Thursday, 31 December 2015

Alhamdulillah.....Pengakhiran Tahun Yang Baik

Assalam...
Saya ini bila nak tiba hari-hari terakhir hujung tahun sentiasa berdebar-debar, hari paling gawat, hari paling risau selagi tugasan di penghujung tahun tidak selesai.  Kalau kawan-kawan lain sibuk merancang nak menghabiskan saki baki cuti atau buat gathering bersama keluarga, saya tak boleh...huhuhu.
Hari ini, hujung tahun ini dah tugasan tu dah selesai tanpa sebarang isu, walaupun tak settled sepenuhnya.  Sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega, kerja seterusnya takpe boleh diteruskan.  Jadi petang ini dah free, takde siapa-siapa nak ajak saya pergi count down ker???..:).
Wassalam..

Monday, 28 December 2015

Walimatul Urus...

Assalam...
Kerja walimah mereka ini dah sempurna pada hujung bulan november lagi.  Ketiga-tiga pasangan pengantin adalah sahabat en.Abe, sahabat satu kampung dan sahabat sejak zaman belajar dulu.  Walimahtul urus yang pertama di kampung Pahang pasangan Wan Zaki & Mimi.  Kira ini member baik susah senang berdua, sepusat sepusing lah dua orang ini.  Aku pegang rahsia hang, hang pegang rahsia aku, gitulah gamaknya.
 
Kalau kenduri di kampung ini memang best, walaupun sederhana tapi meriah, menu kenduri lagi sedap dapat makan gulai kawah.
 

Pasangan kedua  - 
Gusti Ahmad Rashdan 
& Nuraziyani Abd Hamid,
Pasangan ketiga - 
Aizat Hanafiah & Nurrizati Amirah. 
 
Hailahh depa nie, boleh pulak depa ni pilih tarikh kenduri selang sehari jer.  Berentap ker apa diorang nie?.  Nasib ler dekat-dekat jer sepasang kat Ampang sepasang lagi kat Subang.
Apa-apa pun, semuanya dah selamat.  Selamat menempuh alam rumahtangga bersama pasangan masing-masing.  Maaf jugak pada yang menjemput kerana kami tak dapat hadir pada hari walimah anda.  Yang di Paloh, Melaka, Penang dan Kelantan.  Ada yang bersamaan tarikh mahupun jarak dan masa.
Wassalam.

Sunday, 27 December 2015

Kek Pisang Coklat Urai

Assalam....
Sila jangan bosan, asyik cerita pasal kek pisang jer, nak settlekan sementara masih panas-panas, kalau peram lama-lama tak jadi entri nanti.  Kali ini konon-konon nak buat yang lain dari kek pisang yang lepas, tapi cari punya cari, resepi lebih kurang jer.  Resepi untuk kek dan apam pisang lebih kurang jer.  Nak buat apam malas nak tunggu ketika mengukus.  So kita jumpa resepi yang letak parutan coklat yang lepas itu saya tukar guna coklat urai (nama pun saya tukar sikit) alasan malas lagi nak parut coklat.
 

Kali ini guna pisang rastali, yang ada orang panggil pisang keling atau pisang lemak keling, curlass kan.  Orang melayu punya pisang dah bagi kat pak abu agaknya.  Resepi saya guna dari blog cik siti.  Buat double resepinya, alasan sama jer yang lepas.
 


KEK PISANG COKLAT URAI
Sumber: Cik Siti


Bahan-Bahan
200g pisang rastali/emas/berangan 

180g tepung gandum *
160g gula 

3 biji telur 
120 ml minyak
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil ovalette
1 sk esen vanilla
Secubit garam
Sedikit parutan coklat masakan - saya ganti guna coklat urai (chocolate rice).


Cara Penyediaan
*  Lenyek pisang terlebih dahulu
*  Ayak bahan2 bertanda *
*  Dalam bekas pengadun, masukkan kesemua bahan (kecuali coklat) dan putar laju hingga sebati dan kembang.

*  Masukkan parutan coklat dan gaul menggunakan spatula.
*  Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser. 

*  Bakar dengan suhu 165C selama 45 - 50 minit (ikut oven dan kebiasaan masing2).
*  Kalau guna cawan muffin, isi 3/4 bahagian (atau kurang sikit) dan bakar selama 20 minit.

 

Seperti biasalah nak perabih tu kan, tapi kali ini jauh sikit perginya.  Bekalkan sikit pada orang yang nak balik kampung sambut krismas dan untuk orang yang tengah mabuk-mabuk mengidam.
Wassalam.

Terima Kasih Zilla....

Assalam...
Saya kenal buku ini kerana terbaca entri Zilla - mystoriesmories  berkenaan buku Bulan Terbelah di Langit Amerika.  Kebetulan masa tu dekat-dekat ketikanya kami nak pergi Bandung, jadi guna kesempatan tu untuk mencari buku ini di sana.  Jadi kalau ada orang yang bertanya saya pergi sana shopping ape? Ha inilah dia, saya beli buku jer, 2 buku tulisan Hanum Salsabiela Rais dan suaminya Rangga Almahendra bersama 2 lagi buku lain.  Ikutkan hati nak borong banyak lagi buku di Gramedia tu, tapi rupiahnya ngakk cukup, waduhhh.

Saya suka buku-buku macam ini, travel menjejaki keagungan Islam diluar bumi anbiya.  Bukan macam novel cinta biasa, anda tidak akan terbang diawangan berangan akan hero handsome, macho, bergaya dan kaya.
Wassalam.

Kek Pisang Lembut

Assalam.....
Lambakan pisang perolehan dari kiriman mertua di kampung dan ditempat kerja.  Nak simpan lama dah tak boleh, nak makan begitu saja memang tak terhabis.  Ketika itu pula terlalu sibuk keluar pagi balik malam tak memugkinkan nak beramah tama dengan jiran sebelah.  Merajinkan diri di malam-malam buta agar rezeki tak terbazir begitu saja, dah berhasil nanti bolehlah dikongsikan dengan rakan sekerja dan jiran.  Maaf jiranku jika daku menganggu tidurmu ketika proses ini berlangsung. 


Ada 3 jenis pisang bekalan hari itu, pisang emas, pisang rastali dan pisang montel.  Mula-mula buat pisang emas dulu sebab tu yang masak dulu.  Saya rasa resepi kek pisang ini ambil dari blog Kak Ita Masam Manis.  Adunan saya buat double sebab boleh guna pisang yang banyak dan dapat kek yang besar (tamak pun iya).
 

Kek Pisang Lembut
Sumber: Azlita (Masam Manis)

Bahan-bahan
4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
 
Cara Penyediaan
*  Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C.
*  Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya.
*  Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan.
*   Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan.
*  Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan.
*  Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang.
*   Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata.
*   Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata.
*  Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna.

*  Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter.
*  Tuangkan adunan ke dalam loyang.
*  Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis.
*  Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
*  Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknaya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

 

Kawan-kawan kata sedap, tak tahulah ikhlas atau saja nak beli jiwa.  Tapi yang penting habis daripada membazir, nak harap en.Abe perabih, memang taklah, dia makan sepotong jer.
Wassalam.

Ole-Ole Umrah...

Assalam...
Sahabat dan ahli keluarga telah selamat balik dari mengerjakan umrah.  Sempat berjumpa sekejap di lapangan terbang sebelum mereka balik ke JB, walaupun pada malam itu kami menanti penerbangan yang dijadualkan tiba 10.30 malam mengalami kelewatan hanya tiba 2 jam selepas itu.  Maaflah tak boleh nak berlama-lama sebab keesokan pagi kena kerja dan mereka pun agak keletihan setelah menempuh perjalanan panjang.
Buah zuriat.
Kurma segar yang sangat sedap, sahabat dari ladang ketika lawatan ke ladang kurma.  Tentu mahal harga buah diluar musim ini.
Terima kasih Ma'ani bawakan banyak ole-ole ini bersama sebotol besar air zam-zam, semoga bertambah murah rezeki awak sekeluarga.
Wassalam.

Bulan Penuh 15 Rabiulawal 1437.

Assalam... 
Kemunculan bulan penuh ketika waktu magrib semalam, sangat cantik rasanya.
Mencuba untuk mengambil gambar bulan tanpa ada ganguan garisan-garisan itu.
Relakan saja, kerana garisan itu memang banyak berselirat dan terletak melintang ke arah pandangan merenung bulan.
Sinaran lampu jalan pun seakan ingin besaing dengan sinaran rembulan yang akhirnya berhasil memperdaya.
Bulan yang sama yang muncul ribuan tahun dahulu yang direnung dan menerangi alam, hanya mahkluk dan penghuni alam yang silih berganti.
Wassalam.

Sunday, 13 December 2015

Tetamu Baitullah......

Assalam...
Jumaat lepas sempat ke klia2 berjumpa dengan sahabat bersama ahli keluarganya yang terpilih jadi tetamu Baitullah untuk mengerjakan umrah pada tahun ini.  Menghantar orang hendak berpergian bercuti dengan orang nak pergi umrah atau haji ini, suasana dan feel dia tu lain benar, tapi saya tetap suka.  Teringat di kampung dulu-dulu kalau ada orang kampung yang terpilih menunaikan haji, sekampung akan menjadi pengiring ke airport, memang meriahlah airport tu ketika musim hendak pergi mahupun jemaah dah balik.

Bertuahlah budak Hariz ini, kecil-kecil dah terpilih menjadi tetamu ke Baitullah.  Comel jer bila dia cakap "Mak At nak minta hariz doakan ape kat sane nanti?".   "Hariz tolong doakan Mak At dapat sampai ke sana jugak dalam masa yang terdekat".
Semoga mereka semua dipermudahkan segala urusan dan dapat beribadah dengan sempurna dan memperoleh umrah yang mabrur..Amin.
Wassalam.

Wednesday, 2 December 2015

Buah Apakah?????

Assalam...
Siapa tahu nama buah ini? boleh dimakan, tapi bukan makan begitu saja.  Dijadikan bahan dalam masakan.  Kalau google mesti jumpa, selalu digunakan dalam masakan peranakan atau nyonya.  
Arwah nenek dan mak yang perkenalkan saya makan buah ini (dibuat sambal), tapi tok nek saya bukan keturunan peranakan atau nyonya ya.  Mereka ajarkan saya nama buah ini berubah-ubah.  Klau masih seketul tak keluar biji nama lain.  Bila dah jadi seprti batu begini nama pun dah lain.  Untuk sampai jadi seperti ini melalui proses yang panjang.
Gambar atas, nampak isi yang berwarna hitam, yang asal (belum proses) warna cerah kekuningan.  Ini isi yang paling dalam.  Warna hitam itu terhasil sesudah proses (peram) yang lama.
Wassalam.