Assalam...
Pendakian ke Jabal Nour, bukan seperti hiking yang sebelum-sebelum ini. Mendaki perlu dengan semangat dan penuh keinsafan, hayati kisah Siti Khadijah pada usia lebih kurang 50 tahun dan sedang sarat mengandung berulang-alik untuk berjumpa dengan Rasulullah. Laluan ke atas ketika itu pastilah tidak semudah sekarang ini yang sudah ada tangga. Kami pergi ikut pakej mendaki di sebelah malam selepas sholat isyak dan perlu balik sebelum jam 2 subuh (tidak menganggu waktu sholat). Ada jugak yang pergi ikut pakej mendaki waktu siang, pendakian pada siang sangat mencabar kerana cuaca yang panas hampir 40'C ketika itu.
Di starting point, kita akan lalui kawasan rumah-rumah dan kedai-kedai jualan cenderahati. Selalu kita mendaki melalui belukar atau hutan yang ada pokok atau tanah yang becak, senang nak tergelincir. Di sini walaupun semuanya batu, gunakan kasut yang sesuai sebab ada juga antara kami yang jatuh tergolek di situ. Mula-mula mendaki sebelum sampai ke anak tangga dah mencanak, kalau tak cekal boleh hilang semangat.
Melangkah secara perlahan tapi kena konsisten, insha Allah akan sampai. Walaupun dah kena tinggal dengan group sendiri tetapi ada jer orang dari group lain yang akan kita jumpa atau pendaki yang dah nak turun bagi kata-kata semangat dan tolong suluh tempat yang gelap. Sepanjang jalan saya tak rasa takut sebab kena tinggal, gelap atau sebagainya, lagi pun dekat je jarak antara seorang pengemis dengan yang lain. Mereka ini lah yang mewarnai sepanjang jalan mendaki, mereka betulkan jalan atau simen balik anak tangga yang dah pecah.
Malaysia boleh
Indonesia boleh
Brunei boleh,
Sedekah lah satu riyal, satu ringgit, insha Allah selamat dunia akhirat.
Kata-kata sepanjang jalan yang kita akan dengar dari mulut pengemis yang dah jadi pemastautin di situ. Terasa lucu bila ada yang kata;
"Malaysia tak boleh"
ketika pendaki hanya lalu tanpa meletak sebarang sedekah.
Pemandangan daripada puncak bukit, bila saya sampai tercari-cari mana kawan-kawan yang lain yang sampai lebih awal. Mereka semua dah bergerak turun ke gua hira (kena turun sedikit dari puncak bukit) dan melalui lorong batu yang sempit. Mencabar juga nak lalu di celah-celah batu sempit tu, tambah-tambah bila ramai orang.
Maksimum 2 orang jer yang boleh bersholat sunat di dalam gua tu. Kena lah sabar dan tunggu giliran.
Orang muda kena semangat mendaki sampai ke puncak, jangan nak kalah dengan orang pencen nie kata en.Nuar (tengah, dalam gambar). Memang kuat kederat beliau, cepat jer sampai tinggalkan kami di belakang.
Kak Fatimah pun berjaya sampai, suaminya hanya menunggu di separuh perjalanan.
Satu macam perasaan tu, sukar untuk diceritakan bagaimana perasaan tu bila berjaya sampai ke sini.
Siapa sangka diatas puncak Jabal Nour takde tempat melontar jamra? Selain daripada makanan dan minuman ringan yang mereka jual, segala macam cincin, batu permata dan tasbih ada kat atas tu. Terbeli cincin batu permata yang harga 5 riyal satu, lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai di bawah. Boleh lah buat kenangan walaupun murah.
Jangan lupa bawa duit lebih bila ke Jabal Nour, tak nak shopping bagi lah sedekah kat mereka yang tolong betulkan jalan tu. Kita tak tahu ketika doa mereka di angkat Allah kita antara yang terdetik di hati mereka.
Driver van yang agak "gila-gila" ketika menghantar dan mengambil kami daripada tempat berkumpul ke starting point. Memang rasa nak "terr" cara dia bawa van tu, makcik pakcik mengucap panjang kat belakang. Makin kita minta dia bawa perlahan makin dia pecut dikawasan curam dan selekoh.
Alhamdulillah, selamat sampai ke puncak dan ke Gua Hira walaupun masa tu diserang deman panas. Dak Jasmin yang mulanya tak nak pergi, ikut serta melihat acik yang demam panas pun bersemangat nak pergi. Sepanjang mendaki dia tak tinggalkan saya seorang diri di belakang dan sentiasa tanya samaada saya ok atau tidak.
Wassalam.