Wednesday, 15 May 2019

Resepi Kueh Bangkek Bugis

Assalam...
Sebab ada yang dm, pm minta resepi kueh bangkek ini.  Saya minta dari sifu pembuat kueh bangkek bugis tradisional di kampung.  Hari raya pun dah nak sampai, kot ada sesiap nak cuba buat sendiri boleh try resepi di bawa nie.  Buat kueh bangkek nie, memang selalu orang buat banyak-banyak sebab tak berbaloi nak berlemoi kalau buat sikit-sikit ya.  Tu sukatan dia pun dalam kuantiti yang banyak juga.

Doh yang sedia untuk dicanai dan diterap guna acuan pilihan.  Elakkan menguli doh terlalu lama dan sekaligus untuk mengelakkan menjadi keras dan susah untuk dicanai.


Kueh Bangkek Bugis
Sumber:  Kak Hjh Masiah


Bahan-bahan
1 mangkuk telur
2 mangkuk gula
1 mangkuk minyak masak
2kg tepung gandum
1 bungkus tepung jagung (+-200gm)
1 biji kelapa parut putih - goreng (sangai)
 

Lapisan doh dicanai agak nipis dan dilapisi dengan plastik untuk memudahkan kueh diangkat keluar selepas diterap dan di pindahkan ke tin pembakar.  Acuan boleh guna sebarang bentuk tetapi seeloknya yang simple dan tidak banyak bunga untuk menjaga bentuk kueh.


Susun pada tin pembakar yang telah dioles dengan minyak masak.  Tim permbakat perlu dielos minyak setiap kali atau selang kali hendak membakar kueh bangkek.

 
Cara Penyediaannya
*  Sediakan kelapa parut, goreng hingga keperangan.  Jangan goreng hingga hitam seperti nak buat kerisik.  Ramas ketika masih panas untuk haluskan kelapa tersebut.  
*  Pukul telur dan gula hingga kembang (putih).
*  Masukkan minyak, kelapa goreng dan tepung jagung.
*  Masukkan tepung gandum, uli adunan sehingga tidak melekat di tangan.  
*  Canai atas plastik yang telah di oles minyak masak.  Bahagian atas juga dilapisi dengan plastik.
*  Adunan di canai agak nipis tidak seperti biskut biasa.  Terap menggunakan corak acuan kegemaran dan susun ke dalam loyang pembakar yang telah dioles minyak terlebih dahulu.
*  Tips-sebaiknya jangan campurkan tepung gandum sekali gus ke dalam adunan.  Uli sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat di tangan dan boleh dicanai.  Bila adunan telah habis di canai dan diterap, baru uli adunan yang selebihnya.  
*  Bakar adunan hingga masak (permukaan kekuningan), gunakan api sederhana.
*  Angkat dari loyang dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Harga untuk satu balang begini hanya RM25.00 sahaja, memang berbaloi beli.


Jika ada yang nak menempah boleh hubungi Hjh Yati / Mia di talian 010-9332619.  Mereka menerima tempahan walaupun diluar musim raya dan tetapi minimum 2 bekas (toples), COD untuk kawasan Sandakan dan boleh pos untuk ke luar daerah.  Untuk raya ini mungkin dah penuh tetapi boleh cuba call mana tahu masih ada rezeki kan.

Ini balang kueh bangkek saya, tinggl itu jer memang tak sempat nak sampai raya lah.  Itu pun sebab dah sorok-sorok daripada bapak.  Dia suka sangat makan kueh nie cicah dengan kopi panas.
Wassalam.

6 comments:

  1. Kuih bangkek pula namanya.. kawan dr tawau dulu slalu bawa stiap kali lepas cuti sem.. thanks share resepi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi resepi kuih bangkek. Dah tempah sebalang untuk raya. Di LD memang wajib ada ni kalau raya, banyak dijual.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis, saya nak tanya mangkuk tu besar mcm mana yaa? Terima kasih😊

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Mau try buat ni

    ReplyDelete