya masih ranggup katanya.


Salted egg prawn, rasanya sedap jika banding dengan yang kami makan di tempat lain.


Kerabu mangga dan keropok lekor tu, kena order dan beli asing di gerai yang terdapat di dalam kompleks tu juga.  Erm entahlah boleh telan lagi ker tak, saya kalau dah ada ikan bakar, yang ini dah kurang gemar.


Banyak ini hidangan untuk dimakan 2 orang, rasa-rasa boleh habis ker tak?  Klau bela hantu raya mesti boleh punya kan.  Orang kiri kanan jeling-jeling tak peduli lah, kita yang bayar bukan mereka.


Jika tak kenal nama-nama ikan, marilah belajar di sini.  Judul pun dalam jawi, jadi mengeja lah anda di situ kalau tak tahu baca.  Nasib nama ikan tu tak tulis dalam jawi juga, kalau tak saya pun tak tahu baca.  Ikan jebong, ikan deloh, ikan remon, ikan muduk, ikan tambok, ikan barat semua tu saya pertama kali dengar namanya.

Pesanan tu memang tak habis makan 2 orang, minta bungkus bawa balik, makan sampai ke waktu breakfast di hotel.  En. Abe kata puas hati makan di sini, harga pun lebih murah banding di tempat lain.  Macam tu ada can lah datang lagi, tak pun cari resto cik Ana yang dekat KL.
Wassalam.

Monday, 29 April 2019

Lao Mandre: Brunch Dim Sum @ Aroma Cafe, PAUM

Assalam...
Satu hari sabtu, hari bekerja tapi kena temankan orang pergi sini jumpa client dia.  Dah alang-alang kami datang satu rombongan pagi tu, then boleh lah brunch sekali makan dim sum di Aroma Cafe yang terletak di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM).  Yang datang pula kaki tangan suka makan, memang order banyak giler, sampai manager di situ macam tak percaya yang kami order tu boleh habis kesemuanya?


Makan tengah happy, semua selamat masuk ke dalam perut kami 4 orang.  Kalau tak tahu nak pilih dim sum mana yang sedap, minta jer advice daripada pekerja di situ mereka boleh tolong rekomen kan.  Pilihan kombinasi dim sum ada pelbagai seafood, ayam, sayuran, steam, goreng, berkuah dan yang kering.  


Hor fun hari tu order 2 jenis, yang inti scallop dan udang.


Fried carrot cake, sedap juga yang ini jangan terkeliru dengan char koay teow ya.


Tak ingat yang nie nama dia apa, ada telur masin dalam tu.


Erm kaki ayam pun mereka nak rasa.  Sedap tau bagi yang suka makan.


Ini kunjungan hari lain pula dengan bff yang lama tak jumpa.  Nasi bojari pilihan en.Abe, biasalah dia kena ada nasi dan ayam, ini antara menu high recommendation daripada chef.


Ada yang rindu dengan char koay teow, katanya di tempatnya ada jual, nama pun sama tapi taste bagai langit dengan bumi.  Char koay Teow Aroma Cafe by Eden yang paling sedap katanya. 


Dry wantan ini pun sedap, ada 2 jenis yang disediakan di Aroma Cafe dalam bentuk kering begini dan wantan sup.


Curros tak pernah cukup dengan satu pinggan, order lagi pinggan kedua sebagai penutup makan-makan hunjung minggu hari tu.

Tahun nie, mereka akan adakan buffet ramadhan juga seperti tahun-tahun lepas.  Sudah tentu menu dim sum ada disediakan di buffet ramadhan Aroma Cafe sepanjang bulan puasa ini.
Wassalam.

Sunday, 28 April 2019

Ba Lin Roof Garden, Hotel Nak Sandakan

Assalam...
Sebenarnya dah lama tahu ada tempat makan di atas roof top Hotel Nak Sandakan.  Tetapi bila balik kampung asyik terlupa nak singgah, lebih terarah nak mengopi di tea house atau kedai kopi tepi laut.  Kali ini baru lah dapat singgah, itupun dalam keadaan rushing sebab nak cari barang last minute sebelum terbang balik petang tu.  Hotel Nak antara hotel tertertua yang pernah menjadi landmark di bandar Sandakan dan bangunannya antara bangunan tertinggi yang terdapat di Sandakan suatu ketika dulu.  Semua orang tahu di mana lokasi hotel ini sebab kedudukannya di tengah-tengah bandar yang menjadi tumpuan segala aktiviti.


Ba Lin Roof Garden terletak bahagian atas tingkat 8 bangunan Hotel Nak.  Pemandangan sekeliling bandar Sandakan boleh dilihat dari atas roof top ini dan menjadi tempat yang sesuai untuk merehatkan minda sambil menikmati hidangan yang disediakan.


Ini ruang dalaman restoran yang terletak di tingkat bawah.


Ruang makan di sebelah sisi restoran juga berada di tingkat bawah.

Tangga spiral untuk ke tingkat atas (deck pemandangan).  Agak pening dan berhati-hati ketika mendaki sebab macam ada antara anak tangga tu yang nak tercabut.


Ruang lepak-lepak atas restoran (roof top), petang-petang sini mesti syok sambil menikmati sunset di teluk Sandakan tu.  Masa kami naik dah dekat waktu tengahari, panas lit-lit cancelled plan nak makan di atas ni.


Pemandangan sebelah kanan, daripada pangkalan KD sri Sandakan ke arah kawasan teluk Sandakan.


Di sebelah kiri pula adalah sebahagian kawasan bandar Sandakan arah kawasan Sim-Sim dan istana.  Deretan kedai yang terdapat di Jalan Satu dan Jalan Dua Sandakan.


Dah puas berpanas di roof top tu, kami turun untuk menikmati makanan yang dipesan tadi sebelum pelayan bawa naik ke roof top.  Pagi tu resto baru buka dan hanya kami saja pengunjung, so bebaslah nak pilih tempat duduk luar atau dalam.  Boleh tahan juga lah set big plate breakfast dia

Aik mereka dah guna straw besi? ingat orang yang duduk atas pokok tak tahu perkembangan tentang alam sekitar ke?, jangan main-main sejak era dunia tanpa sempadan nie mereka lagi advance dari yang tinggal dibandar.  Sebenarnya tak terbeli-beli straw ini untuk kegunaan sendiri, boleh lah bawa ke mana-mana. 


Antara sijil penghargaan daripada TripAdvisor, pemberian itu bukan saja-saja ia bergantung pada review yang bagus daripada pengunjung juga.

Pengunjung yang suka keadaan klasik boleh lah menginap di sini atau datang santai-santai di Ba Lin Roof Garden menikmati panorama waktu senja di bandar Sandakan.
Wassalam.

Saturday, 27 April 2019

Pasar Tamu Gum-Gum

Assalam....
Satu-satunya tamu (pasar minggu) yang dekat dengan kampung saya adalah pasar tamu Gum-Gum yang terletak di Batu 16 kampung Gum-Gum.  Tamu Gum-Gum, dah lama wujud sebagai pasar mingguan penduduk setempat dan kawasan sekitar yang mencari keperluan asas selain ke bandar Sandakan.  Pada hari biasa hanya terdapat beberapa gerai yang buka dan kemuncaknya adalah pada awal pagi hari ahad hingga ke tengah hari.  Hari tu kami sebenarnya berkunjung ke tamu Gum-Gum untuk mencari sarapan, nasi kuning, mee dan kuih-kuih memang banyak yang menjual pada hari tamu.
Seperti juga pasar tamu di tempat lain, kebanyakkan mereka yang menjual di tamu adalah terdiri daripada pengusaha pertanian secara kecil-kecilan.  Jumlah barang jualan juga tidak banyak seperti pembekal atau peraih lain sebab mereka hanya mejual lebihan hasil tanaman dan ternakan yang mereka perlukan.  Harga boleh runding dan sangat murah sebab tidak melalui orang tengah.

Kuih-muih yang dijual di tamu Gum-Gum masih 3 biji seringgit.  Beli lah serba sedikit dari beberapa gerai yang ada.  Selalu cari kuih yang khas dan susah jumpa di tempat lain.


Seorang makcik menjual tapai pulut (pulut hitam), cili padi dan lengkuas parut.  Lengkuas parit untuk menyenangkan pada sesiapa yang hendak menyediakan ayam masak lengkuas.


Gerai menjual ikan kering dan ikan masin sentiasa beroperasi walaupun diluar hari tamu.  Jika malas ke pasar di bandar Sandakan, nak dapatkan ikan bilis atau ikan masin datang saja ke tamu Gum-Gum.  Di sinilah saya jumpa pertama kalinya telur ikan masin (ikan gelama) dijual.


Bahan paling sinonim untuk menyediakan sambal (lada) bagi masyarakat Sabah.  Benda wajib ada di setiap dapur orang Sabah lada (cili padi), limau dan tomato.  Tiada 3 bahan ini kurang kick menikmati juadah harian.


Memang geram tengok hasil tanaman yang dijual di tamu, tapi apakan daya tidak cukup masa nak masak-masak di rumah.  Sekadar scan dan check harga sudah memadai.

Suburnya pokok sup ini, jika dekat nak beli letak di rumah.  Senang bagi penggemar sup macam saya, nak masak sup jer potong lah 2 atau 3 helai tangkai daun tu.

Sampai masa kami nak balik, kereta pulak buat hal tak boleh hidup.  Terpaksa lah menunggu orang kampung datang memberi bantuan, segala usaha telah dilakukan tapi tak berhasil, macam-macam teori orang yang datang beri bantuan.  Tak berhasil juga, terpaksa lah balik dengan kenderaan lain, tunggu mereka on-tow ke pusat service berhampiran.  Semantara menunggu sepupu datang rescue kami, santaplah juadah yang kami beli dalam kereta.  Sambil menunggu sambil menikmati juadah, pasar yang tadi ramai pun dah beransur kurang pengunjung.  Sempat juga menikmati bihun mengikut cara zaman persekolahan dulu, happy-happy kan diri walaupun dalam duka sebenarnya. 


Kuih cempiang yang menjadi faveret dari zaman sekolah sampai kini, cuma di Selangor ini tak tahu nak cari kat mana.  Jika balik kampung cempiang jadi kuih wajib dicari, senang jumpa terutama di pasar tamu.

Ok check out, mo kita balik ke rumah, dah penat menunggu pomen betulkan kereta tak berhasil juga.  Tukar ganti bateri, jumping segala bagai usaha tak berhasil, tidak kurang yang menyerah kata mereka hanya tahu betulkan lori, kereta tak pandai sebab guna sistem.  Finding dari service centre, masalah berlaku sebab salah satu cip pada butang remote telah tercabut.. Fuhhhh nasib lah labu tak barai dikerjakan oleh si tikus. 
Wassalam.

Friday, 26 April 2019

Black Spaghetti ala Chef Nas

Assalam...
Suatu hari bff en.Abe bersama keluarga kecilnya datang dari kampung, singgah dan menginap di rumah.  Mereka saja-saja datang sebab nak bawa anak isteri berjalan-jalan.  Hari tu adalah hari bekerja tak dapatlah nak masak-masak beria-ia kan lagi pula nak keluar selepas magrib berjalan-jalan.  Mereka singgah sekejap saja dan keesokkan hari dah nak balik, sebagai alas perut petang tu en.Abe sediakan spaghetti.  Ala-ala nak buat spaghetti seafood aglio olio, tapi masukkan sekali dengan dakwat sotong, jadilah spaghetti hitam gitu.

Jamu lah mereka makan dengan si hitam ini, saya intai-intai air muka mereka makan.  Lalu ke tidak nak telan spaghetti hitam nie, Alhamdulillah berselera jer mereka makan.  Tapi mereka ini jenis tak makan banyak macam we all, makan jika bertambah pun buat syarat saja.  Memang boleh nampak jika saiz badan dijadikan perbandingan, mereka semua halus-halus.


Black Spaghetti
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
1 paket speghetti
500gm sotong (ambil dakwat sotong)
1 biji bawang holland*
1 labu bawang putih *
1 biji lada bangala hijau *
1 biji lada bangala merah*
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Cili padi - 
Sedikit oregano
Sedikit cili flake
Asparagus
Tomato cerry
Daun selasih
Minyak zaitun 
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya


Cara Penyediaannya
* Rebus spaghetti hingga ala dante (lembut tetapi masih kenyal-kenyal).  Letak beberapa titik minyak zaitun ketika merebus.  Lepas toskan spaghetti siram sedikit minyak zaitun lagi.
* Blend kasar (tanpa air) bahan bertanda '*'. 
* Tumis bahan blend tadi hingga naik bau.  Masukkan sotong dan dakwatnya sekali.
* Tambah air dan sayur, tunggu hingga mendidih kemudian masukkan spaghetti.
* Gaul dan tambahkan garam serta serbuk perasa. Angkat dan hidangkan.

Cik mimi ada bertanya ketika makan, memang selalu ker masak begini.  Alamak, nak jawap pun jadi serba.  Nak berterus terang ker tak ya, nak cakap sebenarnya nak buat spaghetti lain tapi hasilnya lain.  Mampu senyum saja tak perlu kata apa-apa.  Selang beberapa hari mereka balik, en.Abe dapat whatapp dari bff dia kat cik mimi nak resepi spaghetti hitam, so kita tepek sekali lah di sini.  Wassalam.