Burn cheese cake yang menjadi kegilaan ramai, saya lambat sikit nak mencuba sebab kurang gemar dengan kek yang berasaskan keju ini. Tapi keinginan untuk mencicipinya tu tetap ada, jika saja-saja buat memang tak habis jadi kita cuba time kita ada majlis kumpul-kumpul lah kan.
Suatu hari en.Abe balik kerja dia bagi tahu esok department dia nak buat makan-makan, boleh tolong buat apa-apa tak? Terus jer ting nak cuba buat kek keju hangus nie, lagi pun baha-bahan memang dah ada stok. Dalam pada kata tak suka makan tapi stok bahan ada, macamana tu? Tapi buat pertama kali ini tak dapat juga nak merasa, bagi jer bawa seketul macam tu pergi gathering di tempat kerja.
Baca teliti resepi yang dikongsikan oleh rakan-rakan di fb, macam senang sangat nak buatnya, hanya blender semua bahan dan bakar. Kalau tiada oven boleh bakar dalam air fryer pun bisa deh.
Gambar kiriman ketika majlis baru berlangsung, nampak dapat sambutan kek ini. Majlis baru start dah tinggal separuh, sebelah kiri kek tu adalah nasi kaya juga dapat sambutan. Kebetulan mak mertua ada di rumah ketika itu, en.Abe minta supaya ditambah satu lagi menu pemanis mulut tradisi orang kelantan yang juga salah satu air tangan mak mertua.
Resepi dan kuantiti bahan boleh rujuk seperti dalam gambar. Panaskan oven dengan suhu 200'c. Hanya campurkan semua bahan ke dalam jug blender, blend hingga semua bahan sebati dan halus. Tuang ke dalam acuan yang telah dilapis dengan baking paper (parcement paper) bukan kertas minyak biasa tu ye untuk mengelakkan kek melekat. Bakar dengan suhu tinggi pada 20 minit pertama dan turunkan suhu ke 170'c untuk 20 minit yang berikutnya atau sehingga kek masak dan keluarkan daripada oven dan sejukkan. Keluarkan daripada acuan apabila kek telah betul-betul sejuk. Kek akan kembang dan naik ketika membakar dan menyusut ketika di sejukkan. Jika hendak menikmati kek yang sejuk boleh sediakan lebih awal atau sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk, tapi tak kurang enaknya jika di nikmati ketika suam cuma hati-hati ketika memotong kek.
Untuk resepi ini, sedang elok kalau guna baking tray bulat saiz 6 inci atau 7 inci nampak kek tinggi, tapi saya xde saiz tu terpaksa lah guna tray 8 inci dan hasilnya nampak sedikit nipis.
Wassalam.
Wassalam.