Saturday, 29 October 2016

Manggarai' (Sambal Ikan Tamban Kering)


Assalamm...
Sambal tradisi bagi masyarakat yang mendiami Kabupaten Soppeng di Sulawesi Selatan.  Ketika mula-mula mereka tanya sama ada ingin mencuba sambal manggarai, dalam kepala otak adalah sambal mangga kot, sebab bunyi dekat-dekat sama dipendengaran.  Ternyata jauh panggang dari api manggarai itu adalah ikan tamban kering.  Ikan tamban tu pula kering dan keras tetapi tidak masin.



Ini adalah bahan asas untuk menyediakan sambal manggarai.  Perlu dibakar di dalam bara api.


Setelah dibakar,  buangkan semua kulit luar ikan tamban, bawang dan buah keras.



Sambal Manggarai (Sambal Ikan Tamban Kering)
Sumber: Petta Jume / Kak Soda


Bahan-bahan
5 ekor ikan manggarai (ikan tamban kering)
4 biji buah keras
4 biji bawang merah
cili padi
sedikit garam
sedikit minyak


Cara Penyediaannya
*  Bakar ikan tamban kering, bawang merah dan buah keras di dalam bara api (buah keras dan bawang tidak dibuang kulit luarnya).
* Setelah dibakar, kupas dan buang kulit bawang, buah keras dan (sisik) ikan.
*  Tumbuk ke semuanya bersama cili dan sedikit garam sehingga lumat.
*  Tuangkan sedikit minyak (paling sedap guna minyak kelapa yang baru masak) dan kacau rata.
*  Hidangkan bersama nasi atau pulut.




Sambal ini sangat sedap di makan bersama dengan nasi panas.  Kalau jadi bekal pergi ke sawah sangat enak, tidak perlukan lauk lain kata mereka.
Wassalam.

Kenduri Kahwin di Subang, Segamat & Tumpat...


Assalam...
Cerita beberapa majlis walimahtul urus yang dihimpunkan.  Mula nak buat entry berasingan tapi tak sempat, namun tetap jugak nak masukkan cerita ini untuk kenang-kenangan.  Majlis pertama, anak rakan sekerja yang berlangsung di Subang Bestari (masih musim raya masa tu).  Pasangan Hafifi dan Aisyah kedua-duanya masih menuntut di salah satu pasantren di Indonesia.


Bapa pengantin kerjaya sebagai chef, semestinya sangat arif tentang hidangan untuk meraihkan tetamu.  Lepas makan nasi, kami pulun makan menu goreng-goreng pula sambil menunggu ketibaan rombongan pengantin. 


Ustaz dari kumpulan Rabbani yang membacakan doa dan mengalunkan qasidah pada majlis tersebut.


Pasangan pengantin ke-2 ini pula majlisnya berlangsung di Segamat Johor, pasangan Nor Helmi dan Afiqah.  Gembira sangat bapa pengantin, anak lelaki dia dah dapat pasangan hidup, selama ini mereka berdua saja setelah isteri dan anak lelaki sulung meninggal.  Yang tak menahan usikan daripada kebanyakkan tetamu bertanyakan bila agaknya bapa pengantin nak naik pelamin. 


Kalau pergi majlis kenduri orang Johor menu wajib nasi beriyani dan telur pindang yang paling saya suka.  Dapat pula bawa balik berkat yang banyak bukan saja lauk kenduri, disebabkan musim buah ketika itu, buah rambutan dan durian pun jadi bekal.  Di majlis ini tak jumpa lah tradisi tol sebab ini rumah pengantin lelaki.  Kat sini lah saya jumpa menu ayam tempayan dan pulut panggang sedap. 


Balik dari kenduri kami menyinggah di Freeport A'Farmosa Outlet.  Konsep shopping di sini macam dekat premium oultlet JB.  Semasa perjalanan pergi Segamat memang lalu tempat ini, sebab tak tahu ianya tempat shopping, boleh pula saya ingat bangunan tu adalah show room.


Kenduri ketiga adalah sepupu en.Abe (Kak Cik, anak ke-4 Mok Nik) di Tumpat Kelantan.  Saya pergi bersama adik ipar, en.Abe tak ikut sebab tak dapat cuti.  Kiranya ini day trip juga, awal pagi fly dari klia kemudian malam tu kami balik dari Kota Bahru menaiki bas tambahan.  Tahu sajalah, kalau last minute pergi pantai timur musim-musim cuti ini memang susah nak dapatkan tiket.


Majlis terima menantu ini Mok Nik hanya buat kenduri kesyukuran, buat secara sederhana katanya.  Lauk kenduri di masak seraca gotong royong oleh kakak-kakak, adik-adik dan anak saudara Mok Nik.  Tak jemput ramai orang, tetapi tetamu yang datang ramai jer saya tengok dari pagi sampai ke malam tetamu tak henti.  Maklumlah Mok Nik dan suami adalah guru, maka ramailah orang kenal.


Family pengantin walaupun masih ada ahlinya yang tiada di dalam gambar.

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan, selamat menjalani kehidupan berumahtangga semoga kekal hingga ke jannah.
Wassalam.

Friday, 28 October 2016

Jom Belajar Buat Ketupat Palas


Assalam...
Priceless moments with Mak Andak ketika saya melawatnya beberapa bulan lepas, saya dapat belajar buat ketupat palas.  Macam dia buat kelas toturial kat saya seorang, sebab kami berdua saja di rumah ketika itu.  Nak anyam daun palas tu nampak mudah main selit-selit saja, tapi salah selit tak jadi jantan seperti dikehendaki.  Menurut Mak Andak, menganyam daun palas lebih mudah berbanding menganyam kelonsong ketupat daun kelapa.  Kalau daun kelapa dah boleh buat, walaupun dapat anyam dua jenis saja, tak kan yang mudah ini tak boleh buat kan?.


Nampak jer mudah, tapi tersilap jalan ketupat ku anyam jadi betina.  Saya tanya Mak Andak, awat kalau betina tak boleh guna kah, kalau kita masak dia terbuka dak daun tu?.
Ish takdak lah lagu tu, tapi nampak tak cantik lah.


Itu kelongsong yang dah dianyam, Mak Andak buat sat ja dah banyak.  Adalah dua tiga helai yang saya buat, tu pun herot-berot.  Boleh lah tu kata Mak Andak, sat lagi buh pulut cantik lah.


Mak guna pulut susu, jadi rendam tak payah lama sebab pulut tu jenis cepat lembut.  Cuci dan tos.  Petang itu sempat tolong parutkan kelapa untuk buat pulut.  Ambil santan dari 4 biji kelapa kecil untuk 2 kilo pulut.  Kalau guna santan beli, 1kg santan untuk 2 kilo beras pulut.


Masak santan terlebih dahulu bersama sedikit garam.  Bila dah mendidih masukkan beras pulut.  Tanak beras dan kacau hingga santan kering (beras pulut separuh masak).  Angkat dan letak dalam loyang untuk sejukkan pulut.  Mak Andak kata kalau buat ketupat yang campur kacang putih pun sedap jugak.  Kacang perlu direndam dan rebus sekejap tak perlu sampai empuk, dan campur bersama beras pulut.


Bila pulut dah suam-suam kuku, boleh lah isikan dalam kelongsong daun palas tu.  Isi kena bagi kemas, tekan-tekan bagi penuh semua ruang dan kemaskan mengikut anyaman yang mula tadi.


Saya cuba jugak isi, tapi macam susah jer nak kemaskan terutama ketika nak anyam balik dan simpulkan daun tu.  Takut tak kemas dan isi ketupat boleh keluar semasa merebus.


Saya tolong gunting lebihan daun palas tu jer, lepas cuba isi pulut tapi tak cantik kejadiannya ketika kemaskan simpulan.  Lepas itu rebus ketupat, letak air paras isi periuk saja.  Rebus tak lah lama sangat macam merebus ketupat daun kelapa tu.  Rebus hingga air kering, tapi awas jangan sampai hangus.


Note:- Projek ini kami buat berdua saja dengan Mak Andak petang tu.  Orang lain berkampung kat rumah Kak Mah, sebab ada makan-makan kat sana.  Ketupat tu hang bawa balik semua, separuh kirim kat orang johor (Nanie), depa sini nak makan depa boleh buat lain.  Begitu sayang Mak Andak pada kami, kadang-kadang lebihkan kami daripada anak kandung dia sendiri .  
Wassalam.

Tuesday, 25 October 2016

Naik ETS ke Sungai Petani.

Assalam...
Sekarang ini kalau dengar jer ada saudara atau kawan yang sakit, tak boleh tangguh kena pergi melawat cepat-cepat.  Ambil pengajaran kisah-kisah sebelum ini, sudah ada pengalaman tak sempat melawat, dengar-dengar orang dah takde..... pergi untuk selama-lamanya.  Perasaan terkilan, bersalah dan ralat tu tak perlu nak cakap lagi dah bagaimana rasanya.

Ini perjalanan ke utara Sungai Petani, nak melawat Mak Andak, bermusafir bersendirian jadi fikir kena naik pengangkutan awam saja yang lebih mudah.  Nak naik flight kena turun Penang, jauh pula diorang nak datang ambik.  Bas macam dah selalu sangat.  Nasib teringat yang ETS dah ada sampai ke Padang Besar, boleh lah nak cuba sebab sebelum ini pernah naik dari Ipoh ke KL masa mula-mula dilancarkan dulu (masa tu tak lancar lagi, sekejap-kejap berenti sebab bekalan elektrik terputus).


Saya pilih perjalanan awal pagi dari KL Sentral, harga yang paling murah ke Sungai Petani dengan menaiki ETS Gold, yang lebih mahal lagi pun ada.  Cadangnya memang nak naik ETS pergi dan balik tapi tiket dari SP semua sold out.  Laku keras sebenarnya tiket ETS ini terutama pada hujung minggu. 


Tempat duduk saya dalam gerabak yang terdapat sekali kemudahan cafe dan surau, jadi mudah untuk saya tak perlu jalan jauh atau tercari-cari sarapan di gerabak lain.  Banyak masa saya habiskan lepak di cafe daripada duduk di tempat sendiri. 


Jarang-jarang dapat pengalaman bersarapan sambil menikmati pemandangan di luar seperti ini.  Rasa berbaloi sangat naik train kali ini.


Sambil bersarapan, dapat berkenalan dengan seorang kakak ini, yang datang dari Negeri Sembilan menuju ke Padang Besar.  Satu family melakukan day trip untuk shopping di Padang Besar menaiki ETS.  Wau macam syok jer idea itu, next time boleh  lah try.  


Sebenarnya saya sangat tertunggu-tunggu untuk menyaksikan pemandangan ini.  Pemandangan ketika keretapi melalui tasik Bukit Merah, macam membelah lautan.  Seakan mengimbau kembali kenangan pertama kalinya menaiki kereta api dan dapat menyaksikan pemandangan cantik seperti ini.  Walupun hampir 20 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatan


Ketika itu perjalanan dari KL ke Butterworth menaiki keretapi Senandung Pagi.  Sebab nak sangat merasai pengalaman naik keretapi, maka bertabah lah ketika itu walaupun ada penyesalan dalam hati. Bertolak dari stesen Kuala Lumpur jam 7 pagi dan sampai ke destinasi hanya pada jam 4 petang, faham sajalah keadaan train ketika itu.  


Tak habis melayan perasaan, tak sedar train dah sampai stesen Sungai Petani.  Sampai mengikut waktu yang dijadualkan, rasa macam sekejap sangat lah pula.


Lokasi stesen ETS di SP ini pun sangat strategik sebenarnya sebab berdekatan dengan UTC  Sungai Petani dan Hotel Seri Malaysia.  Jadi kalau selepas itu nak meneruskan perjalanan atau mencari penginapan senang kan, boleh dapatkan bas atau teksi dari sini.

Ketika sampai saya masih berkira-kira nak call diorang datang ambil atau tidak.  Kalau nak merayap di Pekan Sungai Petani pun sempat lagi, tapi rasanya tak perlu kot, sebaliknya nak teruskan adventure lagi.  Cari teksi atau kereta sapu untuk balik ke kampung Sidam Kiri sendiri, buat kejutan pada Mak Andak.
Wassalam.

Segarkan diri Di Sungai Chilling

Assalam...
Tajuk tu macam iklan jual jus buah je rasanya, hari yang kami pergi tu memang cuaca sangat panas lit lit jadi sesuai lah kan tajuk cerita.  Lupa pulak nak cerita pasal pergi tracking ke Air Terjun Sungai Chilling di Kuala Kubu Bahru beberapa bulan lepas.  Ini antara satu daripada persediaan untuk latihan projek Akinabalu kami.  Lama gila kan sebab Akinabalu pun dah selesai.  


Treckking ke air terjun Sungai Chilling memang best lagi-lagi sebab kami bawa diva-diva yang tak biasa main lumpur dan becak ini.  Cabaran dia senang jer, tak cukup diva kalau tak boleh nak pergi tracking masuk hutan.  Nak buktikan betul-betul diva kena ikut masuk hutan.  Lagi pun pergi balik hari bukan kena tidur sana pun. 


Seronok kalau dapat berkhemah macam mereka ini, tinggalkan seketika tilam empuk di rumah dan rasai tidur di dalam khemah.  Untuk berkunjung ke sini, terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh pengunjung seperti hanya boleh berkunjung pada hari jumaat hingga ahad, perlu daftar nama untuk hiking ke kawasan air terjun, bayar deposit  sebanyak  RM3.00 untuk setiap satu bungkusan makanan dan minuman.



Selesai pendaftaran, buat bayaran dan declare bungkusan makanan yang dibawa baru boleh melintasi jambatan gantung ini (starting point).  Perjalanan bermula dengan melalui denai hingga ke lintasan ke-2.  Ketika di lintasan ke-2 pun sudah sangat teruja dengan ikan kelah yang (jinak-jinak merpati).  Cuma ikan kelah di sini tidak mengigit kaki seperti ikan di Spa Fish Kampung Luanti, Ranau.  Jangan lupa beli makanan ikan di kaunter pendaftaran.


Antara lintasan yang mencabar adalah lintasan ke-3, perlu bergayut pada akar-akar kayu untuk turun dan melintasi sungai yang agak deras alirannya dan batu-batu yang licin.


Kupu-kupu jenis ini banyak berterbangan atas batu pada lintasan ke-3.


Lintasan ke-4 perlu meniti pada batang kayu ini, kalau anda gayat sila tanggalkan selipar atau kasut. 


Kami mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chilling.  Sebab ramai sangat manusia di sini, lepas ambil-ambil gambar kami berpatah balik ke kawasan lintasan ke-5 untuk bermandi manda di sana.


Walaupun terdapat deposit dikenakan untuk setiap bungkusan makanan dan minuman, masih ada lagi yang meninggalkan bekas begini di kawasan air terjun.


Ketika kami bermandi manda, terjumpa seekor ikan yang telah mati. Terdapat bekas luka pada bahagian perut ikan seakan ditikam/tercucuk/panah dengan benda tajam.  Siapa lah yang empunya kerja nie. 


Puas berendam lebih kurang sejam, kami pun bergerak balik.  Kemudahan air bersih, tempat salin pakaian, surau dan tandas hanya ada di kawasan entrance.  Kami balik dengan pakaian basah, tetapi sempat kering ketika sampai di kaunter pendaftaran.

Yang paling tak menahan, ada yang pakai sandal heel hiking sampai ke air terjun tu.  Dah nak pergi baru perasaan takde kasut sesuai yang boleh masuk ke dalam air, tu yang terpaksa sarung saja sandal tu.
Wassalam.

The Captain Steamboat & Grill



Assalam....
Alkisah suatu malam dalam perjalanan ke Kapar bertemu sepupu, disebabkan kami bergerak terus dari tempat kerja jadi memang perut tengah lapar.  So sebelum sampai tujuan kami singgah isi perut dulu di sini.  So malam itu jugak terpaksa lupakan makan burger sedap yang dijual di tepi jalan.


Seperkara lagi apabila melalui jalan utama antara Meru ke Kapar ini terdapat banyak sangat kedai makan di kiri kanan jalan.  Tinggal pilih saja nak makan menu apa western, steamboat, tomyam, masakan melayu semua ada.


Selain makanan segar untuk grill, turut disediakan makanan panas seperti nasi goreng, ayam goreng pelbagai jenis bubur dan nasi.


Pelbagai jenis mee turut disediakan.


Minuman jugak terdapat pelbagai pilihan minuman sejuk mahupun yang panas.


Pilihan seafood, frozen food dan sayur-sayuran untuk grill dan steamboat.


Sos pencicah yang pelbagai.


Paling suka kuah steamboat bekas rebusan segala jenis seafood, ayam dan daging digunakan mencelur sayur-sayuran.  Suka sangat rasa sayur yang dicelur dalam kuah tu.  Orang lain pergi steamboat pulun makan seafood saya pulun makan sayur.


Ice cream kelapa yang sangat sedap di tekak ku.



Yang ini saya tapau balik, tak curi tau saya minta izin pada owner resto tu untuk ambil 2 ice cream malaysia nak bagi kat seseorang.


Kalau sesiapa yang hendak makan steamboat tapi nak budget-budget atau tengah bulan lambat lagi hari nak gaji boleh try di The Captain ini, sebab harga seorang hanya RM21.90.  Lokasi tepi jalan utama dari Pekan Meru ke Pekan Kapar.
Wassalam.