Thursday, 29 August 2013

Test, test Kuah Kacang...

nasamulia
Kuah kacangku yang semestinya mengharap pada rupanya saja..
Assalamualaikum...

Demimu Nad, akak cabar diri wat benda yang tidak akak gemari.  Cam iyo iyoo jer wat benda ape?, buat kuah kacang jer punnnn....hehehe.  Sejujurnya walaupun umur dah banyak memang tak pernah masak lagi benda ala ini...kan tak pasal2 akak kena wat pengakuan kat sini. 
Tak susuh mana pun wat benda ini lagi senang dari wat lodeh. Bahan pun tak banyak, tapinya klau dah tak biasa tu kekoklah..selama ini lebih suka makan nasi impit dengan sayur lodeh, klau orang hidang dengan kuah kacang memang x pandang.  Menurut kawan baikku, tekak aku lebih ke jawa...mana datang taste jawa entah.
nasamulia
Harap-harap cukup untuk menjamu selera Nad dan kawan2nya yang seramai 30 orang kat hostel tu
Mula2 nak minta en.abang buatkan tapi sibuk sesangat tu yang cik kak kena ambik alih tugas.  Dia kita suruh rase dan komen tang mana yang kena betulkan....panjang berjelah komen, pahitlah, kacang terlebih halus lah, pekat sangatlah, terlebih serailah....blah blah blah...
nasamulia
Sebelum hantar kat Nad, tukang masak kena rasa dulu dan jangan lupa ambik gambar.  Rasa2 no komen sebab memang tak gemar mkan yang nie...so standard yang paling sedap tu tak tahu... 
nasamuliaRasa kesian pulak kat Nad dan kawan2 bila diorang inform menu meraka 2 nie je.  So teringat wat kek coklat 123 yang ringkas tu untuk diorang.  Orang kata kalau nak kumpul pahala banyak2 rajin2 bagi makan kat student.  Tapi yang penting kena ikhlas.
nasamulia
Semoga dapat memenuhi citarasa Nad dan kawan2.  Wassalam!

Tuesday, 27 August 2013

Ketupat Palas versi KL..

nasamulia
Ketupat Palas, ada kacang tu pasal mahal ker?
Assalamualaikum...
Masih dengan mode raya, tapi tak tau nak gi beraya kat mana?   Orang bandar beraya tak macam orang kampung, orang kampung bila2 masa boleh datang dan menerima tetamu...kat bandar ini, kalau orang tak buat open house tak boleh datang beraya.
Teringat masa kanak2 kat kampung dulu...mak selalu kejut dari tidur sebab ada tetamu datang beraya jauh2 malam.  Bukan malam sangat pun dalam kul 9 ker 10 je, jam2 segitu dah larut kalau kat kampung..
nasamulia
Harganya boleh wat mak aku tercekik bila mendengarnya....standard lah KL beb.
Ketupat ini beli kat gerai tepi jalan di Pantai Dalam, ketika mencari gerai nasi lemak kukus ayam berempah...En. Hubby terpandang lemang dan ketupat, rasa teringin so kami singgah beli ketupat. Main teka rega paling mahal pun dalam RM5 jer, so amik satu ikat 5 biji, bila nak bayar abang tu cakap RM8.00.  Minda fening nak menconggak, satu berape yek....kalau RM1.50 satu, eh baru RM7.50....eh apeda wat pening plak....klau rasa teringin, beli jer, makan jer, duit boleh dicari, jangan kedekut kata en. hubby...
Wassalam.

Monday, 19 August 2013

Menjelajah Bumi Pahang sambil Beraya.....

nasamulia
Beraya di rumah sedara ayah di Felda Sg. Tekam Utara
Assalamualaikum..
Dengan izin dan kesihatan yang dikurniakanNya, dapat kami sekeluarga beraya di rumah sedara mara ayah mertua yang terletak di merata tempat di bumi Pahang ini.  Petang raya pertama, kami berangkat ke rumah mak ngah (sepupu ayah) di Lentang dan Mela.

Hari kedua, ayah kerah semua anak-anak dan menantu bergerak awal pergi beraya ke Felda Sg. Tekam Utara dan Jerantut.  Petang dan malam teruskan beraya di rumah jiran-jiran dan kawan-kawan mertua.

Hari Ketiga, sebelah pagi beraya di rumah kawan-kawan suami di sekitar, Damak dan Kg. Batu Balai. Manakala Ibu mertua dan adik2 yang lain berkunjung ke Kg. Budu.  Sebelah petang dan malam pulak kami menunggu kedatangan tetamu datang beraya.
nasamulia
Ikhlas meraihkan tetamu yang berkunjung akan membawa limpahan pahala dan berkat yang tak terhingga.
nasamulia
Beraya Di rumah Mak Ngah (Sepupu Ayah), Lentang
nasamulia
Rumah Sedara ayah jugak...lupa pulak nama kampung ini.
nasamulia
Sambil beraya, tidak lupa menjeling pokok durian sebelah rumah....hehehe (silap timing plak...)
Aik????....apesal beraya semua rumah sedara belah ayah jer?   Sedara mak mertua takde ker? Yelah sebab ayah mertua Mulia orang Pahang, jadi sebahagian sedara mara dia masih menetap di Pahang, sebahagian lagi di Johor dan Terengganu.

Mak mertua pulak asal dari kelantan, so sedara mara semua kat Kelantan lah...Maaflah kami hanya sempat melawat yang duduk dekat-dekat saja.  InsyaAllah di lain kesempatan melawat sedara yang lain pulak di Kelantan, Terengganu dan Johor...Amin.  
nasamulia
Peluang berkenalan dengan sedara mara sambil menjamu selera
Wassalam.


Syawal 1434, di Batu Balai, Jerantut...

nasamulia
Pagi raya bersama Mertua dan adik-adik ipar.
Assalamualaikum...
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.  Bagaimana cuti raya anda semua?  Mulia tahun ini beraya di rumah keluarga suami jer di Jerantut Pahang, tak balik ke Sandakan...terlepas hidangan burasak dan ayam masak lengkuas tahun ini (menu tradisi Bugis di hari raya).

Beraya di sebelah suami, best jugak sebab adik-adik ipar semua perempuan dan ramai berbanding kalau raya di sebalah keluarga Mulia.  Tahun ini sebenarnya kali pertama beraya bersama mereka dan merasai suasana orang Pahang beraya.

Oleh kerana rumah mentua dengan masjid hanya dipisahkan dengan sungai, maka we all berjalan kaki je pergi solat sunat pagi tu.  Solat sunat Idul Fitri telah diimamkan oleh Ustaz Dasuki dan dilanjutkan dengan khtbah selepas itu.  Syahdu dan menyentuh hati nurani, setiap jemaah yang hadir pasti akan menitiskan air mata keinsafan.....
nasamulia
Menu 1st day Raya
Balik dari Solat Sunat Aidul Fitri, kami ramai2 bergegas memasak hidangan istimewa pagi itu sebelum tetamu datang...(mak mertua siap promote kt kawan2 dia supaya datang beraya kat umah, anak dia masak menu special katanya..).  Menu Sup Tulang Kambing, Nasi Arab (Mandhi) dan Ayam panggang.

Sebelah petang, kami semua beraya di rumah sedara mara belah ayah mertua.  Sambil beraya sambil nak perkenal anak menantu katanya....

Wassalam.

Thursday, 1 August 2013

Suasana Iftar Ramadan @ PICC


nasamulia
Pintu Gerbang yang mengamit setiap pengunjung Iftar Ramadan di PICC yang dikelolahkan oleh Eden Catering Sdn Bhd.
Assalamualaikum,
Bagi sessiapa yang bercadang untuk berbuka puasa di luar dan masih tercari-cari tempat untuk dituju.  Mulia nak cadangkan ke Iftar Ramadan Di PICC, Putrajaya.  Terdapat pelbagai pilihan menu dengan harga yang berpatutan.
Gambar-gambar dalam entri ini adalah hasil intaian Mulia tentang menu apa yang ada di sana. Hanya sebahagian menu yang dapat Mulia rakamkan dan ketika pengunjung belum ramai di restoran tersebut.  Bukan apa bila dah buka puasa, Mulia nak concentrated menikmati setiap menu yang dipilih.   Photo yang ada tanda *(SD) adalah antara Signature Dish Eden Catering. 
nasamulia
Viking Roasted Whole Lamb *(SD)

nasamulia
Delicious Eden Dim Sum *(SD)

nasamulia
Kaunter Dessert (Malay Kuih Manis or Pedas, Bubur, Buah-buahan tempatan, pudding, Jelly & many more)

nasamulia
Stall Sotong Kangkung

nasamulia
Stall Goreng-goreng (keledek, keladi, pisang, cekodok, karipap, cucur udang, sukun, keropok lekor & more)

nasamulia
Salah satu masakan Ikan Air Tawar

nasamulia
Sesuai dengan tema yang ingin mengetengahkan masakan ikan air tawar, di sini dihidangkan pelbagai jenis ikan air tawar (haruan, tilapia, keli, lampam, patin yang dimasak dengan pelbagai gaya dan rasa (masal lemak, gulai tempoyak, masak berserai, asam pedas, pindang mahupun goreng)


nasamulia
Stall Bakar-bakar (Ikan pari, kembung, pari, tilapia)

nasamulia
Peranan Warna dalam makanan menarik penggemarnya

nasamulia
Kaunter Arab - Nasi Mandhi accompany with tomato salsa & tabbouleh salad *(SD).

nasamulia
Stall Penang Char Koay Teow - 1 of Eden Signature Dish *(SD)

nasamulia
Kaunter Soup of the day - 3 jenis sup disajikan setiap hari dan akan bertukar setiap minggu

nasamulia
Stall Satay *(SD), bakar on the spot

nasamulia
Air bermacam-macam warna dan rasa menunggu pengunjung


nasamulia
Turut menyediakan perkhidmatan khas untuk pengunjung VIP & VVIP

nasamulia
Meja Khas untuk VVIP

nasamulia
Antara pengunjung IFTAR di restoran PICC

nasamulia
Bagi pengunjung yang inginkan suasana santai boleh memilih tempat duduk di sini.

nasamulia
Scenery di kala senja berlabuh di Putrajaya

nasamulia
Sebelum berangkat pulang, jangan lupa rakamkan memori anda di sini.
Selamat berbuka puasa.  Wassalam.