Wednesday, 31 July 2019

Lao Mandre: Bayou Timor, Taman Megah

Assalam...
Selalu jer dengar rakan sekerja datang makan di sini, kenapa saya jadi orang terlewat yang datang makan di sini, kurang ingatan kenapa.  Heran juga kenapa tak pernah eh, sebab dekat saja, ke dulu tak geng dengan mereka atau mereka tak ajak saya atau mereka ajak tapi saya tak mau ikut, lepas tu salahkan orang.  Yang lepas, lepas lah usah dikenang usah ditanya.  Resto ini konsep lebih kurang Selero Nogori, selain jual makanan mereka juga jual setiap perabut dan perhiasan yang ada dipamerkan di situ, selagi ianya belum terjual atau tiada tagging "SOLD".

Kerusi meja di dalam resto ini memang tak akan sama dari segi ukiran atau materialnya, bergantung kepada stok yang ada untuk dijual.  Tengok meja tempat kami makan ada hiasan kulit siput. 


Sebenarnya pergi makan tu sebab ajakkan si amoi, kerana dia tidak dapat ikut kami pergi dinner malam tu di hotel.  Dinner sebagai penghargaan syarikat kepada pekerja yang telah bertungkus lumus selama 2 bulan (ramadhan dan syawal) tanpa henti dan raihkan persaraan bos kami.


Antara koleksi perabut dan perhiasan rumah yang ada dijual di sini.  Perabut terpakai dan ada yang baru, so harga tu ada yang murah dan ada yang mahal.  Saya terpikat dengan bekas lilin kaca, tengok harga pun murah jadi boleh lah beli untuk tambah-tambah barang deco tempat kerja.


Rojak buah, tapi cover dengan keropok dan kacang tumbuk, sekilas pandang tak macam rojak buah kan.  Kena lah korek dan korek dalam tu baru tau sedap ker tidak.


Laksa sarawak, portion besar boleh makan 2 orang.


Selalu dah makan abc rasa Malaysia kan, jadi kita order lah ABC Rasa Indonesia.  Tapi hari tu dimaklumkan bahawa avocado out of stock, jadi waiter tu inform diorang akan tambahkan hirisan buah nangka dan laici.  Kiranya best service juga lah kan.


Yang kata nak makan rojak saja, cukup dengan rojak saja, tapi akhirnya minta dibuatkan Rosemary Chicken.  Sesuailah sebab dia memang diet low carb.


Mereka berdua pilih menu sama, Indonesian Fried Rice.  Ciri khas Indonesia tu kena ada sate kan, sate kan mereka punya #hashtagandclaim.


Berkenan juga dengan yang ini, tapi mampu tengok jelah dulu.  Frame tu kayu, tapi kalau jenis kurang rajin bersihkan mudah bersawanglah tepi-tepi tu.


Next kalau nak datang makan-makan sini lagi, kena cari geng-geng yang seangkatan dan sealiran, kalau en.abe mana mau dia datang sini.
Wassalam.

Tuesday, 30 July 2019

Take a Break: Hiking Bukit Tabur

Asssalam...
Tak tahu lah asal plan nak ke sini selalu plan itu jadi berterabur.  Tak menjadi, pernah sekali dah sampai, dah mula nak menapak patah balik, sebab tak sedap hati nampak banyak pita kuning tak bagi masuk, plan lagi hari lain tapi kesudahannya pergi ke tempat lain.  Hari itu dah tekad yang nekad, apa pun kena juga pergi, tak kisah lah tempat ini buka atau tutup.  Sama ada kali ini plan berterabur atau berjaya baca sampai habis ya.  Sebenarnya kawasan Bukit Tabur nak naik kena report ke balai polis berhampiran, tapi sekarang masih ditutup untuk semua aktiviti hiking sampai ke hari ini selepas beberapa kejadian kecelakaan yang meragut nyawa.  Memang ramai juga yang menceroboh, apa-apa berlaku semua atas risiko diri sendiri.


Mendaki sikit, dah boleh nampak beberapa pemandangan cantik, kawasan pusat bandar KL, Empangan Klang Gate dan puncak-puncak bukit sekitarnya.  Di belakang adalah puncak tabur east, hampir naik dah hari tu pandang dari bawah mencanak sangat permulaannya.  Sebenarnya kami tak tahu nak naik ke puncak mana, tapi kami pilih yang dekat dengan pintu Klang Gate (tabur west) trek terpanjang dalam siri bukit tabur.


Sudah sampai ke sini baru perasan ada nombor pada batu.  Nombor apa tak tahu lah, tak kan nombor ekor pula kan.  Ini mesti point-point yang hikers dah tandakan senang nak tahu lokasi jika berlaku apa-apa.


Perlu bersabar bila naik ke sini kerana sebahagian laluan berbatu adalah sempit, curam dan menggunakan tali.  Agak bahaya jika tak berhati-hati terutama jika ramai pendaki, jadi jangan nak berebut sangat ya sentiasa utamakan keselematan diri.


Pemandangan sekitar Melawati dan Kuala Lumpur makin jelas di atas ini.


Sebelum patah balik, abadikan kenangan dulu, bukit belakang tu tunggu lah akan datang pula.


Perjalanan balik baru perasaan satu persatu daripada nombor bertanda pada batu.  Untuk satu pusingan lengkap, kena cari sampai nombor ke 17.


Sampai di bawah baru faham, peta trail bukit tabur west ni.  Patutlah tak rasa macam mendaki pun sekejap sangat sebab kami tak sampai pun habiskan satu pusingan.  Agak-agak kami sampai ke kawasan T6 saja, cuaca panas sangat di atas tu dan bekalan air dah habis, so mari kita kembali ke pangkal jalan. Next time lah, sekurang-kurangnya dah tahu dah sedikit keadaan bukitnya macam mana.

Kesimpulannya bukit tabur walaupun dah sampai dah tak bererabur tapi masih tidak kemas, masih tidak puas hati rasanya sebab buat hanya separuh jalan saja.  Next kena datang awal pagi dan bawa bekalan air yang cukup.
Wassalam.

Ole-Ole Dari Bintulu

Assalam..
Habuan bagi mereka yang tidak dapat ikut jalan-jalan, boleh lah nak minta itu ini, dan dapatlah semua macam dalam gambar (cuma durian tu dari Pahang).   Sebenarnya minta satu saja iaitu buah kristal, tapi dapat sekali dengan dayang-dayangnya, ada yang dibeli ada yang diberi sebagai hadiah oleh orang sana.


Ikan putih (nyok-nyok) tu pun bawah dari sana, tak menahan orang tu tengok harga ikan begitu murah maka dia pun beli dan frozenkan.  Sampai saja buat sup bahagian kepala, nyaman santap tengah malam pun takpe.


Terima kasih cik Ju, bagi kain batik motif borneo, pua kumbu, rempah masak dan keropok perut ayam (nama saja bukan buat dari perut ayam tapi).  Kita tunggu kunjungan balas daripada mereka cuti sekolah hujung tahun ini pula. 


Sebenarnya mereka ke Bintulu tu jalan-jalan sambil melawat bapa saudara en.Abe yang bertugas dan menetap di sana.  Sambil jalan sambil menjalin silaturahim gitu lah ceritanya.
Wassalam.

Saturday, 27 July 2019

Buah Kristal aka Buah Matoa

Assalam...
Pertama kali jumpa dan makan buah kristal ini, nama lain adalah buah kasai, buah matoa.  Tahu nama pun sebab terbaca dalam blog pasal tumbuh-tumbuhan.  Katanya buah ini dah dikenali di negara jiran (Indonesia) dan baru hendak diperkenalkan di perkenalkan di Malaysia, tetapi ada jer di jual di pasar-pasar tradisi di beberapa bahagian di Sarawak mengikut musim, dan salah satu tempatnya adalah Bintulu.  Kebetulan baru-baru ini en.abe ada rombongan cik kiah ke sana, minta lah dia carikan buah ini di pasar dan jumpa sekilo harga RM12.00.


Kulit luar buah tu walaupun licin tapi keras dan susah nak buka untuk mendapatkan isinya.  Ada cara nak dengan senang, ambil dua biji buah dan genggam kuat, kulit sebiji antaranya akan merekah dan pecah.  Ini dah macam zaman kanak-kanak dulu main biji getah, siapa pernah bermain biji getah tu, makna dah tak remaja dah lah.


Antara isi buah dan kulit tu ada lapisan putih, lembut macam span untuk lindungi buah dari cedera.  MasyaAllah, hebat sungguh ciptaan Allah.  Buah yang saya dapat ini mungkin buah yang dah beberapa hari sebab kulit pun dah kurang fresh dan kehitaman, namun isi masih elok dan sedap.


Buah kristal yang sudah dikeluarkan daripada kulit kerasnya.  Isi buah jernih-jernih macam buah longan, tu pasal kot orang panggil nama kristal.  Rasanya pula macam kombinasi rambutan, laici dan kelapa muda, bau tak kuat sangat tapi dapat tangkap macam bau durian.  Sebab itu buah ini dikenali juga sebagai buah 3 rasa, bukana ikan saja yang ada 3 rasa ya, buah pun ada.


Biji benih tu boleh lah semai, kot boleh hidup dan berbuah tak payah pergi jauh-jauh  jika nak makan.  Semoga projek penanam pokok buah kristal yang diusahakan di negara ini cepat mendatangkan hasil.


Wassalam.

Friday, 26 July 2019

Berpuasa Di Bulan Syawal

Assalamm...
Lamanya tak mencoret-coret di sini, mood tak hilang cuma teralih sedikit dengan kegilaan baru dan harap akan stop segera gila itu.  Ini cerita masih bulan syawal, mak ai dah nak masuk Zulhijjah dah.  Tapi tak kisah lah tu, warming up dulu kita cerita pasal makan waktu berbuka puasa di bulan syawal. Lain macam sikit penangan berpuasa di bulan syawal ini daripada bulan ramadhan hari tu.  Ramadhan dengan penuh tawaduk makan apa yang ada, bulan syawal macam edisi balas dendam pula asyik nak makan kat luar.


Di mulakan dengan berbuka makan ikan bakar yang katanya dari Semporna, Sabah (rindu kampung halaman lah tu).  Agak lama dah tak makan ikan belais ini, ikan kegemaran arwah mak saya.  Merasa juga lah makan megi sotong, bagi peminat tomyam mesti mereka suka, tapi bukan saya.


Hari kedua pula, mencari abc sedap di seksyen 6, kota dame (Kota Damansara), gerai tepi jalan jer tapi saya suka sebab murah dan sedap.  Ingat nak makan abc je, tapi bila nampak menu ada bakso dan ayam penyet terus jer on makan di sini.


Hari seterusnya teringat nak makan cendol dan penang kari mee kat Paradigm, jadi jakun sekejap melihat ada banyak tempat makan yang luas dan pelbagai dekat tesco.  Sejak bila kejadiaannya tak tahu lah, nampak sangat dah lama tak datang cuci mata kat sini.  Gambar durian kampung bekalan dari Pahang, ulang makan seulas 2 jer sehari.


Yang dinamakan kemaruk nak makan diluar, singgah kedai mesra pun jadi.  Ini bukan lah berbuka atau bersahur di sini, tapi suatu malam yang dah agak lewat selepas menguruskan sesuatu yang penting.  Menjamu selera dengan roti dengan pelbagai pilihan air di kedai mesra, cuma tak sempat merasa aiskrim malaysia jenama 'ikat'.


Lepas habis puasa kita sambut raya lah kan, ada pula bekalan tapai dalam bungkusan daun getah kiriman dari mertua, cantik dan ngam sangat sambut raya kedua kalinya.
Raya kali kedua ada tetamu yang sudi singgah, terima kasih kak uda sudi singgah, walaupun tiada lemang dan rendang untuk dihidang.  Datang dari jauh perjalanan nak balik pun sama jauh, jadi kita jamulah sesuatu yang berat sikit.  Rezeki tetamu sediakan apa yang ada saja.



Wassalam.

Monday, 1 July 2019

Sekali Sekala...

Assalam....
Sekali sekala dapat melempiaskan nafsu serakah menikmati benda yang disukai tapi tak boleh diamalkan selalu, boleh dimaafkan atau kena tinggal terus?  Tepuk dada tanya selera memang jahanam, tapi terpulang lah kan, dapat gatal sendiri garu lah. 

Kisah makcik pergi hero jumpa udang besar yang boleh dikira harga agak murah dari kebiasaan dijual di mana-mana.  Jika saiz sebegitu di pasar atau supermarket selalu harga sekilo RM50 ke atas, supermarket orang ada-ada tepi rumah harga dekat RM100 macam tu.  Jadi ini jangan pandang saja pilih lah masuk plastik, sebab suka sangat jumpa yang fresh dan harga mampu beli lah, tak sedar dah terpilih lebih sekilo.  Sebalah tu pula terpandang petai, ambil juga sepeket, balik umah terus buat operasi menyambal, jadilah makan nasi penuh nikmati walaupun mendekati waktu tengah malam.


Sambal Tumis Udang Besar dan Petai
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
13 ekor udang besar
3 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
3 sudu makan cili giling
1 biji bawang besar potong bulat.
1 paket isi petai (250gm)
Minyak untuk menggoreng 
Garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara Penyediaannya
* Blend halus bahan bertanda '*'.
* Panaskan minyak dan goreng udang dalam minyak penuh hingga separuh masak atau hingga bertukar warna dan angkat.
* Petai jika suka boleh goreng sebentar dan ketepikan.  Guna minyak bekas goreng udang tadi.
* Tumiskan bahan blend hingga naik minyak, tambahkan cili giling dn kacau rata.
* Tumis dengan api kecil hingga cili masak (naik minyak).  Tambahkan garam, gula dan perasa dan bawang hiris.  Saya tak masukkan asam jawa dan guna garam hanya sedikit kerana cili giling yang saya guna telah dicampurkan dengan asam dan garam.
* Masukkan udang dan petai, masak seketika dan sesuaikan rasanya.
* Tutup api dan hidangkan sambal tumis.

Bak kata kawan saya, jika gatal sebab makan sikit adalah rugi, so makan bagi puashati nanti menggaru pun puashati.  Apa-apa saja lah, yang penting tak sampai memudaratkan kesihatan sampai menyusahkan orang sudah.
Wassalam.