Friday, 31 March 2017

Crocker Range Park, Keningau


Assalam...
Di Crocker Range Park Keningau (atau dikenali sebagai roof top of Borneo), kami singgah di pejabat pentadbiran yang menempatkan galeri yang menceritakan tentang kawasan taman banjaran ini.  Terdapat staff yang bertugas memberi penerangan keistimewaan Taman Banjaran Crocker terutama taman banjaran yang terletak di Keningau (atau dalam sub-station Kenigau).  Station Kenigau merupakan ibu pejabat untuk Taman Banjaran Crocker.


Terdapat beberapa sub station yang boleh dilawati seperti sub station Kimanis, Ulu Membakut (Beufort), Mahua  (Tambunan), sub station Melalap, Kikiran (tenom), Alab (Tuaran), Ulu Senagang (Papar), Buayan (Penampang) di dalam rangkaian Taman Banjaran Crocker.  Meliputi kawasan yang luas (120 km panjang dan 40 km lebar) dan daerah menganjur daripada daerah Tuaran hingga ke Tenom.


Peta lokasi kawasan Roof Top of Borneo (Station Keningau) dan aktiviti yang bersesuain untuk pelawat.  Antara yang aktiviti yang menarik minat untuk dicuba adalah aktiviti merentas hutan.


Penginapan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sini.  Tapak perkhemahan juga ada sekiranya mereka memilih untuk lebih adventure.


Orkid liar jenis ini banyak terdapat di Crocker Range Park, Keninagu.


Saya tak pasti sama ada pokok ini adalah pokok lengkuas, bunga kantan atau tuhau.  Tuhau jeruk (sambal tuhau) makanan feveret masyarakat tempatan di Sabah terutama kaum Kadazan Dusun.


Disebabkan kami tidak dapat melawat kawasan yang luas, hanya explore apa yang dipamirkandalam bangunan galeri.


Apa itu CRBR? - Crocker Range Biosfera adalah ekosistem daratan dan landskap semulajadi yang meliputi kawasan seluas 350, 354 hektar.  Telah diistiharkan sebagai Rizab Biosfera oleh UNESCO sejak 2014 dan merupakan tadahan air untuk kawasan pantai barat Sabah.


Dalam galeri, terdapat pelbagai jenis peralatan masyarakat tempatan untuk bertani, berburu dan menangkap ikan dipamerkan.


Sebahagian jenis peralatan tersebut masih digunakan hingga ke hari ini.



Antara species rama-rama yang telah diawet dan dipamerkan di sini.  Binatang awet lain turut dipamerkan seperti kancil, musang, ular sawa, unggas dan banyak lagi.


Menara tinjau di Crocker Range Park, yang berdekatan dengan bangunan restoran dan cafe.  Jika cuaca elok  bandar Keningau kelihatan jelas dari sini.


Di sini ada pusat bunga reflisia jadi boleh jumpa bunga terbesar di dunia tu, cuma kena pastikan datang ketika musim bunga reflisia berbunga (kembang).  Kami sedikit ralat sebab tak dapat saksikan fenomena tersebut sebab tempat itu di tutup sementara.  Di luar musim mereka tidak membenarkan sebarang pelawat untuk melawat, ditakuti perkembangan reflisia terbantut.
Wassalam.

Thursday, 30 March 2017

Lao Mandre: De Kayangan Steamboat & Grill


Assalam...
Suatu hari, dapat berkumpul dan keluar makan dengan geng keras kami yang setiap hari pun memang sibuk dengan hal masing-masing.  Satu hal yang dapat menyatukan semua orang adalah dengan makan, semua pun suka adventure pasal makanan.  Steamboat dan grill menjadi pilihan, mulanya nak rasa yang di Subang, tapi tempat tu asyik lah fully booked.  Iye ker tempat itu best sangat, kalau call jer penuh lah, datang lepas kul 10 malam baru ada seat.  Erm lupakan lah, banyak lagi tempat steamboat lain.  Di sini bukan hanya steamboat dan grill, ada extra pemanggang untuk nak panggang sate dan otak-otak.



Pilihan kabo yang ada, mee pelbagai jenis.


Kalau ambil seketul makanan daripada setiap kotak tu.  Mau penuh satu besen juga.  Ambil lah mana yang rasa nak makan, jangan membazir ye adik-adik.  Tak pasti di sini mereka ada kenakan denda atau tidak bagi setiap gram makanan yang dibazirkan.


Sayur hijau pun pelbagai, paling suka bahagian ini ulang 2, 3 kali ambil sayur.  Baru nak berkenal-kenalan dengan sayur raja tu (bayam malabar), sebelum ini tak pernah makan.


Pilihan menu di buffet untuk lauk-pauk, nasi dan mee.  Dihujung sana tu siap ada kambing panggang.  Selalu kalau saya pergi steamboat, bahagian ini saya abaikan sebab kalau dah kena nasi atau mee nanti takde tempat untuk barang steamboat.


Antara sos pencicah, tak tahu mana satu nak ambil.  Kena pilih yang sesuai baru rasa benda yang kita makan rasa sedap.


Dessert, masing-masing punya citarasa nak pilih pencuci mulut apa.  Kalau tak nak yang jenis potong kaki, ambil ajelah buah.


Tempat ini memang terkenal kot, hot place kot.  Hari kami pergi tu full house dalam dan luar.  Kami pilih duk luar bawah canopy sebab nak lebih santai.


Intai yang seberang jalan tu pula, sana pun ada steamboat.  Nanti-nanti lah kita try steamboat yang sebelah jalan tu pula.

Di sini memang banyak sangat pilihan makanan daripada menu buffet dan barang steamboat, sesuai lah dengan harganya.  Tapi satu yang tak best hari tu, ada antara seafood dia yang tak berapa fresh dan berbau.  Sebaiknya elakkan daripada mengambil makanan laut bercengkerang jika kurang segar.
Wassalam.

Wednesday, 29 March 2017

Sambal Kulat Sisik Dengan Kacang Panjang


Assalam...
Kalau orang kampung kenal lah apa itu kulat sisik atau cendawan kukur.  Cendawan yang tak tumbuh pada tanah tapi melekat pada batang pokok atau kayu mati.  Batang kayu getah mati tempat febret dia nak hidup, lagi-lagi kalau lepas hujan.  Petik cendawan ini memang kena sabar sebab saiznya yang kecil dan liat, tapi bila dah diolah menjadi lauk sedapnya alahai.  Kulat sisik boleh disimpan lama dalam keadaan kering, bila nak masak hanya perlu rendamkan dalam air sejuk.  Kulat sisik kering ini pemberian Mak Itam ketika balik kampung hari tu.  


Kebiasaan buat sambal kulat sisik ini berkuah, tapi kali ini nak buat yang jenis kering.  Resepi orang kampung main agak-gak saja tiada ukuran metrik.

 
Sambal Kulat Sisik
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Kulat sisik - bersihkan dan rendam 
Ikan bilis - goreng dan tumbuk
Kacang panjang
Kunyit hidup - tumbuk
Cili padi - tumbuk
Cili merah - hiris
Serai - titik
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Minyak untuk menumis
Sedikit santan
Air
garam, gula
 

Cara Penyediaannya
* Tumiskan bawang hingga layu, masukkan bahan tumbuk dan serai.  Tumis hingga naik bau.
*  Masukkan kulat sisik.  Tambahkan air, santan dan ikan bilis tumbuk.
* Masukkan kacang panjang dan cili merah masak hingga layu.
* Perasakan dengan garam dan gula.
* Jika suka berkuah lebihkan air.
 


Note - 
Kulat sisik kena bersihkan betul-betul, rendam dengan air garam.  
Potong pangkal sekiranya ada kulit-kulit kayu mati.
Wassalam.

Monday, 27 March 2017

Taman Bukit Tawau


Assalam...
Satu tempat istirahat dan perkelahan hujung minggu yang menjadi tumpuan di daerah Tawau Sabah adalah Taman Bukit Tawau.  Dalam perjalanan kami dari Merotai menuju bandar Tawau, tempat ini memang kami lalui, pernah sekali berkunjung ke sini dulu.  Singgah berehat sebentar (tak rehat mana pun sebab gatal kaki nak pergi tengok pokok tertinggi di dunia) sambil menunggu untuk bertemu rombongan sepupu dari Kalabakan.   


Pokok galenggang, herba yang sinonim dengan orang tua di kampung.  Berguna untuk mengubati penyakit kulit seperti gatal-gatal, panau dan kurap.


Tumbuhan renek, specis kulat / cendawan seperti ini senang dijumpai di celah-celah daun kayu atau pokok reput.


Sekali pandang tumbuhan ini seperti coral dalam laut, tak pasti sama ada ini tergolong dalam species kulat / cendawan atau apa. 


Boleh mandi manda di sini.  Di bahagian bawa sedikit kawasan ini terdapat jeram kecil tatpi dalam.  Sementara itu ditutup kepada pelawat atas sebab keselamatan terutama ketika musim hujan (ada beberapa kes kecelekaan pernah berlaku). 


Ada jambatan gantung yang merentasi sungai untuk kewasan perkhelahan.  Boleh lah nak feeling-feeling jadi sumandak do to lawa.


Dalam Taman Bukit Tawau juga terdapat taman kecil yang menempatkan beberapa tumbuhan renek terpilih.  Ada charge tambahan untuk masuk ke sini.


Walaupun saiz binatang ini kecil, tapi sangatlah menganggu kalau terjumpa.  Jadi takut, geli macamana ntah terasa macam ada je yang melekat kat badan.


Kalau dah sampai ke Taman Bukit Tawau, apa salahnya kita hiking sikit untuk melihat pokok tertinggi di dunia ini.  Rombongan sepupu yang ikut kami mencari pokok ini, nampak saja batang dah tahu nama dan jenis pokok.  Maklum lah lama duk dalam hutan kerja kem balak dulu-dulu.


Ranjau perjalanan mencari pokok tertinggi tu, kita cerita lain hari.
Wassalam.

Sunday, 26 March 2017

Lempeng Pisang


Assalam...
Pengakhiran hikayat cerita pisang.  Mula-mula buat pisang goreng beberapa kali hingga pisang tu dah tak boleh digoreng (dah masak sangat, tak suka makan pisang goreng benyek) kena selamatkan jangan sampai masuk tong sampah.  Kupas dan letak dalam peti sejuk.  Buat cekodok dah berulang kali, tapi masih berbaki.


Kebetulan pergi jaya jumpa daun pisang, terus teringat lepat pisang.  Jumpa tu terus beli, hasilnya nak jadi apa selalu tak sama dengan niat masa membeli.  Then betul daun pisang tu hanya mampu jadi pelapik lempeng saja.  Ikut resam mak dah mati akal (bahasa barunya sel-sel otak tak berhubung) nak buat apa dengan stok pisang masak, kita buatlah lempeng.  Mudah dan senang, jadilah menu kampungku ini.


Lempeng Pisang
Sumber: Hajah Timah

Bahan-bahan
Pisang masak - lenyek bagi halus
1 biji telur (optional)
Tepung gandum
Kelapa parut (guna kelapa muda tapi saya tak letak)
Gula pasir
Garam
Daun pisang untuk melapik lempeng


Cara Penyediaannya
* Campur semua bahan (ukuran main agak-agak saja), gaul sebati hingga dapat adaunan seperti nak buat cekodok. 
* Tepek adunan ke atas daun pisang yang diletak sebagai alas fan atau kuali.  Tutupi adunan dengan sehelai lagi daun pisang di atas doh.
* Grill guna api slow hingga masak.  Balik-balikkan lempeng bersama daun pisang agar lemepeng masak sekata.  
* Boleh dihidang ketika panas sebagai sarapan atau minum petang.


Buat hari itu dapatlah beberapa keping lempeng, rupa lebih kurang jer semua, ada hitam-hitam hangit tu.  Tapi luar biasa sambutannya, habis semua walaupun rupa paras lempeng tu tak lawa.
Wassalam.

Saturday, 25 March 2017

Lao Mandre: Bakso Monster


Assalam..
Niga tau poji mandre bakso? Siapa hantu bakso kita geng.  Jom kita try makan di Bakso Monster (the fatters bakso in town) resto by Jovian Mandagie.  Memang suka makan bakso yang gemuk-gemuk, original orang Indonesia jual bakso mesti ada bebola yang besar macam bola tenis dan beberapa ketul bakso kecil.  Bebola daging yang besar sama ada diperbuat daripada daging cincang sahaja atau yang ada telur rebus sebagai inti di dalamnya.  Selalu-selalu makan kat gerai tepi jalan atau food court je, meh kita up grade sikit gi sini pula.


Deko dalam resto ala-ala retro juga lah.  Sebab tokeh pun designer, toilet pun tak lepas dapat sentuhan kreativiti pemiliknya.  Tapi yang leceh datang sini tu, susah nak cari tempat parkir kosong.  Bangsar tu beb, tempat orang kaya kata kawan saya.   


Buku menu yang paling win walaupun hanya sekeping, paling besar yang pernah saya jumpa setakat ini.  Sebab ko pergi restoran bakso, so menu utamanya mestilah bakso dan sewaktu dengannya.  Jangan pula cari nasi tomato dan ayam masak merah.  Tetapi ada je menu lain bagi yang tak nak makan bakso, ada soto, pecel lele dan nasi goreng.


Ini bakso pilihan saya, pilih yang guna glass noodle (so hoon) dan kuahnya Indonesian Traditional.  Pilihan mee dan kuah terdapat 3 jenis pilihan setiap satu.


Soto ayam untuk en.Abe.


Nasi dan bergedil adalah set untuk soto ayam tadi.


Sambal ada 3 jenis dan kicap ABC yang terlalu Indonesia.


Side order kami, nak cuba mertabak manis (macam apam balik, cuma tak diterbalikkan macam selalu).  Memang sangat manis.


Ada contoh portion makanan yang mereka sajikan, incase ada yang tak biasa dengan makanan indonesia.  Kadang-kadang tak dapat nak gambarkan makanan hanya dengan baca menu, boleh rujuk display dekat kaunter.


Lepas ini boleh lah try pulak makanan Menado (Sulawesi Utara) di resto Jovian yang lain. 
Wassalam.