Wednesday, 25 December 2013

Up Town, Shah Alam..

Assalam..
Anda pernah ke Up Town? tak kiralah Up Town Damansara, Danau Kota atau Shah Alam.  Apa yang menarik perhatian untuk ke sana dan apa yang dicari?  Bazar-bazar ini memulakan perniagaan lewat malam kira-kira jam 9 hingga 4 pagi dan dibuka setiap hari.  Ini untuk memudahkan warga kota yang sibuk mencari rezeki di siang hari.

Kalau nak tahu apa yang ada di bazar ini, datang dan saksikan sendiri.  Ini merupakan tempat kegemaran muda mudi mencari t-shirt, jeans, handbag dan barangan berjenama yang didakwa sebagai gred Double A atau Triple A.  Melihat barangan yang dijual, macam ala-ala pasar di sempadan pun ada (Bukit Kayu Hitam/Padang Besar/Pengkalan Kubur).  Cuma yang disempadan itu lagi meriah dan digemari oleh cek kiah sebab pelbagai pinggang mangkuk ada.

Mulia fikir konsep Up Town yang diwujudkan ada persamaan dengan bazar-bazar lain yang wujud di merata tempat dan negeri.  Kalau di Johor Bharu ada bazar karat, Penang ada Roofwalk (Rock walk).  Namun kedua-dua bazar di Johor dan Penang ada sedikit perbezaan daripada bazar Up Town kerana orang ramai dapat membeli pelbagai jenis barangan antik di sini. 
Mulia dah berkunjung kedus-dua Up Town Damansara dan Up Town Shah Alam.  Namun sekadar berkunjung dan melihat-lihat tanpa membeli-belah.  Lokasi Up Town Shah Alam boleh rujuk sini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment