Wednesday 27 July 2022

W-W: Anak-anak Tiri

Assalamm...

Anak ikan en.abe, pinjam untuk bersiaran di sini, dah 3 tahun lebih dia berjinak-jinak belah ikan sungai terutamanya ikan kelah, jelawat, kelisa, tengas lain-lain tu tak kenal.  Hobi dia turutkan saja lah. 



Yang ini paling menghiburkan, si putih makanan kegemarannya buah mangga, tapi bagi apa pun semua dia bedal termasuk durian, pulut atau apam gula hangus.....sebab tu dia rajin gosok gigi.


Rindu pada anak-anak tiri, tak lama lagi mak tiri nak balik, boleh lah ko makan nasi dengan sayur keladi ya.

Wassalam.

Wednesday 20 July 2022

W-W: Kuih Tak Tahu Nama?

Assalamm...

Beli di pasar tamu Sepitang, katanya kuih @ makanan orang Brunei.  Ada penjual tu bagi tahu nama tapi lupa.  Ada pelbagai jenis inti, kami beli inti lokan.  Sedap dan murah, sepeket tu RM2.00 saja.

Pulut, ada inti dalamnya dan dibalut dengan daun nipah.



Siapa yang tahu nama kuih ini, tolong bagi tahu ya.

Wassalam.

Wednesday 13 July 2022

W-W: Kuih Pasung

Assalamm....

Kuih pasung, tempat lain mungkin dikenal dengan nama lain.  Kalau balik Sabah, jumpa orang jual mesti beli.  Buat sendiri tak pernah, nantilah belajar, ada cara gulung daun kat bawah tu.

Makan dengan tenang sambil menunggu speedboat di terminal deri Labuan ke Menumbuk, Sabah.




Boat tak sampai lagi kuih dah habis, enak banget.

Wassalam.

Friday 8 July 2022

DOA HARI ARAFAH

 


Assalam...

Dari sekarang masih berbaki beberapa jam lagi Waktu arafah bagi kita yang berada di tanah air untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT.  Berikut adalah doa Arafah yang disediakan oleh Tabung Haji kepada jemaah yang berada di Arafah dan berwukuf pada hari ini (9 Zulhijjah 1422H / 2022 M, bagi negara Arab Saudi).  

 

Bismillahi Rahmani Rahim,
YA RAHMAN WA YA RAHIM

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN.

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA MASYARAKAT KAMI DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH MATI DAN YANG MASIH HIDUP.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN OLEH RASULULLAH SAW, DAN KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DAN APA YANG PERNAH DIMINTA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKANSYURGA TANPA HISAB, DAN BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI, SUPAYA KAMI DAPAT MELAKUKAN ASBAB YANG MEMBAWA KAMI KE ARAHNYA, SELAMATKAN KAMI YA ALLAH DARI ASBAB YANG MEMBAWA KAMI KE NERAKA.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJA YANG MENGETAHUI KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN, BERILAH KEKUATAN, TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRIKAMI YA ALLAH.

TAMBAHKANLAH YA ALLAHKEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL.  HIDUPKANLAH KAMI DALAM ISLAM DAN MATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, ANAK YANG SOLEH, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOA YANG MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SEHAJALLAH YANG MENGETAHUI SEGALA YANG BERLAKU DI HATI KAMI, HIDUPKAN HATI INI DAN SAMPAIKANLAH HATI INI KEPADA ENGKAU, SEMBUHKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DI DALAM HATI KAMI, SELAMATKANLAH HATI KAMI DARI SIFAT-SIFAT YANGKEJI DAN JAUHI KAMI DARI PERKARA-PERKARAYANG BOLEH MEMATIKAN HATI KAMI.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI YANG SENTIASA MENYEDARI AKAN HAKIKAT KETUHANAN DAN KEAGUNGAN KERAJAAN ENGKAU DAN MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI HAMBAMU YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI KEPADAMU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA DAPAT KAMILAKUKAN APA-APA YANGDIPERINTAHKAN OLEH ENGKAU DAN MENINGGALKAN SEGALA APA YANG DILARANG OLEH ENGKAU.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI INI HATI YANG SENTIASA MENYEDARI MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI DAN JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPIMASA DEPAN KAMI SELEPAS KEMATIAN KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HIDUPKANLAH KAMI DALAM IAMAN DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN SEMASA KAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG AKHIR NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA BERADA DALAM KUBUR, JADIKANLAH KUBUR KAMI SATU TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA ANGKARA AZAB KUBUR DAN JANGAN ENGKAU JADIKAN KUBUR KAMI ITU SALAH SATU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU MAHSYAR, SELAMATKANLAH KAMIYA ALLAH, SEMASA BERADA DI PADANG MAHSYAR DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM TUJUH GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT BAYANGAN NAUGANGAN ARASY ENGKAU YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KAMI DN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN SEMASA KAMI DIJALANKAN HISAB, HISABKANLAH KAMI YA ALLAH DENGAN HISAB YANG SEDIKIT, BERILAH PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP INI DAN BERJAYA MENERIMA SURATAN AMAL DENGAN TANGAN KANAN.

YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMO KE SYURGAMU BERSMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, APALAH KIRANYA ENGKAU AKAN LAKUKAN PADAPETANG, SAAT DAN KETIKA INI KEPADA SEORANG HAMBAMUYANG HINA YANGMENGAKU BERDOSA DAN BERSALAH, YANG MERAYU KEPADAMU DI ATASKEJAHATAN, YANG BERTUBAT KEPADAMU KERANA DOSANYA, YANG MEMOHON KEAMPUNAN KEPADAMU KERANA KEZALIMANNYA, YANG MENGHARAP KEMAAFANMU KERANA KESILAPANNYA, YANG MERAYU KEPADAMU SUPAYA TERCAPAI SEGALA HAJATNYA, YANGMENGHARAPKAN LIMPAHAN RAHMATMU PADA TEMPAT WUKUF INI, WALAUPUN DENGAN DOSA YANG BEGITU BANYAK LAKSANA BUIH DI LAUTAN.

YA ALLAH KAMI SEKALIAN KELUAR MENUJU KEPADAMU DAN BERHENTI DI PERKARANGAN RUMAHMU, KEPADAMULAH KAMI MELETAKKAN SEGALA HARAPAN KAMI, KEPADAMULAHKAMI MEMOHON KEMURAHAN RAHMAT, KAMI TAKUT KEPADA DOSA KAMI, OLEH ITU KEPADAMULAH KAMIBERLINDUNG DARI BENCANA DOSA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAULAH YANG MEMILIKI SELURUH HAJAT ORANG-ORANG YANG MEMOHON, YANG MENGETAHUI SELURUH KANDUNGAN HATI ORANG-ORANG YANG MERAYU MERINTIH PADAMU.

YA ALLAH, ENGKAU TELAH SEDIAKAN SAJIAN KEPADA SETIAP TETAMU DAN KAMI SEKALIAN ADALAH TETAMU KEPADAMU, OLEH ITU KURNIAKANLAH SYURGA SEBAGAI SAJIANMU KEPADA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KURNIAKAN RAHMATMU DAN REDHAMU, MAKA KAMI SEKALIAN DATANG BERKUNJUNG KE RUMAHMU YANG MULIA INI DAN BERADA DI TEMPAT IBADAH YANG AGONG INI.  DENGAN HARAPAN  MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNANMU, OLEH ITU JANGANLAH HAMPAKAN HARAPAN KAMI SEMUA YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH, DENGAN BERKAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS KEPADAMU YA ALLAH.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,

TIDAK MUNGKIN KAMI KAMI MAMPU MELANGKAH KE TEMPAT INI KECUALI ENGKAU YANG MENGUATKAN
TIDAK MUNGKIN TERGERAK DI HATI KAMI INGIN MENUNAIKAN HAJI KECUALI ENGKAU YANG MENGGERAKKAN
TIDAK MUNGKIN SERINGGIT PUN KAMI MILIKI KECUALI ENGKAU YANG MEMBERIKAN
TIDAK MUNGKIN KAMI SIHAT KECUALI ENGKAU YANG MENYIHATKAN
TIDAK MUNGKIN KAMI DAPAT MEMBANTU TUBUH INI BERWUDUK KECUALIENGKAU YANG MENGAJARKAN
TIDAK MUNGKIN LIDAH INI DAPAT MENYEBUT NAMAMU KECUALI ENGKAU YANG MEMBIMBING YA ALLAH

BETAPA RAMAI MAKHLUK YANG ENGKAU CIPTAKAN BETAPA SEDIKIT YANG BERADA DI ARAFAH INI YA ALLAH

YA RABBBI

DENGAN APA KAMI MENSYUKURI NIKMAT HAJI INI YA ALLAH KECUALI BERHARAP KEPADAMU
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH

RABBANA ZOLAMNA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA WATARHAMNA LANA KUUNANNA MINAL KHOSIRIN.

YA ALLAH , AMPUNI SELURUH DOSA-DOSA KAMI
ENGKAU MENJANJIKAN HAJI YANG MABRUR
BERSIH DARI DOSA SEPERTI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN ALANGKAH INDAHNYA JIKA KAMI ENGKAU PILIH DEMIKIAN YA ALLAH
 
YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI BETAPA MENDERITANYA DIRI KAMI DENGAN LUMURAN DOSA
BETAPA SENGSARANYA HIDUP KAMI DENGAN MENUTUPI AIB
BETAPA HINANYA DIRI KAMI DENGAN MAKSIAT
 
BERSIHKAN KAMI YA ALLAH
BERSIHKAN DOSA KAMI YA ALLAH
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA ORANG TUA KAMI
AMPUNI JIKALAU MEREKA MENYESAL MELAHIRKAN KAMI
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA KELUARGA KAMI YA ALLAH, KEPADA ANAK-ANAK KAMI
JANGAN BIARKAN MEREKA MENUNTUT KAMI DI AKHIRAT BERIKAN KESEMPATAN BAGI KAMI MEMPERBAIKI SEGALANYA,

RABBANA HABLANA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYATINA QURROTA A'YUN, WAJ'ALNAA LILMUTTAQIINAA IMAMA.

AMPUNI YA ALLAH JIKA DISEKUJUR TUBUH KAMI ADA HARTA YANG HARAM DI RUMAH KAMI BANYAK BARANG HARAM
PADAHAL ENGKAU MENGHARAMKAN KE SYURGA BAGI YANG DITUBUHNYA ADA DAGING HARAM
BERIKAN KESEMPATAN KAMI UNTUK MENYUCIKAN DIRI DARI HARTA HARAM YA ALLAH
JAUHKANLAH SEJAUH-JAUHNYA YA ALLAH
CUKUPI DIRI KAMI DENGAN REZEKI YANG HALAL
 
YA ALLAH AMPUNI JIKALAU KAMI SERING MENZALIMI HAMBA-HAMBAMU YANG LEMAH
BERIKAN KESANGGUPAN BAGI KAMI UNTUK TERPELIHARA DARI KEZALIMAN
YA SAMIUL ALIM, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR, HANYA ENGKAULAH TUMPUAN HARAPAN KAMI
JADIKAN KAUM MUSLIMIN INI MENJADI SUAMI YANG BENAR MENJADI AYAH YANG JUJUR
MENJADI LELAKI SOLEH
JADIKAN KAUM MUSLIMAH INI MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH 
MENJADI IBU YANG SOLEHAH
MENJADI MUSLIMAH YANG TERPELIHARA
KURNIAKAN KEPADA KAMI YA ALLAH,
KETURUNAN YANG LEBIH BAIK DARI KAMI,
LINDUNGI DARI KEDERHAKAAN DAN KEHINAAN DUNIA DAN AKHIRAT
 
YA ALLAH BERKATILAH SISA UMUR KAMI
BERKATILAH REZEKI YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI
BERKATILAH ILMU YANG ENGKAU KURNIAKAN
BERKATILAH SISA UMUR INI

ALLAHUMMAGHFIR LILMU'MININ WAL MU'MINAT MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT...

YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH 
SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH 
JANGAN BIARKAN ENGKAU SAKSIKAN KAMI TERHINA SEPERTI INI  
PERSATUKAN HATI KAMI YA ALLAH 
BANGKITKAN PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAIMU DAN MENCINTAI UMATMU
 
TOLONGLAH SAUDARA KAMI YANG TERANIAYA DI PENJURU MANA PUN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM ZALIM BERJAYA ATAS KAUM BERIMAN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM YANG INGKAR KEPADAMU MENZALIMI KAUN YANG BERSUJUD KEPADAMU
 
BANTULAH SAUDARA KAMI PEJUANG-PEJUANG ISLAM  DAN UMAT ISLAM DI PALESTIN, AFGANISTAN DAN SELURUH PEJUANG AGAMAMU, DIMANA JUA MEREKA BERADA YA ALLAH MEREKA DALAM GENGGAMANMU YA ALLAH
YA ALLAH CEGAHLAH KEZALIMAN KE ATAS UMATMU YA ALLAH
 
YA ALLAH SELAMATKAN NEGERI KAMI YA ALLAH
ENGKAULAH YANG MAHA TAHU KEADAAN NEGERI KAMI
JANGAN BIARKAN UMATMU SERAMAI INI DI TINDAS DAN DIHINA 
BANGKITKAN YA ALLAH
JADIKAN NEGERI KAMI NEGERI YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM MENJADI NEGERI YANG RAHMATAN LIL'ALAMIN
 
YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG SOLEH
PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAI UMATMU
PARA PEMIMPIN YANG TEGUH HIDUP DIJALANMU
PARA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI SURI TELADAN BAGI KAMI
 
YA ALLAH YANG MAHA AGUNG
UNDANGLAH KAMI, KELUARGA KAMI DAN KETURUNAN KAMI, DENGAN ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK KEPADA KAMI
YA ALLAH, IZINKAN KELAK KAMI BERTEMU DENGAN MU YA ALLAH 
BERTEMU DENGAN RASULMU
BERTEMU DENGAN KEKASIH-KEKASIHMU

RABBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AKHITATI HASANAH WAQINA A'ZABANNAR

RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIUL'ALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM.  SUBHAANA RABBIKA RABBIL'IZZATI 'AMMA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN.

Semoga musim haji tahun hadapan kita dijemput menjadi tetamu Allah ke Baitullah....Amin Ya Rabb.

Wassalam.

Wednesday 6 July 2022

W-W: Aidilfitri vs Aidiladha

Assalam..

Sedikit info beza antara Hari Raya AidilFitri (Hari Raya Puasa) dan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji).

Ustad kata di antara 7 peringkat hari raya dalam islam, hari raya Aidiladha berada di carta ke-2 paling bawah selepas hari raya Aidilfitri.

Wassalam.

Sunday 3 July 2022

Kuih Sekapur atau Sikaporo'

 
Assalamm...
Jom belajar sediakan sejenis kuih masyarakat bugis yang diberi nama kuih sikaporo' atau sekapur.  Kuih ini selalu disediakan jika ada sebarang majlis keramaian, kenduri kahwin, akikah, maulud, khataman dan sebagainya.  Turut di jual di bazar ramadhan ketika bulan puasa di beberapa tempat di negeri Sabah.




Kuih ini dalam kategori manis dan lembut.  Kalau buat sendiri boleh kurangkan sukatan gulanya agar sesuai dengan citarasa kita.  Teringat arwah mak bila dia tegur kita selalu komplen terlalu manis, katanya bukan kuih jika tak manis, erm nasib lah tak dapat kencing manis.
 

Sekapur (Sikaporo')
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan telur
1 cawan santan
Sedikit pandan paste atau air pandan
Sedikit pewarna kuning


Cara Penyediaannya
* Gaul sebati, telur, santan dan gula.
* Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian letak pewarna kuning sementara yang satu lagi letak jus pandan atau pandan paste.
* Sediakan pengukus dan guna acuan bentuk bunga. Letakkan sedikit gula pada dasar acuan supaya senang untuk keluarkan kuih nanti.   Balut tudung pengukus dengan kain untuk elakkan air menitik ke atas kuih.
* Kukus yang warna hijau terlebih dahulu sehingga  masak kemudian lapiskan dengan warna kuning. Teruskan mengukus lagi hingga masak.
* Sejukkan dan dan keluarkan daripada acuan.  Sejukkan dalam fridge terlebih dahulu sebelum dihidangkan juga boleh.
 
Note: satu cara lagi menyediakan kuih ini dengan mengasingkan putih telur dan kuning telur terlebih dahulu, telur kuning untuk lapisan kuning dan telur putih untuk lapisan hijau.  Namun kuantiti telur kuning dan putih yang tidak sama banyak menyukarkan untuk menyeimbangkan lapisan kuih, dengan itu lebih mudah campurkan semua kemudian bahagi dua adunan.
 
Next kita belajar buat kuih-kuih  bugis yang lain pula.  Pesanan untuk diri jangan malas kumpul resepi tradisi, buat atau tak buat tu lain cerita.  Boleh jadi terbuka hati selepas ini, siapa tahu?
Wassalam.

Saturday 2 July 2022

Lepat Ubi Kayu

Assalamm...

Antara semua jenis lepat, lepat ubi yang saya suka, rasa kenyal-kenyal liat tu yang sedap.  Kalau lepat pisang kan lembut lemak manis saja, lagi satu rahsianya orang kampung saya tak makan lepat pisang mereka lebih suka lepat ubi.  Bukan nak berlagak, memang betul jarang jumpa orang kampung saya yang sediakan lepat pisang.  Bila tak buat tu, faham-faham sajalah, sebenarnya mereka lebih suka mengolah pisang tu menjadi kuih lain yang sangat beraneka jenisnya.

Kenangan masa kecil, kalau nak buat lepat ubi, sanggup pergi cari ubi dalam semak di tepi jalan tempat selalu petik pucuk ubi atau mencari jauh di kebun orang.  Masa tu, tanamam ubi sudah tidak menjadi tanaman kegemaran di kebun berbanding jagung atau pisang.  Tetapi tidaklah susah nak dapatkan ubi kayu, cari-cari dalam semak jumpa kekdahnya.  Faktor harga kot mereka kurang minat nak tanam ubi, jika tanam pun hanya untuk keperluan dapur sendiri. 


Ubi kayu rebus atau goreng hidangan biasa untuk orang kampung,  dimakan bercicahkan sambal tumbuk dengan diiringi kopi atau teh o panas, nikmat yang tidak boleh didustakan.  Banyak pula ceritanya, ubi kayu saja pun, jomlah tengok cara buatnya cukup senang dan guna sikit bahan saja.  Tiada sukatan khas, main agak-agak saja, lepas bercampur semua bahan boleh test rasa manis dan lemaknya.  Tiada gula merah boleh guna gula pasir biasa, nak letak sedikit pewarna boleh tak nak letak pun tak mengapa.


Lepat Ubi Kayu
Sumber: Mulia


Bahan-bahan;
Ubi kayu parut - yang telah ditapis airnya
Gula merah / gula pasir
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya


Cara Penyediaannya;
* Sediakan ubi kayu, parut atau blend.
* Sediakan pengukus dan daun pisang.
* Tapis dan buang airnya.  Boleh perah untuk keluarkan airnya.
* Campurkan ubi dengan garam dan gula, kacau hingga sebati.
* Letakkan adunan ubi ke atas daun pisang dan balut rapi. 
* Susun bungkusan ubi dalam pengukus dan kukus hingga masak, lebih kurang 20-30 minit.
* Sejukkan sebelum dihidangkan.

Sekarang teringat-ingat akan lepat liat pula, nanti senang-senang kita cuba buat ya.
Wassalam.

Friday 1 July 2022

Pulut Inti

Assalamm...
Kalau sebelum ini saya kurang gemar makan pulut, berbanding dengan ahli keluarga yang lain.  Tapi sekarang jadi tersuka pula tak tahu kenapa, faktor usia agaknya, jadi makin minat nak makan.  Pulut yang dibuat kuih atau yang dimakan bersama lauk seperti pulut kuning dengan rendang, pulut dengan ayam goreng dan paling win pulut tanak yang dikenenkan dengan ikan masin goreng dan kelapa parut yang dicampur sedikit garam (pulut sorok, istilah mak andak) dan dimakan ketika sarapan pagi.  Kawan-kawan pula ada yang dah mengindari pulut sebab masalah angin, alhamdulillah saya sejak dulu tiada masalah itu bila makan pulut cuma kurang gemar dan sedikit mengantuk selepasnya.


Pulut inti ini menjadi kuih kegemaran sejak tinggal di penang dulu.  Bila bekerja dengan sektor F&B, pelbagai makanan yang tak biasa dihidang oleh keluarga kita boleh jumpa dan rasa.  Tinggal kita take it or leave it, tapi sebab jenis food adventure, makanan yang lagi pelik tulah makin suka untuk dicuba.


Dulu memang pandai makan saja tapi tak pernah nak cuba buat sendiri.  Kalau tak silap kuih pulut inti ini lebih terkenal di utara dan dikategorikan sebagai kuih nyonya.  Jika ada stok inti kelapa amatlah mudah nak sediakan pulut inti ini.


Pulut Inti
Sumber: Mulia
 
Bahan Pulut;
1 cawan pulut susu
2 cawan air
1/2 cawan santan cair
sedikit garam
1 sudu kecil minyak
Daun pisang secukupnya
 
Cara Penyediaan Pulut;
* Rendam pulut sekurang-kurangnya 2 jam awal, jika masak cara convenstional.  Jika guna hi-pressure tak perlu rendam, cukup cuci bersih saja.
* Jika nak tanak pulut boleh disediakan seperti kita  masak nasi dalam rice cooker atau hi-pressure ataupun masak atas dapur biasa.
* Jika nak kukus, sediakan pengukus dan loyang.  Campurkan pulut, air, santan dan garam ke dalam loyang.  Kukus sehingga masak.
* Bila pulut sudah matang, boleh lah bungkus dengan daun pisang.  Pulut tekap guna mangkuk kecil dan letak inti kelapa diatasnya.  Jika tiada daun pisang boleh dihidang tanpa berbalut.
* Nak balut dengan inti tersembul keluar atau tertutup ayu terpulang pada citarasa masing-masing.
 

Inti Kelapa
 
Bahan-bahan;
1 biji kelapa parut (guna kelapa agak muda)
1/2 cawan gula merah / kabung / melaka
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - simpulkan
4 sudu lempok durian (jika suka)
Sedikit garam
Air secukupnya
 
Cara Penyediaan Inti;
* Larutkan gula dengan air di dalam kuali.
* Masukkan kelapa, daun pandan, lempok durian dan garam.
* Jika suka inti kelapa yang warna keperangan, boleh kurangkan gula merah lebihkan gula pasir dan tidak mencampur dengan lempuk durian.  Ada yang suka meletakkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan inti, tetapi kat sini saya tak guna sebab lempuk durian dah cukup untuk pekatkan inti.
* Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau agar tidak hangus.
* Masak hingga agak kering dan sejukkan.
* Inti kelapa boleh disediakan lebih untuk pelbagai jenis kuih seperti ketayap, bom, koci, kuih peria dan sebagainya.
* Simpan ini kelapa di dalam peti sejuk untuk tahan lama dan keluarkanketika hendak digunakan.
 

Jika anda mengalami gejala seperti saya mata kuyuh, layu-layu dan rasa nak lena lepas makan sebungkus dua kuih ini jangan salahkan saya ya.  Itu efek yang biasa terjadi pada saya selepas makan pulut, sesekali kita layan lah tarik bantal, lepas lah berdengkur sekali dua kala.

Nanti kita sambung lagi cerita pasal pulut ye, mata dan layu dah nie.  Pulut sorok atau pulut pagi, mana satu idaman kalbu?
Wassalam.

Lao Mandre: Lunas "Craving" Soto Haji Patoni

 

Assalamualaikum....

Nanti nak sarapan apa? erk apa dah soalan subuh-subuh buta kawan aku ini.  Hantar hariz dulu lah baru cerita pasal sarap.  Kena tanya awal sebab nak tentukan hala tuju pemanduan nanti katanya selepas hantar budak kepop tu ke sekolah.  Erm boleh tak nak sarap soto yang kat pasar taman dahlia tu?  Rindulah nak makan soto tu, sambil ingat kenangan dulu kak uda suka belanja soto pasar taman dahlia bila pergi belanja kat pasar.  Dulu makan kt rumah je, tak pernah pun makan kt gerai tu.  Sebenarnya ada satu tempat lagi dulu gerai kat batu 4, jalan skudai tapi was-was gerai tu entah masih ada ke tidak, jadi kami putuskan cari soto di pasar taman dahlia saja.

Tulah gerainya Gerai Ingat Selalu, Soto Haji Patoni.  Memang sentiasa dalam ingatan, belasan tahun dah masih teringat-ingat dan hari ini kita bagi lunas kita punya craving.  Sebenarnya sebelum ini kita tak pernah tahu pun nama gerai soto ini, kita cuma kenal sebagai soto pasar taman dahlia.  Memang tak pernah pergi beli sendiri, tau-tau dah terhidang atas meja, kalau bukan kak uda yang beli, hero kak uda ujang atau eri yang beli.

Hari kami pergi tu, hari bekerja dan masih awal pagi sangat, kedai-kedai kat pasar banyak yang belum buka.  Belum buka atau memang dah tutup sebab pkp tak tahu lah.  Selalu pasar awal jer buka, dan pasar ini dulu sentiasa sibuk sampai nak cari parking pun susah.  Tapi yang penting gerai soto dah ready, kami datang nak sarap ni.  Sudah ada pelanggan yang beratur di depan kami, tapi tidaklah panjang sangat barisannya.  Sudah tentukan pilihan soto, Nani settledkan soto, saya pergi cari minuman panas.

Bergedil kentang itu antara penambah rasa sedap soto Haji Patoni.  Bila ada pelanggan yang sama beratur minta 2 biji bergedil, kita pun rasa macam nak minta 2 juga.  Nani cakap tak payah nanti tak habis, erk.  Sebenarnya bergedil yang dia dapat dia  bagi kat kita, tak berapa minat katanya.  Then puaslah hati makan soto dengan 2 biji bergedil dan sangat gigih untuk habiskan semangkuk soto kerana kekenyangan.  Sehari atau dua hari selepas kejadian baru masing-masing perasan yang kami makan soto tanpa sambal kicap.  Patut rasa ada yang kurang, kurang pedas yang boleh keluarkan air hidung dan air mata.  Tapi sebab citrasa soto hari tu dah cukup sedap ditekak kami boleh terlupa letak sambal kicap. 

Ada banyak gerai untuk sarapan pagi di situ sebenarnya, tapi kita fokus pada matlamat, jadi abaikan lah yang lain tu.  Nasi lemak bungkus daun pisang di gerai sebelah macam sedap juga dengan pelbagai lauk, tapi terpaksa pandang sebelah mata saja.  Ikutkan nafsu serakah nak dibeli semua, istigfar banyak-banyak.

Bismillah, jomlah makan soto, sudah-sudahlah layan group whatsapps tempat kerja tu.  Dah cuti kan, tak payah pedulilah kata kita.  Padahal kita pun macam tu gak dulu masa kerja.  Sekarang saya dah bebas tinggal hanya ada group santai-santai keluarga dan kawan-kawan.

Sebelum masuk tadi memang dah jeling-jeling gerai depan yang jual macam-macam kuih dan kudapan.  Lepas sarap nanti akak singgah ye dik, masa adik tu offer barang jualan pada kita. 

Dan sebelum beransur dari kawasan pasar, memang singgah beli kuih dangai, bahulu gulung dan kerepek pisang di gerai tu.  Nani offer suruh masuk pasar basah cari ikan dan sayur, erm tak naklah beli saja kat econsave nanti.

Perut dah kenyang jom lah balik semula ke Pulai Indah, tujuan utama nak singgah beli barang dapur di econsave  taman teratai untuk masak-masak hari jumaat nanti, sambil itu boleh selesaikan kerja rumah yang belum dimulai dan yang sekerat jalan.  Konon-kononnya petang nanti keluar lagi jemput budak kepop balik dari sekolah. 

Wassalam.