Monday, 31 March 2014

Bila Tenaga Tidak Sehebat Dulu...

Assalam...
Last week saya dengan teman pergi jalan-jalan area Jalan TAR dan Sogo.  Dah lama sebenarnya tak mengunjungi tempat itu, setahun lebih tak silap.  Nak kira jauh tu tak jugak, naik lrt dah boleh sampai, banding dulu boleh naik bas dengan perjalanan selama 4 jam semata-mata datang kawasan ini hendak shopping.    Terkadang balik pada hari yang sama menaiki bas paling lewat 12 malam atau menumpang di rumah kawan-kawan sekitar KL, takpun check in mana-mana hotel budget di area ini.  Kerja gila ker tak gila tu.

Sabtu lepas kami hanya berjalan-jalan di sekitar pasar malam dan berwindow dalam Sogo, tiada cadangan untuk bershopping.  Menaiki lrt dari Kelana Jaya dan turun stesen Masjid Jamek.  Dari Stesen lrt  Masjid Jamek kami mulakan perjalanan dengan menyusuri gerai dan kedai sepanjang jalan menghala ke Jalan Masjid India dan Jalan TAR.  Terlalu banyak benda yang menarik minat untuk menjamu mata di sini.
Untuk menjamu tekak kami singgah pekena laksa dan apam balik di pasar malam lepas itu teruskan misi berjalan-jalan hingga ke Sogo.  Makaii luar dan dalam Sogo pun penuh dengan orang, lagi pulak tengah ada sales.  Saya cuma meronta di level yang menempatkan pakaian wanita dan terus ke level 5 kerana merasa kurang selesa dan sakit di bahagian belakang dan kaki.  Berlegar lagi di kawasan ini kerana tertarik dengan susunatur pelbagai jenis pinggan mangkuk yang nampak begitu menarik dengan koleksi yang pelbagai.
Akhirnya saya tewas jugak dek kesakitan yang melampau di bahagian kaki, pinggul dan belakang, kepala dah rasa sakit menyucuk-nyucuk serta pening.  Terpaksa mencari tempat duduk sebelum apa-apa berlaku sambil menunggu teman saya yang belum habis shopping.  Selepas itu kami berehat melepaskan lelah sambil menikmati makanan di food court Sogo.  
Sambil makan, teman saya itu asyik bercerita berkenaan benda dia jumpa tadi dan yang menarik minatnya untuk dibeli.  Sebelum kami melangkah keluar, teman saya minta temankan dia membeli barang yang diceritakan tadi yang membuatkan saya jugak tewas dan akhirnya ikut sama membeli barang itu.  Keluar berjalan kali ini, saya rasa sangat perbezaan diri berbanding dahulu (hanya dari jam 2.00petang hingga 9.00malam).  Agaknya beginilah rasa bila umur meningkat, tenaga dah tak sekuat orang muda.  Kesannya terasa hingga keesokkan hari.
Wassalam.

Unsur-unsur Moden Dalam Perkahwinan Melayu

 Assalam...
Saya suka pergi kenduri kahwin, sesiapa yang menjemput tu in sha Allah akan digagahkan untuk hadir.  Tak kisahlah jemput guna rsvp ker, guna kad, melalui sms, fb mahupun mulut jer, yang penting dijemputkan, sebab kalau kita tidak dijemput, adalah haram kita pergi.  Ini sajalah saya nak bercerita pasal-pasal orang buat kenduri sekarang, banyak sangat beza banding orang dulu-dulu banding sekarang (menyaksikan kenduri yang dibuat zaman kanak-kanak dan remaja dulu).  Bukanlah tujuan nak membanding-bandingkan dulu bagus sekarang tidak, bukan gitu tapi sekadar nak bercerita.  Zaman berubah, pemikiran dan tindakan manusia turut berubah, manusia menuju proses globalisasi tiada sempadan, hal-hal ini juga turut diadaptasi dalam majlis-majlis perkahwinan atau kenduri. 
Mula-mula kita pergi kepada cara memberi makan kepada tetamu.  Kebanyakkan majlis dilakukan secara buffet, lebih mudah dan ringkas tanpa menggunakan ramai petugas.  Mereka yang mampu mungkin akan membuat secara hidangan dome, manakala vvip mungkin dihidang secara perseorangan.  Amat jarang yang menyajikan makanan secara hidangan seperti orang dulu-dulu, semua lauk diletak di atas dulang dan diangkat kepada tetamu.  Anggaran untuk satu hidangan adalah 4 hingga 6 orang (mencukupi untuk satu keluarga kecil).  Menyajikan secara hidangan ketika ini, mungkin pada tetamu yang terlepas keretapi saja orang kata, datang lambat selepas waktu majlis.  Saya pernah dua tiga kali menghadiri kenduri yang mangamalkan hidangan cara ini, kesemua kenduri itu adalah perkahwinan Indian Muslim (Mamak) di Pulau Pinang.
Buah tangan untuk tetamu daripada pihak pengatin memang mewah dan meriah, bukan hanya makanan turut diberi adalah berupa cenderahati.  Lebih istimewa ada pemberian khas yang berlainan untuk kawan-kawan dan untuk pihak pengantin lelaki/perempuan daripada tetamu biasa.  Peranan bunga telur juga kadang2 dah diganti dengan makanan ringan atau potpuri.  Kemeriahan pengantin menyediakan bunga telur sendiri jugak sudah tidak didapati kini, segala-galanya sudah tersedia di pasaran. 
Acara perkahwinan seakan satu pesta, namun agak keterlaluan sekiranya kita andaikan ianya sebagai sebuah fun fair.  Ada acara dan peruntukan hadiah yang menanti pemenang.  Sebelum acara perkahwinan, banner atau sepanduk seumpama sebuah promosi mega sales turut dinaikan sebagai menwar-warkan kepada jiran tetangga..
Kini tidak perlu menunggu tahun baru cina yang muncul setahun sekali untuk mendengar dentuman bunyi mercun.  Ianya boleh disaksikan pada majlis perkahwinan jugak, mungkin bagi mereka yang tidak faham akan mengandaikan bahawa pasangan pengantin itu adalah orang cina bukan pengantin melayu.  Inilah proses asimilasi sebuah negara yang dipunyai oleh pelbagai kaum.  Saling meniru dan mengadaptasi budaya kaum lain dalam masyarakat mereka selagi mana ianya tidak menjejaskan kepercayaan dan akidah.

Tukang karut dalam pertunjukkan wayang kulit mungkin saja boleh digantikan dengan peranan si badut.  Pastinya dijadikan tarikan untuk kanak-kanak dan orang dewasa pada majlis tersebut.  Bagaimanapun pencak silat, taburan beras kunyit dan tarian suku kaum masih ada yang mempersembahkannya.

Acara persembahan karaoke turut memeriahkan majlis, terbuka kepada tetamu yang berminat. untuk menyumbangkan suara mereka.  Pihak tuan rumah turut berbesar hati ada menyediakan hadiah untuk acara seperti ini.  Terdapat jugak di sesetengah tempat, hanya diperdengarkan lagu-lagu ataupun nasyid dari sistem audio tanpa  DJ.  Yang lebih meriah mereka katakan, adanya band atau kugiran ataupun joget lambak di sebelah malam majlis perkahwinan.  Tak perlu bincangkan majlis perkahwinan yang dilaksanakan di hotel atau club house.

Acara yang agak mendapat sambutan terutama kepada kanak-kanak adalah balingan gula-gula mahupun duit siling oleh pasangan pengantin.  Sedikit sebanyak dilihat sebagai galakkan menyemai atau tingkah laku perebutan dikalangan kanak-kanak.  Tidak kurang yang saya saksikan ada antara kanak-kanak yang kurang cergas dalam perebutan ini akan menangis kerana tidak berjaya mendapatkan sebarang gula-gula mahupun siling.
Sebelum ini cukup untuk dessert counter yang menyediakan kuih-kuih tradisi, bubur ataupun pengat, kini dah ada candy booth pulak.  Satu tarikan baru untuk tetamu, ada disediakan fountain untuk menyaluti buah dan candy dengan coklat, cup cake dan gula-gula.
Apa yang dilihat ciri-ciri pada candy booth ini tiada yang bersifat tradisi orang melayu.  Gaya ini seakan adaptasi gaya cocktail party orang barat.
Benda baru yang dilihat sejak dua tiga tahun yang  terkebelakang ini adalah munculnya prop-prop yang digunakan oleh pengantin mahupun tetamu.  Prop yang tertulis isteri, suami, kakak, single ataupun ibu bapa pengantin dan sebagainya.  Mungkin pengistiharan seperti ini akan memberi gambaran yang lebih jelas kepada kedua-dua belah pihak dan juga kepada tetamu.
Coretan saya ini bukan tujuan sebagai provokasi jauh sekali untuk mengkritik sesuatu majlis perkahwinan hanya sekadar pandangan peribadi yang terlintas di dalam fikiran.  Saya sebenarnya gembira dengan perkembangan terbaru yang seiring dengan masa dan berharap kegemilangan majlis perkahwinan akan disusuli dengan kegemilangan pasangan mengendalikan alam rumahtangga yang penuh pancaroba selepas itu.  Kredit untuk sahabat kami kerana telah menggunakan gambar-gambar mereka sebagai gambar hiasan.
Wassalam.

Sunday, 30 March 2014

Kenapa I Suka Tupperware??....

Assalam....
I suka dengan Tupperware sebab boleh simpan apa2 barang secara lebih tersusun dan kemas, walaupun kena keluarkan duit yang lebih sedikit untuk mendapatkan sesuatu unit berbanding yang tipu punya.  Yang penting sekali bahan yang digunakan untuk membuat Tupperware adalah daripada polycarbonate yang selamat untuk menyimpan makanan. 

Seperti bekas Garlic Keeper ini, rekabentuk yang boleh dibuat stake up, senang dan menjimatkan ruang di dapur.  Terutama dapur kecil sekangkang kera saya tu, lagipun lut sinar senang nak kenal pasti barang dan monitor, stock tinggal banyak mana.
Satu hal lagi yang saya suka pada Tupperware, part yang rosak (rosak bukan disengajakan) boleh ditukar secara percuma.  Manakala sekiranya part tersebut sudah tidak dikeluarkan lagi sebab terlalu lama (discontinue) pihak Tupperware akan membayar sama nilai dengan part tersebut.  Warranty sepanjang hayat gitu.

Lihat bekas air saya ini, tangkai dan penutup yang rosak, kan dapat baru....so jadilah colour tu warna warni....hehehe, tapi tiada hal benda ni boleh guna lagi.  Warranty untuk tukaran ini bukan hanya pada mereka yang menjadi ahli Tupperware, bukan ahli pun boleh hanya kunjungi mana-mana centre yang berdekatan dengan membawa part yang rosak. 
Wassalam.

Friday, 28 March 2014

Percubaan Menjimatkan Bil Electrik....

Assalam...
Dengan rasa riang gembiranya tunjuk bil pada en.Abe, percubaan saya dah menampakkan hasil.  Ini pun setelah mencuba beberapa bulan, sentiasa mengingatkan, terkadang keluarkan ancaman pun ada, ada ketika seperti orang mamai mencabut plug waktu terjaga dari tidur di tengah malam. Bulan pertama dan kedua hasil kurang menjadi kerana kurang disiplin lebih2 lagi ketika ada orang lain yang menumpang di rumah.   

Ini bil yang baru, dapat jimatkan RM18.10 daripada RM47.09 bil bulan lepas.  Jumlah setahun boleh jimatkan sebanyak RM217.20.  Mungkin sikit bagi orang lain, tapi untuk orang seperti kami besar nilainya.  Nak tahu macamana cara saya menjimatkan bil elektrik?  Mudah saja sebenarnya tetapi mudah2 pun kena istiqamah jugak baru berhasil.  Ini mengikut apa yang saya baca daripada risalah TNB dan petua daripada mereka yang telah berjaya.  
Sila unplug semua plug yang tidak digunakan atau telah siap digunakan daripada soket utama (kecuali peti ais atau mesin jangka hayat hehehe).  Selalunya saya lakukan ketika hendak keluar rumah atau pada waktu malam.  Mengikut tips yang saya baca itu, plug yang kita dah suis off kalau masih terlekat pada soket akan terus mengalirkan arus elektrik walaupun pada kadar yang sedikit.  So yang sedikit ini bila lama2 akan jadi bukit, jadi bila kita sekat alirannya (dengan mencabut plug) mengunaan arus juga berkurangan.  Kalau kawan-kawan nak tahu, bolehlah cuba bermula dari sekarang..
Wassalam.

Thursday, 27 March 2014

Aduhai Isteri!!!!!!!!!!!!!

Assalam...
Isteri dari kacamata suami....wahai para isteri, silalah baca buku ini untuk anda lebih mengenali siapa suami anda.  Komen mengenai buku ini "...boleh menjadi terapi kehidupan buat memahami jiwa lelaki yang sememangnya sangat berbeza bahkan kadangkala sukar difahami atau diterima dalam dunia dan persepsi wanita..." oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Beli 2 buku ini yang satu untuk dihadiahkan kepada kawan yang sudahpun bergelar isteri beberapa hari lepas.
Wassalam.

Wednesday, 26 March 2014

Untuk Ulat Buku Semua..

Assalam...
Mulia nak sharekan dua email yang mulia dapat berkenaan book fair yang berlangsung kini hingga hujung bulan March ini.  Sesuai sangatkan dijadikan agenda sekeluarga mengunjungi tempat-tempat begini ketika musim cuti sekolah.  Memang menarik sangat promo di The Big Bad Box Sale ini dan tengah mengintai peluang bila boleh pergi.

Book fair anjuran Popular ini pula berlanssung di banyak tempat di seluruh negara.  Klik sini untuk mengetahui lokasi yang berdekatan dengan tempat anda.
Wassalam.

Tuesday, 25 March 2014

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014

Assalam...
Pesta Buku Antarabangsa  Putrajaya 2014 adalah acar yang pertama kali diadakan di aras Concorse PICC, Putrajaya.  Pesta buku ini telah berlangsung pada 19hb - 23hb March yang lepas dan dianjurakan oleh gedung buku terkemuka iaitu MPH.  Acara ini mempelawa semua golongan masyarakat datang dan turut serta sebagai satu langkah mengalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. 

Pameran buku telah diadakan di dua dewan yang berasingan iaitu Dewan Perdana untuk koleksi bahan bacaan selain bahasa Malaysia.  Untuk koleksi bacaan bahasa Malaysia diadakan di Dewan B.  Kedudukan dewan ini sebenarnya terletak bersebelahan sahaja.

Ini pameran di Dewan Perdana, tersusun cantik seperti berada di dalam kedai buku. 

Ada sekmen santai bersama penulis pada sessi tertentu, kebetulan petang kami samapi itu menyaksikan kehadiran Bestselling Author Lauren Oliver.  Siapa yang pernah baca buku tulisan dia ini, best tak?

Saya begitu tertarik dengan gadget yang dinamakan magisscan ini.  Lepas ini bolehlah siapa2 yang nak menyimpan data hanya scan dan save dalam bentuk pdf or jpeg file.  Kemungkinan selepas ini ada yang tak perlu beli buku lagi, scan jer semua then baca melalui lappy.  Namun itu tidak sesuai untuk saya, memiliki buku yang diidamkan merupakan satu kepuasan bagi saya.

Satu hal yang dapat saya perhatikan di pesta buku ini adalah, kebanjiran pengunjung yang tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan acara book fair yang lain.  Dewan yang selesa, lokasi menarik dan parking free masih tidak mampu menawan peminat2 buku, adakah kerana harga tidak begitu menarik atau lokasi yang jauh?.
Wassalam.

Berakhirnya Tragedi MH370

Assalam..
Pengumuman MH370 misteri terjawab pada 10.00 malam 24.03.2014.
Air mataku gugur juah akibat pengumuman oleh PM malam ini
berkenaan tragedi MH370.  Seakan tidak menyedari kekerdilan diri masih terus menunggu keajaiban pada esok hari walaupun menyedari cahaya itu semakin malap seperti malapnya dian di malam hari.  Daripadamu Ya Allah kami datang dan kepadaMu kami kembali....Kuatkanlah jiwa-jiwa kami untuk menerima keputusan ini.
Wassalam.

Monday, 24 March 2014

Walimah Noraini & Mohd Tamimi

Assalam...
Semalam menghadiri majlis walimah kawan satu tempat kerja di Batu Caves.  Ralat gak nak pergi bersama kawan-kawan yang lain sebab en.Abe tak boleh ikut serta.  Nak buat macamana kan, tak pergi memang tak bolehlah, lagi pun kedua-dua pasangan adalah rakan satu tempat kerja. Akhirnya pergilah menumpang dengan rakan-rakan.  

Sudah termaktub dalam lauhul mahfuds Ilahi, jodoh pertemuan pasangan ini tercipta di tempat kerja.  Errrp, macam tiru kita jer...tak kisahlah tu kerana jodoh itu urusan Allah dan yang penting mendapat restu kedua-dua orang tua. 

Ada acara menabur gula-gula dan duit syiling untuk kanak-kanak.

Bukan kanak-kanak aje yang sakan berebut-rebut, mak kanak-kanak pun sama naik berebutkan gula-gula..:)

Tetamu dijamu dengan macam-macam menu utama dan pemanis mulut.  Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput kami.

Special meja pengantin khas untuk Raja Sehari berdua.

Ini group cek kiah ambil gambar ramai-ramai, support kawan mendirikan masjid.  Alhamdulillah dapat membuat syaitan dan angkatanya menagis setiap kali anak adam bernikah.  We wish both of you welcome to the club beb.  Semoga diberkati hingga ke Jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh-solehah. 
Wassalam.

The Baker's Cottage Loaf..


Assalam...
Sudah breakfast ker kawan-kawan?  Saya baru jer sudah breakfast nasi goreng dengan teh tarik....erm lemak berkrim dan heavy duty gitu breakfast I.  Saja nak tayang-tayang loaf kesukaan dari The Baker's Cottage.  Benda-benda camni saya main tunjuk-tunjuk jer kawan-kawan, nama nak wat sendiri tunggulah malam2 sket, tak rajin macam orang lain semua buat sendiri.  

Beli ini sesekali jer sebab kalau ikutkan kena haramkan dah nak makan benda-benda macam ini, dah banyak lemak dan kolesterol dalam badan.  Tapi nak wat camna, sesekali teringin, terlajak jugak sebab tu tak suka bila jumpa kedai kek atau roti, gatal jer mata nak intai, bila dah terintai mesti kena beli.  Tu pasalah kat umah pun tak buat baking-baking, en.Abe pesan jangan nak menambahkan kolesterol jahat lagi, potong stim betul, kan dah terbantut minat nak berkreatif di dapur, at the end akhirnya main tunjuk-tunjuk aje.

Tapi serius ini dua jenis kek yang I suka di Baker's Cottage, Kek Surabaya dan Marble Kek.  Kek yang ini memang sedap dan sesuai dengan tekak I, lembut, gebu dan moist2 gitu.  Tekak orang lain tak tahu lah pulak.  Nak tahu rasanya, silalah beli, beli satu RM8.50 kalau ambik dua ada offer RM14.50 jer dan boleh campur kek yang disukai. 
Wassalam.