Wednesday, 29 April 2020

W-W: Eskrem Malaysia

Assalamm...
Musim PKP teringin sangat nak makan eskrem malaysia, tak tahu lah kenapa.  Biasa tak kisah pun walau ada depan mata, mungkins ebab cuaca panas kot.  Orang tu balik kerja minta dia pusing sampai petronas tol subang sebab hari tu nampak ikat ada jual kat sana.   Sabar saja lah melayan karena mengalahkan orang bunting sulong.

Puasa-puasa ini cukuplah teringin tu, kita buat air lain lah pula.  Kesian orang tu nanti kena curi-curi keluar cari eskrem.
Wassalm.

Saturday, 25 April 2020

Kari Kambing Tanpa Santan

Assalamm...
Ada satu restoran mamak dekat kawasan kita orang ini yang kami suka dengan kari kambingnya, lagi satu suka makan kat situ sebab harga murah banding dengan tempat lain.  Kalau makan nasi kandar kat situ mesti ambil kari kambing, kadang tapau bawa balik penuh plastik pun dia kira harga murah jer.  Minggu lepas tiba giliran saya bekerja, dan sepanjang tempoh tu memang kena lah bawa bekal dan salah satu lauk bekalku adalah kari kambing.  Nak buat ala-ala kari kambing mamak, en.abe tolong masakkan kari tanpa santan.  Terpaksa lah korbankan lamb shoulder chop yang di beli dengan niat grill lamb chop dan kari.



Kari Kambing Tanpa Santan
Sumber: Chef Nas

Bahan-bahan
300gm kambing - potong kiub
2 biji ubi kentang - belah 4
2 ulas bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
3 sudu serbuk kari daging
1 sudu cili boh
1 tangkai daun kari
Sedikit rempah 4 sekawan 
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara Penyediaannya
* Blend bahan bertanda '*'.
* Tumis empat sekawan dan daun kari.  Masukkan bahan blend, cili boh dan tumis hingga wangi.
* Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan campur dalam tumisan.  Tumis lagi hingga naik minyak.
* Masukkan daging kambing dan ubi kentang.  Tambah air jika perlu. Masak hingga ubi dan daging empuk.
* Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.  
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.


Sebab stock lamb chop tu ada 3 keping jer walaupun dan di potong-potong, still sikit jadi kita top up dengan ubi kentang.  Kari kambing banyak lah jadinya dan boleh makan ulang-ulang.
Wassalam.

Friday, 24 April 2020

Puding Karemel (Puding Susu)

Assalamm...
Bila ada yang kata nak makan puding karemel saya dengan senang hati terus sediakan, sebenarnya dah berkira-kira sejak beberapa hari lalu nak buat yang ini.  Bahan-bahan pun mudah dan sentiasa ada stok dalam dapur.  Masih mengguna pakai resepi yang jadi rujukan sejak dulu di sini dan ubah sedikit sebab nak kurangkan rasa manis.



Sebelum ini selalu sediakan dalam satu loyang besar, kali ini guna acuan kecil seperti dalam gambar.  Dapatlah 3 biji puding, lebih mudah untuk di hidang dan senang nak simpan jika tak habis almaklum peti ais sejak-sejak PKP nie, sentiasa sesak nafas, sendat dan padat.


Puding Karemel (Puding Susu)
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan air
1/2 cawan gula untuk karemel 



Cara Penyediaannya
* Masak gula hingga jadi karemel dan lapiskan di bahagian dasar dan tepi acuan.
* Sediakan pengukus.
* Dalam mangkuk campurkan telur, susu, air dan esen vanila.  Gaul sebati dan tapis adunan.
* Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus.  Balut tutup kukusan dengan kain muslin supaya air tak menitik atas puding.  Boleh guna foil atau cling wrapp untuk cover acuan.
* Kukus hingga masak lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
* Keluarkan kuih dari pengukus dan sejukkan.
* Hidangkan atau sejukkan ke dalam peti aos terlebih dahulu.


Semalam ada baki seketul lagi dalam peti ais.  Boleh hidang untuk sungkai hari pertama ramadhan, puasa tahun ini musim PKP yang akan dilajutkan lagi 2 minggu sehingga 12 Mei.  Tak apalah kita stay at home yang penting kita terselamat daripada virus covid-19 tu.
Wassalam.

Nasib Kebunku


Assalamm...
Konon-konon nak berkebun, tapi terbengkalai, separuh jalan.  Belum cukup tanam pokok dan menjadi sudah terbiar dipenuhi lalang.  Last pergi meracun lalang pertengahan januari hari tu, lepas tu sibuk entah ke mana-mana dan PKP pula berlangsung serta bersambung-sambung.  Sesekali ada juga niat nak curi-curi pergi ke sana, tapi ingat kita ini dalam zon merah dan sana tu pun zon merah, tak pasal-pasal kena saman merayap tanpa sebab yang kukuh.  Jadi begini lah keadaanya subur dengan lalang.  Beberapa hari sebelum timbul isu denggi di kawasan sana, kami dah minta tolong jiran hantarkan gambar terkini.

Dalam group whatsapp penduduk sana, ramai yang komplen isu denggi antara sebabnya unit-unit kosong di ground floor rumput panjang di belakang rumah.  Alamak kami pun terkena sekali lah nampaknya, walaupun mereka tak sebut unit kami secara spesifik.  Sebelum ini kami memang jaga sangat, setiap minggu datang merumput dan bersihkan rumah, tapi sebab PKP ini tak dapatlah kami nak ke sana.


Dengan bantuan jiran juga kami upah orang meracun tanah sekangkang kera tu, dengan upah RM50.  Harap tak diracun pokok-pokok celah lalang yang ada, dua gambar kemudian ini kesan setelah diracun.  Sekarang ini, berlapang dada saja lah, pokok mati, boleh disulam dan tanam lagi dengan pokok lain, jika nyawa melayang tiada galang gantinya.


Moga pokok durian belanda itu dapat bertahan dengan cuaca panas sekarang.  Ingat yang baik-baik saja, agaknya jiran nak tolong siram pokok sampai timba jatuh terpelanting.

Terima kasih lah jiran tolong up date pasal laman kami kalau ada apa-apa.  Maaf juga buka sengaja nak biar lalang bersuka ria, faham sajalah keadaan tak memungkinkan kami untuk datang bersihkan laman tu.
Wassalam.

Thursday, 23 April 2020

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1441H (2020)


Assalamm...

Ramadan kali ini peluang untuk kita menghayati erti sebenar bulan mulia yang dianugerahkan Tuhan.

Kita memiliki banyak waktu untuk bersendirian bersama al-Quran setelah sekian lama mengabaikannya atas alasan sibuk dengan keduniaan.

Kita tiada bazar untuk berpesta dengan juadah makanan. Syukur pada Tuhan yang telah memberi peringatan, bulan Ramadan bukan bulan melahap makanan.

Kita banyak memikirkan nasib mereka yang terkesan dalam kesusahan. Sana sini ramai yang menghulur bantuan. Ya, begitulah semangat sebenar bulan Ramadan.

Kita tidak sibuk memborong pakaian dan perabot baru yang sebelum ini menjadi tabiat yang tidak mampu kita tinggalkan. Barangkali kini baru kita terkenang nasib mereka yang kesusahan.

Tahun ini, tahun 2020 ini kita berpeluang melihat sisi Ramadan dan Aidilfitri yang berbeza dari kebiasaan. Kita berpeluang untuk mengerti, teras syariat dan ibadah adalah sunnah baginda SAW sebagai ikutan.

Sekiranya ia tidak buat kita berfikir, bermuhasabah dan semakin mendekati Tuhan al-Rahman...Bila lagi?

Selamat menyambut Ramadan yang penuh barakah semua.

#stayathome
#staysave
#kitajagakita
#bersamaperangicovid19
#kitamestimenang 

Wassalam.

Wednesday, 22 April 2020

W-W: PKP

Assalamm...
Pekit Kuih Penyaram (PKP), rupanya ada pertandingan yang di anjurkan oleh FB - Lubuk Anto Info (15-28 April 2020) tentang kuih ini patutlah asyik lalu lalang jer kat wall.

Saya tak ikut pun pertandingan tu tapi sebab saya suka makan tu yang rasa ngences bila tengok bayang-bayang kat wall.


Terlebih rajin pula, dari satu adunan bahagi buat sampai 4 perasa, penyaram susu (hijau), biasa (putih), coklat dan keledek (purple). Resepi boleh tengok kat sini, sini dan sini.

Walaupun selalu buat, tapi hasilnya macam-macam bentuk kejadian.  Kadang menjadi cantik kadang kureng, tapi sebab nak makan sendiri ok lah.
Wassalam.

Tuesday, 7 April 2020

Loa Mandre: Nasi Arab Wadi Qudaid

Assalamm....
Ada rasa nak makan nasi arab lah, aaish duduk rumah diam-diam ini macam-macam lah yang teringin tu.  Alasan nak keluar le tu, cari-cari dalam aplikasi grab radius 10km takde pula restoran nasi arab yang beroperasi, nasi kandar banyak lah.  Takpe lah kita buat kerja baling belakang lah (TB) makan nasi arab di Wadi Qudaid.  Rasa-rasanya ramai yang pernah yang pernah singgah sini, kedai makan yang selalu jadi persinggahan jemaah umrah dari Madinah ke Mekah.  Singgah rehat, makan, ke bilik air dan sholat magrib. 



Suasana senja di luar restoran, jemaah yang dah ready, sedang rehat-rehat sambil menuggu makanan dan waktu maghrib.


Mutawwif dah pesan sampai saja di sini elok semua buat urusan ke bilik air terlebih dahulu sebab kat sini kena beratur panjang.  Yang ini semua sudah sttlekan urusan di bilik air dan bersiap untuk makan dan sholat bila masuk waktu.


Sedulang nasi arab untuk 5 orang, berlauk kan ayam panggang, ikan goreng talapia dan sedikit acar.  Nampak plan jer kan tapi sedap sebenarnya, ada yang tak makan ikan dalam group kami tu rupanya.  Tak habis pun kami makan berlima, yang lebih saya tapau tak baik membazir.


Ini nasi arab jenis apa ya, mandy? kabsah? bukhari? mansap? atau maqlubah?.  Tak kisah lah, semua jenis pun suka dan pandai makan saja.


Bismillah jom kita makan, ada juga yang pergi sholat dulu lepas tu baru makan.  Di sini sholat kena berganti-ganti sebab tempat agak terhad, jemaah pun bukan dari group kita saja, macam-macam group dan negara ada. 


Suasana senja di padang pasir yang cantik, walaupun hanya sekejap dapat merasainya.


Santai abang-abang ini di hamparan permaidani sambil menunggu kawan-kawan lain selesaikan sholat maghrib.

Selesai urusan, mutawwif pesan terus naik bas untuk kita teruskan perjalanan menuju Mekah dan tolong pantau kawan masing-masing yang duduk di sebelah dah naik bas atau belum.  Tapi biasalah kalau dah ramai-ramai ada macam-macam karenah yang menyebabkan kita lambat sedikit, cari bas tak jumpa dan sebagainya.
Wasalam.

MasaK Lemak Perut Dengan Kulat Sisik

Assalamm...
Musim duduk diam di rumah, musim untuk lupuskan harta karun yang menghuni peti ajaib rumah saya.  Antaranya 2 penghuni ini, perut lembu dan kulat sisik.  Pemberian mertua suatu masa yang lampau, tapi masih terpelihara kesegarannya.  Sebenarnya saya tak tahu nak olah macammana benda ini untuk dijadikan 2 in 1.  Kulat sisik tu memang suka dan selalu buat sambal, tapi memandangkan bahan pun terhad jadi kita hold dulu menu tu.



Berbalik pada perut lembu pula, buat kerabu oh no saya tak pasti jika hasil yang saya buat nanti boleh diterima tekak atau tidak.  Nak rebus dan cicah air asam pun macam tak boleh terima juga masa ini, yang terlintas sedapnya jika masak lemak campur dengan nangka muda.  Tapi di manakah nak dapat nangka muda waktu-waktu macam ini, sayur yang biasa pun banyak yang tak nampak bayang di supermarket.  Try and error saja lah gabungkan 2 benda ini, untung sabut timbul untung batu masuk dalam tong sampah.


Masak Lemak Perut Dengan Kulat Sisik
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1/2 kilo perut lembu - bersih dan telah direbus
2 genggam kulat sisik
1 kotak kecil santan
1 batang lobak merah - potong
10 biji cili padi*
2 biji cili merah / hijau*
2 batang serai*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
Halia sedikit*
Garam
Garam dan serbuk perasa

Cara Penyediaannya
* Kulat sisik perlu dibersihkan dan rendam terlebih dahulu.  Stock saya tu dah kering jadi kena rendam lama sampai kembang.  Cuci hingga air bilasan tu jernih.
* Potong perut yang telah direbus.
* Blend halus bahan bertanda '*'
* Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik bau.  Tambah sedikit air.
* Masukkan kulat, lobak merah dan perut.  Masak hingga lobak lembut.
* Masukkan santan, garam, gula dan perasa. 
* Biar mendidih sekejap sambil pantau santan tak pecah minyak.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.

Memang besar sangat harapan hasilnya nanti dapat di terima oleh tekak sendiri, sebab dah masak seperiuk besar.  Tapi sendiri tak tahu nak bagi rate ok atau ko sebab tak pernah lagi makan yang macam ini.  Jadi kita tunggu orang tu balik kerja tengok feedback dia macamana.  Uhh pedasnyo, ulang ayat sama beberapa hari, tapi ujung-ujung tu dia kata rasa sedap dah tapi tak boleh makan pedas....erm, gulp, gulp. 
Wassalam.

Monday, 6 April 2020

Kuih Sago

Assalam...
Secara jujur saya tak pernah buat kuih ini, selalu makan yang orang buat atau pun beli.  Pernah jumpa MIL buat untuk jualan bulan puasa tapi dapat tengok hasilnya saja step awal termiss lah pula.  Saya hanya sempat tengok semasa MIL potong dalam dulang dan gaul dengan kelapa parut, tak tahu sama ada MIL kukus sago dalam dulang atau masak sagu terlebih dahulu baru tuang ke dalam dulang.  Sebarang kuih sago memang suka dan dari kecil memang selalu jumpa pencuci mulut yang diletakkan sago, arwah mak pun suka letak sago dalam pengat dan dia pernah ajar cara buat sago daripada pati ubi kayu.

Ada orang minta buatkan, mulanya nak menolak tapi tak sampai hati.  Nak tolak sebab takut bagi harapan dan hasilnya tak seperti yang diharapakan nanti.  Harus bertanya pada siapa? tanya MIL dia tengah sibuk pula, tak mau kacau last-last tanya lah encik google.  Memang banyak resepi kuih ini yang telah share, tapi saya nak cari tips-tips membuatnya.  Kadang nampak simple tapi kalau tak kena gaya, tak menjadi kuihnya.


Antara tips yang saya dapat hasil mengoogle adalah cara kukus sago dalam bekas kecil, mudah untuk di olah dan elakkan kejadian melekit-lekit pada tangan dan peralatan.  Satu lagi untuk dapat pastikan sago masak rata berbanding jika dimasak jika ukuran air tak betul kuih menjadi terlalu lembik atau biji sagu tak masak sempurna.  Untuk kelapa parut pula supaya tahan lebih lama adalah dengan cara mengukusnya sekejap.  Tapi satu yang saya kurang suka, bau kelapa parut tu akan berubah jadi macam tengit walaupun rasanya tetap sama.   Jika nak buat sedikit untuk family lebih baik guna kelapa fresh dan tak perlu kukus, tapi jangan simpan lama-lama, kena habiskan cepat.


Kuih Sago
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
200gm sago
Gula secukupnya
1/2 biji kelapa parut putih
Sedikit garam


Cara Penyediaannya
* Basuh sago dan toskan.
* Sediakan acuan dan pengukus.
* Campurkan dengan gula, gaul rata, gula tu ikut manis kuih yang dikehendaki.
* Isikan sagu dalam acuan (saya guna acuan kuih lompang) dan kukus hingga masak lebih kurang 15 - 20 minit.
* Gaul kelapa parut bersama garam.
* Keluarkan kuih dari pengukus dan tunggu suam baru keluarkan dari acuan.
* Salut kuih dalam kelapa parut secukupnya dan bolehlah dihidangkan.

Selain kuih welcome-welcome bawang (jemput-jemput bawang) saya rasa ini antara kuih jimat belanja yang boleh disediakan untuk seisi keluarga.  Para bunda sekalian selamat berkreasi di dapur.
Wassalam.

Cucur Cempedak..

Assalam...
Jangan tanya sekarang ada musim cempedak ker tak? diam-diam sudah kalau anda tahu sekarang bukan musim.  Itu maknanya draft entry lama yang berkarat dalam folder, hehehe.  Sekarang kalau tidak silap baru nak masuk musim buah mangga, iklan harum manis Perlis dah banyak lalu lalang dekat wall.  Musim mangga tu macam pengenalan untuk musim buah akan datang tak lama lagi termasuk lah buah cempedak.


Saya masih ingat buah cempedak ini mak andak bagi dari kedah.  Busuk juga lah kereta nak bawa benda ini, tapi sebab suka jadi tidak kisah lah.  Buah mengkal belum masak waktu itu, mak andak pesan bungkus dengan surat khabar dan biar dalam sehari dua lagi.  Terlupa akan buah ini sebab bau dia tak kuat sangat, isi buah dah benyek sangat dan tak sesuai dah kalau nak goreng sebiji-sebiji begitu.


Cucur Cempedak
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Isi cempedak lenyek
Tepung gandum
Gula
Garam
Sedikit soda bikarbonat
Telur (jika suka)
Air
Minyak

Cara Penyediaannya
* Pisahkan biji cempedak dengan isinya, lenyek isi cempedak  sampai hingga halus.
* Masukkan soda, gula, garam, telur dan tepung gandum.  Tambah sedikit air jika perlu.
* Gaul sebati hingga jadi doh macam buat cucur.
* Goreng dengan minyak penuh hingga warna kekuningan. 
* Toskan minyak menggunakan tisu dapur.
* Hidangkan.

Ok sudah siap cucur kita, tinggal tunggu teh 'o' panasnya siap.  Jom kita minum petang kejap lagi.
Wassalam.

Salmon Grill With Monggolian Sauce.

Assalam.
Sudah 18 hari PKP berjalan, walaupun angka pesakit yang sembuh makin ramai tetapi angka kes baru dan kehilangan jiwa juga turut meningkat.  Kawan-kawan yang duduk di rumah tu makin semangat lagi ke dapur atau dah lemau nak susun menu apa nak hidang.  Hari-hari makan menu kampung, jom tukar kepada menu western, option bagi mereka yang nak lari daripada mengambil nasi.  

Salmon Grill With Monggolian Sauce
Sumber: Chef Nas

Bahan-bahan
2 hiris ikan salmon
2 sudu tepung gadum
Garam dan serbuk lada hitam
Sedikit minyak / majerin
1 biji ubi kentang*
5 biji baby carrot*
5 tangkai kacang buncis*
Hirisan kobis ungu
2 biji cery tomato 
2 ulas bawang putih goreng
Sedikit mixed herb 

Cara Penyediaannya
* Lumur ikan dengan tepung gandum yang telah dicampur dengan garam dan serbuk lada putih.
* Guna non stick pan, panaskan sedikit minyak / majerin dan grill ikan.  Balik-balikan ikan agar masak sekata.
* Sediakan sayuran, celur atau rebus sayur bertanda '*'.  Perhatikan sayur jangan over cook dan benyek.
* Sayur yang telah dicelur, gaul sedikit minyak zaitun dan mixed herb.
* Hidangkan ikan bersama dengan sayur-sayur dan sos monggolian.

Bahan-bahan Untuk Sos
3 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
Tomato sos
Cili sos
Serbuk lada hitam
Madu 
Garam dan gula
Minyak zaitun

Cara Penyediaannya
* Blend bahan bertanda '*'.
* Panaskan sedikit minyak, tumis bahan blend.
* Tambahkan tomato sos, cili sos, serbuk lada hitam. Tumis sampai pekat.
* Tambahkan garam gula dan madu.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.

Sekadar cadangan dan perkongsian menu yang boleh disediakan.  Harap takdelah yang kecam sebab ini boleh dianggap sebagai hidangan mewah bagi golongan B40, bagi yang mampu tiada masalah kan.  Tapi sebagai option kita boleh jer tukar ikan tu kepada yang lebih murah macam ikan talapia atau dory.
Wassalam.

Sunday, 5 April 2020

Loa Mandre: Aunty Aini's Cafe

Assalamm...
Hari tu en.Abe tanya kat mana tempat Gordon Ramsay belajar masak rendang dengan seorang makcik tu, boleh lah masukkan dalam list.  Kalau nak pergi sempat lapar 2 kali lapar sebab jauh kan, nak pergi saja-saja tak lah kot.  Tapi sejak akhir-akhir ini banyak kali pula berjalan ke area sana mengantar adik balik hostel di USIM dan ulang- alik Seremban melawat mak teh hari tu.  Tapi yang kami singgah bukan atas urusan 2 tu, ini secara tak sengaja lalu cafe ini sebab nak cari kedai aquarium.


Sanggup pusing balik sebab katanya ini lah rezeki, lama dah plan nak datang, tapi tak menjadi.  Cari benda lain Allah bagi jumpa yang lain, memang murah rezeki petang tu.


Tepi jalan cafe nampak dah pernuh kereta parkir, tapi tak apa sebab ada jer parkir khas untuk pelanggan Aunty Aini's Cafe di lot tanah sebelah.


Baru lepas hujan petang tu dan semua meja di tempat berbumbung sudah penuh.  Pekerja dia baik jer lapkan kerusi meja dan carikan kami di sudut yang dekat dengan tempat berbumbung, in case hujan turun kami tak perlu pindah jauh-jauh.


Mari teruskan baca senarai menu, semua harga pun ada di paparkan dalam buku menu.  Sempat ker nak kira bajet.


Yang ada tanda gambar api tepi menu tu adalah menu recommendation  by chef.


Sudah lewat petang, jadi kita order makanan sebagai menu makan malam terus lah.


Pencuci mulut tak orderlah sebab dalam kereta masih ada berbaki keria antarabangsa dari Melaka.


Ini lah menu pilihan kami petang tu,


Minuman kami, petang tu baru lepas hujan lebat, jadi kita panaskan badan lah dengan air suam dan teh 'o' panas.


Mee kari.


Ikan jenahak asam pedas.


Kerabu pucuk paku dengan kerang, bagi 2 jempol sebab sedap sangat.


Sambal sotong, mula order udang galah goreng tapi diberitahun tiada stok petang itu.


Belakang dinding itu adalah dapur cafe.  Masa pilih-pilih menu, kami tanya lah adik tu aunty Aini ada ker, dia ker yang masak?  Aunty Aini ada kat bilik dia, orang lain yang masak kak.


Walaupun lokasi dia agak jauh tapi ramai pengunjungnya.  Almaklum kawasan sekeliling ini kan banyak kawasan perumahan dan berdasarkan kereta yang parkir di luar, nampak orang have-have yang ramai datang sini.

Tu alamat cafe jika berhasrat nak pergi, pergi selepas habis musim covid-19 ini.
Wassalam.