Thursday, 12 December 2013

Bangau oh Bangau...

Assalam..
Bangau oh bangau
mengapa engkau kurus?
macam mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan
mengapa tak mahu timbul?
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput
mengapa panjang sangat?
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau 
mengapa tak makan rumput?
macam mana aku nak makan
perut aku sakit..

Perut oh perut
mengapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah.

Nasi oh nasi 
mengapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah
api tak mahu hidup.

Api oh api
mengapa tak mahu hidup?
macam mana aku nak hidup
Kayu habis basah.

Kayu oh kayu
mengapa engkau basah?
macam mana aku tak basah
hujan timpa aku.

Hujan oh hujan
mengapa engkau turun?
macam mana aku tak turun,
Katak panggil aku.

Katak oh katak
mengapa panggil hujan?
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku..

Ular oh ular
mengapa makan katak?
macam mana aku tak makan
memang makanan aku...

Lagu rakyat yang sangat sarat dengan makna tentang kehidupan seharian manusia.  Sentiasa ada ula dan jawapan.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment