Monday, 24 June 2019

Sambal Goreng Pengantin / Sambal Goreng Singapore

Assalam...
Sambal goreng pengantin? bukan pengantin yang goreng atau yang buat sambal ini.  En.Abe kata ini sambal yang dalam iklan raya tu ker? erk tak tahu pula ada iklan pasal sambal nie.  Nampak sangat tak tgok tv dan tak ikut perkembangan makcik nie, lepas dia tanya macam tu baru search iklan yang dia maksudkan tu.  Syok juga iklan tu, tapi dalam itu iklan ada banyak bahan-bahan yang dia sebutkan tak diletak dalam resepi yang saya guna nie.  Sebenarnya cara masak tu lebih kurang, cuma ada penambahan bahan atau terkurang sikit itu biasa lah.  Sambal goreng pengantin dikenali juga dengan sambal goreng singapore, agaknya kat sana femes kot sambal ini atau memang dari sana asal resepinya.



Pernah dah buat yang ini dulu, tapi tak sempat tuan rumah nak makan.  Sediakan sambal ini ketika itu rombongan ayah su datang nak melawat ayah dihospital, Alhamdulillah mereka suka dengan sambal ini.  Jom semak resepi yang saya guna, tapi kali ini tak letak daging dan belacan, bahan-bahan lain semua ada, rasanya tetap sedap.

Sambal Goreng Pengantin / Sambal Goreng Singapore
Sumber: Mama Leeza

Bahan-bahan
300gm paru
300gm daging
1 pkt tempe
4 biji tahu
300gm isi udang
1 kotak kecil santan 
1 inc. belacan (jika suka) ramas untuk haluskan 
4 sudu makan cili giling (tambah jika suka pedas)
4 biji bawang merah*
2 labu bawang putih*
3 biji cili merah*
2 biji cili hijau*
2 inc.lengkuas*
4 biji cili merah*
2 inc. halia*
5 batang serai*  
Sedikit air asam jawa.
Minyak untuk menumis
Secukupnya gula melaka, garam dan serbuk perasa


Cara Penyediaannya
* Rebus daging dan paru hingga empuk.  Angkat dan hiris nipis.  Air rebusan daging boleh dimasukkan ketika proses memasak sambal jika suka.
* Hiris halus bahan bertanda '*'
* Goreng satu persatu daging, paru, udang, tempe dan tahu (tahu goreng seketul, lepas goreng baru hiris).  Udang jika suka airnya dalam sambal tumis, tak perlu goreng terlebih dahulu.
* Tumis bawang merah dan putih hingga layu. Masukkan hirisan serai, halia dan lengkuas, goreng lagi hingga layu. Masukkan hirisan cili hijau dan merah.  Tumis hingga betul-betul layu.
* Masukkan cili giling.  tumis lagi hingga cili masak.
* Masukkan udang basah tumis hingga mendidih dan tambah belacan, air asam jawa dan biar mendidih.
* Masukkan santan, dah mendidih masukkan daging, paru dan kacau.  Masukkan tempe, tahu, gula, garam dan perasa, masak perlahan hingga pekat yang disukai, ada orang suka yang pekat kering, ada yang suka basah-basah, terpulang.
* Sesuaikan rasanya dan hidangkan.
Sambal ini sesuai nak makan bersama lontong, lemang dan ketupat jadi boleh dihidangkan ketika raya juga.  Tapi saya lebih suka makan dengan nasi putih jadi bila-bila masa boleh disediakan tak perlu tunggu raya kan.
Wassalam.

Sunday, 23 June 2019

Semperit Telur Masin

Asssalam...
Penggemar masin, atau sesiapa nak cari biskut raya yang luar dari kebiasaan rasa manis, semperit telur masin ini jawapannya.  Untuk elakkan terlebih masin, pilih guna mentega yang yang tak masin (unsalted butter).  Telur masin yang diguna bukan yang kita rebus dan lenyek sendiri ya, sekarang serbuk telur masin senang untuk didapatkan, ada jual di kedai-kedai bahan bakeri atau pasaraya.



Semperit Telur Masin / Salted Egg York Samperit
Sumber: Resepi citarasa

Bahan-bahan
25gm (1 sudu makan) serbuk telur masin
125gm mentega tawar
65gm gula halus (aising)
125gm tepung kentang / tepung jagung
80gm tepung gandum 
20gm susu tepung
Bijan hitam untuk hiasan


Cara penyediaannya 
* Putar gula aising dengan mentega guna senduk kayu hingga sebati.
* Masukkan serbuk telur masin dan kacau rata.
* Masukkan tepung kentan, tepung gandum dan susu tepung.
* Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
* Tekan guna nozzle bergerigi atau nozzle semprit.
* Susun dalam tray pembakar dan hiaskan dengan bijan hitam.
* Rehatkan di bawah kipas hingga keras selama lebih kurang 15-20 minit.  Ini untuk mengekalkan bentuknya dan tidak mengembang ketika dibakar nanti.
* Bakar dibawah suhu 150'C, selama 10 minit di rak bawah dan alihkan ke rak atas dan teruskan membakar selama 10 minit lagi.
* Biar biskut sejuk kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Satu-satunya biskut yang dapat dibuat ketika raya baru-baru ini.  Betul-betul biskut raya, sebab buat ketika hari raya, bukan buat ketika ramadhan hehehe.  Orang sakit pun suka makan biskut ini.
Wassalam.

Peach Banana Butterscotch Bread Pudding

Assalam...
Jom cuba resepi peach banana butterscotch bread pudding yang di share oleh baker's cilik, Dannish Harass di Ig beliau.  Betul-betul kecik-kecik cili padi dia tu, walaupun usia masih kanak-kanak tapi ramai jer makcik-makcik yang berguru dengan beliau.  Termasuk lah makcik seorang nie.  Paling best sebab menyediakan bread pudding ini mudah dan tak ambil masa yang lama.  Untuk minggu nie saja dah 2 kali buat, Danish bagi cadangan boleh lah buat bread pudding ini sebagai menu rumah terbuka.


Peach Banana Butterscoth Bread Pudding
Sumber: Danish Harraz


Bahan-bahan
1 buku roti putih - potong 4 segi kecil (satu keping potong 9 keping)
21/2 cawan dairy whipping cream (boleh juga guna fresh milk atau susu cair. Bezanya, bila guna whipping cream akan lebih moist dan creamy)
3 biji telur gred A atau B
1 tin hirisan buah peach, potong dadu
4 biji pisang masak, hiris
3/4 cawan butterscoth chips (Danish guna Brand nestle, saya guna yang biasa dijual dikedai bahan baking)
2 sudu teh esen vanila
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
Garam halus.


Cara Penyediaannya
* Panaskan oven suhu 170'c.  
* Roti putih boleh juga digantikan dengan  croissant atau baguette tapi perlu dibiarkan lebih lama sebelum dibakar.  Danish tak guna gula, cukup manis dari chips sahaja.
* Kacau guna whisk telur, whipping cream, esen vanilla, garam dan serbuk kayu manis.  Gaul sebati.
* Campurkan hirisan pisang dan buah peach, gaul sebati.
* Gun tray 9x12, lapiskan roti, peach, chips berselang-seli  jadi 3 set lapisan.  
* Tuang kastard sekata ke atas susunan roti.  Tekan sedikit seupaya roti sepat meresap kuah kastad.  Tutup dengan foil dan biar seketika (lebih kurang 10 minit sebelum dibakar).
* Bakar selama 30 minit, buka foil dan bakar lagi selama 30 minit atau sehingga bahagian atas sedikit garing dan custard dan kastard telah agak kering / diserap.
* Sejukkan sebentar kemudian bolehlah dihidangkan.
* Tambah sedap jika dihidangkan bersama ice cream vanilla.
TIPS Penting: Foil diguna untuk mengelakkan kastard kering kerana bread pudding ini tidak perlukan extra kastard.  Jangan overbaked, nanti hasilnya kering / tak moist.  Bread oudding ini sedap dimakan dengan suhu bilik.  Tak perlu sejukkan, nanti teksturnya jadi keras.  Untuk leftover, boleh simpan dalam peti sejuk, keluarkan bila perlu, biarkan 10 minit kemudian bolehlah dipanaskan di dalam oven selama 10-15 minit.* 

Selamat mencuba, tak tipu memang sedap bread pudding ini walaupun dimakan tanpa ice cream atau di beri cream topping.
Wassalam.

Saturday, 22 June 2019

Air Koktail Nata De' Coco

Assalam...
Jom redah dan turunkan kehausan dengan minum air koktail ini.  Tak tahu nak buat koktail apa sebenarnya, nak yang ligt dan tak heavy dengan penggunaan air berkarbonat atau susu.



Air Koktail Nata De' Coco
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
1 tub nata de coco - perasa laici
1 biji apple - hiris
1 biji lemon - hiris
1 tin nenas cube
1 pkt buah kabung - hiris nipis
1 tin buah longan 
2 sudu chia seed
Secukupnya air sejuk 
Secukupnya ais batu 


Cara Penyediaannya
* Campurkan semua bahan kecuali ais batu.  Sesuaikan rasa manisnya.
* Air gula tidak ditambah ke dalam koktail ini, sebaliknya hanya menggunakan air manisan buah-buahan dari dalam tin.
* Diamkan sekejap 15 minit untuk kembangkan chia seed dan perisa lemon keluar sebelum mencampurkan dengan ais batu atau sejukkan dalam peti.
* Hidangkan.


Jika tiada chia seed, boleh saja tukar menggunakan biji selasih.  Jika guna biji selasih kembangkan terlebih dahulu sebelum mencampurkan ke dalam koktail.

Hari ini ada yang buat open house tak? masih raya kan.  Boleh cuba sediakan yang ini, tapi kena sediakan sudu kecil sekali untuk senang nak makan ketul-ketul buah itu.
Wassalam.

Mencari Penawar

Assalam...
Mencari penawar bukan sebab badan dah terlebih masin, kalau mulut masin bagus juga tak perlu tawar-tawar lagi.  Penawar bagi badan yang mungkin sudah tidak seimbang lagi, dah lama guna, macam mesin lah juga sampai masa kena diservis kan.  Tak jaga servis sampai masa break down terus tak boleh buat apa dah.  Ini mencari penawar bagi orang sakit, tapi yang sihat pun boleh guna juga.  Sudah usaha cara moden kita try juga cara holistik menggunakan herba keluaran JRM (Jamu Ratu Malaya).


Mengikut testimoni, produk mustanir ini baik untuk tingkatkan kesihatan dan sesuai diambil oleh lelaki dan wanita.  Ramuan yang terkandung adalah daripada makanan sunnah terpilih.


Dalam pada mencari bahan penawar untuk orang sakit, orang yang perasan sihat pun nak tumpang sekaki mencuba produk JRM.  Sebab hobinya adalah makan, makan dan makan, jadi sesekali saluran itu perlu dibersihkan dengan cara mengamalkan detox Colonis. 


Bagi kaum wanita pula ini adalah pilihan terbaik bagi mereka, Royal V dan Mega Ratu.  Fungsi utama untuk stabilkan hormon, hormon jika elok eloklah seseorang wanita itu.  Kalau hormon tak seimbang itu yang timbul banyak bercelaruan.


Mega ratu ini sebenarnya formulasi baru bagi Royal V.  Up grade bukan hanya pada formulasi, tetapi bahan dan semestinya untuk fungsinya sekali dan sebab tu harganya mahal sikit daripada Royal V.
Sebenarnya baru nak mencuba, nanti kita tengoklah hasilnya.  Mungkin bagi yang ada sakit kronik cepat kot boleh nampak kesan, tapi bagi yang sihat patut juga amalkan untuk elakkan dapat benda tak baik kan.  Sindrom monopous terutamanya wanita yang dekat-dekat nak sampai ke fasa itu.
Wassalam.

Sunday, 16 June 2019

Salam Idul Fitri 1440H

Assalam...
Hari ini dah 12 syawal 1440H, sudah ada kawan-kawan yang menyambut raya sebanyak dua kali selepas puasa 6 di bulan syawal.  Tapi masih suasana raya kan, selamat hari raya dan maaf zahir batin atas salah silap selama ini.  Tahun pertama saya merasakan bagaimana perasaan hambarnya untuk berhari raya kerana sudah tiada insan bergelar ibu dan kakak.  Sejak bulan puasa lagi, perasaan macam serba tak kena, tiada juadah meriah seperti selalu.  Tahun ini berbuka puasa dengan apa yang ada sahaja, tetapi rasanya paling best sebab dapat selalu pergi terawih dengan en.Abe banding sebelum-sebelum ini pergi asing-asing sebab dia kerja petang.  Walaupun tahun-tahun sebelum ini  jarang beraya bersama ibu bapak sendiri, tetapi segala persiapan raya ada tempat untuk kita kongsikan, pagi-pagi raya ada no yang untuk dihubungi.  Hambar dan tak fikir nak buat persiapan apa, usah tanya pasal kuih raya, baju raya atau menu pagi raya, semua itu tiada dalam fikiran hanya fokus pada kerja. Berulang kali dipujuk untuk pergi mencari persiapan raya, berulang kali juga menolak.  Lagi 2 hari nak raya, baru nak ikut mencari baju raya, tengah-tengah malam ke jalan tar, kalau boleh nak minta tokeh jakel buka sampai pagi.

Usaha untuk membangkitkan suasana raya dan bagi bapak merasa suasana beraya bersama kami tahun ini, saya minta tolong kawan buatkan burasak dan tumbuk.  Jika saya sebarang juadah susah memadai, tetapi sebagai orang tua yang sudah terbiasa saban tahun dengan juadah sebegini ditambah lagi dengan keadaanya yang kurang sihat, haruslah kita usaha sedikit.


Hari raya ke-4, hari nak balik kampung baru dapat buat yang ini.  Cukuplah sebagai buah tangan untuk orang raya kemudian, tahu kat kampung dah banyak, adik-adik beli banyak sebelum raya tapi kan yang ini lain dari kita sendiri. 


Hanya ini juadah yang mampu disediakan pada raya ke-2, semasa sepupu datang beraya ke rumah dan melawat bapak.  Masak ala kadar saja untuk mereka, sambal ayam, lontong dan lodeh malu nak bergambar bersama.


Sepatutnya pagi hari raya ke-2 saya balik kampung di Sandakan untuk beraya dan uruskan beberapa hal.  Burn kan saja cuti dan tiket sebab serba salah nak tinggal bapak yang nampak keadaan kesihatannya semakin merosot sementara en.Abe pula kena kerja sampai ke malam waktu itu.  Bila hari nak balik kampung di Pahang, Alhamdulillah dia nak ikut, kalau tidak memang merap kat rumah lah kami berdua.


Dapatlah sehari berkumpul dengan adik-beradik en.Abe.  Sebelum mereka bertolak balik KL, kami sempat pergi beraya ke kampung budu.  Mana yang datang beraya awal lagi tu memang tak sempat jumpa lah.  Di kampung sekarang musim kuini, hari pertama dapat kutip lebih sepuloh biji, dapatlah bagi-bagi dengan mereka yang nak balik dulu, harap-harap esok banyak lagi akan gugur.


Kali ini dapat beraya 2 hari saja di kampung, walaupun en.Abe masih ada cuti 2 hari, tetapi saya pula dah kena kerja hari selasa.  Hari isnin disangka kan lebuhraya LPT tu dah kurang kenderaan ternyata masih banyak dan mula sesak sebelum Dong, Raub.  Kami cari jalan alternatif lain turut mendorong jumpa gerai tepi jalan yang jual musang king, sesekali layankan saja walaupun mahal.  Tepi jalan Kuala lipis - Bentong memang banyak gerai durian tapi kami kan dah tak lalu jalan tu.


Mengikut info trafik dan kakak yang keluar 2 jam lebih awal dari kami masih tetapi dia masih stuck dalam jam di bentong, maka kami terus cari jalan lain.  Sanggup lalu jalan berliku dan agak jauh melalui jalan Raub ke Bukit Fraser ke Kuala Kubu Baru daripada merangkak dalam jem.  Kami sampai lembah Klang sama waktu dengan kakak, masih awal lagi hari tu sempat lah terus beraya ke rumah sepupu di Kapar.

Walaupun cuti raya kami singkat, Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan keluarga.  Cuma masih ralat tak dapat balik Sandakan untuk berjumpa keluarga di sana berhari raya dan berkumpul di majlis kenduri kawen anak sepupu.
Wassalam.