Wednesday, 2 August 2023
W-W: Rumah Senibina Melayu
Tuesday, 1 August 2023
Mee Suah Sup Style Indragiri Riau
Assalamm...
Punya jiran baik satu rezeki lagi nikmat kalau selalu hulurkan makanan pada kita kan. Orang baik kita pun kena lah berbahasa, hormat dan jika mampu cuba balas kebaikan jiran kita itu. Pertama kali jiran bagi saya rasa makan mee suah sup begini terus suka, dia kata ini makanan biasa orang kampung dia di Riau Indonesia. Pernah makan mee suah goreng chinese style sebelum ini, suka juga tapi klau dapat yang sup begini bertambah tambah suka lah.
Mee suah dari gambar google, ada beberapa brand lagi, mudah dapat dekat pasaraya. Jiran saya kata lebih sedap guna yang mee suah halus. Bahan-bahan nak buatnya sedikit dan masa penyediaan yang singkat.
Buatkan bawang goreng homemade begini memang sentiasa yang terbaik berbanding menggunakan bawang goreng segera.
Selalu dia hulur semangkuk yang dah siap masak, tapi hari itu kita pesan lain kali nak masak panggil sebab nak tengok cara buatnya. Senang sangat cik katanya tak perlu resepi lah.
Makan bersama bakso goreng atau bakwan macamni lagi mantul katanya.
Monday, 31 July 2023
Take A Break: Menikmati Senja di Sekitar Waduk Ompo, Soppeng
Petang tu kami memilih untuk berjalan kaki, start dari rumah makcik menuju ke kolam renang Ompo yang sering menjadi tempat riadah penduduk sekitar mahupun dari luar daerah.
Kolam renang utama, juga menjadi tempat latihan kanak-kanak dalam acara renang. Tempat 3 orang anak sepupu, mengasah bakat renang mereka hingga dapat menjadi wakil sekolah, kabupaten mahupun propensi dalam acara renang.
Kolam utama tempat punca mataair terbit tidak dibuka untuk awam.
Ada dipaparkan sejarah asal muasal bagaimana mataair Ompo dijumpai.
Di luar daripada kawasan kolam renang, terdapat tasik dan kawasan hijau yang dikenali sebagai Hutan Kota Ompo, segala pokok kayu yang ditanam telah mereka kenalpasti dan daftarkan.
Di tengah-tengah waduk itu ada bangunan rumah makan tetapi masih ditutup sejak pendemik sehingga sekarang.
Lenguh juga kaki nak mengelilingi tasik dari hujung ke hujung. Memang sesaui kalau nak briskwalk atau jogging waktu pagi atau petang.
Selepas mengitari kawasan tasik waduk Ompo, kami berjalan sehingga pusat kajian Universiti Hassanuddin (kampus vokasi).
Ada beberapa bangunan seperti ini di sini, digunakan sebagai bilik kuliah atau pentadbiran, tetapi ketika kami berkunjung tak jumpa seorang pun yang ada di kawasan ini. mungkin ada hari tertentu saja mereka di tempat ini.
Keluar semula ke jalan utama, akan nampak rumah-rumah penduduk kampung Madello. Kebanyakkan rumah kayu tinggi (rumah panggung).
Mendekati maghrib, jom lah kita balik ke rumah sebab selepas ini kita nak temankan sepupu ke hospital menjaga orang sakit.
Suasana ini saya dapat ketika kunjungan sekejap ke Soppeng pada bulan Mei lalu melawat ibu saudara yang tenat di hospital. Alfatihah untuk arwah Hajah Jumriah Hema (Etta Jume) yang kembali kepada penciptaNya pada 12 Julai lalu, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.Aamiin.
Wassalam.
Sunday, 30 July 2023
Asam Pedas Ikan Parang
Wassalam.
Saturday, 29 July 2023
Kuih Kaswi @ kosui
Friday, 28 July 2023
Cha Ba Ang
Thursday, 27 July 2023
Kenduri Kawen Anak Jiran.
Assalamm....
Hari minggu lepas mmenyempatkan diri dengan jiran-jiran memeriahkan majlis nikah dan bersanding anak jiran kami (Kak Uci). Hajat hati nak pergi pagi-pagi beramai-ramai dengan jiran-jiran boleh lah saksikan majlis nikah sekali, tapi ada hal lain pula, kami dapatnya pergi sebelah petang. Rezeki datang lambat dapat borak santai dengan tuan rumah dan jumpa dengan ex jiran (Kak Ida dan Abang Lan) yang telah berpindah ke tempat baru.
Majlis berlangsung di Tian Nara Event Space, Elmina East. Tempat baru bagi kami sebab pertama kali sampai sana dan tempat tu agak tersorok sikit, nasib pergi tu berempat dengan jiran-jiran. Walaupun tersorok tapi best tempatnya, parking senang, dekorasi dewan pun cantik.
Selamat mendapat menantu Kak Uci, dan untuk pasangan pengantin baru Ferra dan Taufiq semoga mahligai yang dibina menjadi sakinah, mawahdah dan dalam rahmah Allaah Taala sentiasa..aamiin.
Wassalam.
Wednesday, 26 July 2023
W-W: Makcik Kantan
Assalamm...
Suatu hari masuk ke dalam semak kawasan Ulu Dong (kawasan air terjun Lubok Semak), terjumpa satu group tengah membereskan bunga kantan, katanya mereka tengah siapkan untuk peraih dari Kuala Lumpur nak datang ambil. Makcik pun teruja nak ambil gambar, mereka bagi takde masalah nak selfie dengan bunga kantan tu, tapi bila makcik cakap nak beli mereka takmo jual.
Kawasan kampung tu memang banyak sungguh pokok kantan. Kalau dah banyak begini, bukan sekadar buat laksa atau kerabu nak mandi bunga kantan pun boleh.
Mereka tak jual, cukuplah abadi kenangan dengan cik kantan. Cantik juga hand bouquet guna bunga kantan kan?
Wassalam.