Petang tu kami memilih untuk berjalan kaki, start dari rumah makcik menuju ke kolam renang Ompo yang sering menjadi tempat riadah penduduk sekitar mahupun dari luar daerah.
Kolam renang utama, juga menjadi tempat latihan kanak-kanak dalam acara renang. Tempat 3 orang anak sepupu, mengasah bakat renang mereka hingga dapat menjadi wakil sekolah, kabupaten mahupun propensi dalam acara renang.
Kolam utama tempat punca mataair terbit tidak dibuka untuk awam.
Ada dipaparkan sejarah asal muasal bagaimana mataair Ompo dijumpai.
Di luar daripada kawasan kolam renang, terdapat tasik dan kawasan hijau yang dikenali sebagai Hutan Kota Ompo, segala pokok kayu yang ditanam telah mereka kenalpasti dan daftarkan.
Di tengah-tengah waduk itu ada bangunan rumah makan tetapi masih ditutup sejak pendemik sehingga sekarang.
Lenguh juga kaki nak mengelilingi tasik dari hujung ke hujung. Memang sesaui kalau nak briskwalk atau jogging waktu pagi atau petang.
Selepas mengitari kawasan tasik waduk Ompo, kami berjalan sehingga pusat kajian Universiti Hassanuddin (kampus vokasi).
Ada beberapa bangunan seperti ini di sini, digunakan sebagai bilik kuliah atau pentadbiran, tetapi ketika kami berkunjung tak jumpa seorang pun yang ada di kawasan ini. mungkin ada hari tertentu saja mereka di tempat ini.
Keluar semula ke jalan utama, akan nampak rumah-rumah penduduk kampung Madello. Kebanyakkan rumah kayu tinggi (rumah panggung).
Mendekati maghrib, jom lah kita balik ke rumah sebab selepas ini kita nak temankan sepupu ke hospital menjaga orang sakit.
Suasana ini saya dapat ketika kunjungan sekejap ke Soppeng pada bulan Mei lalu melawat ibu saudara yang tenat di hospital. Alfatihah untuk arwah Hajah Jumriah Hema (Etta Jume) yang kembali kepada penciptaNya pada 12 Julai lalu, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.Aamiin.
Wassalam.